Selasa, 17 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Berlaku 'Adil.






1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL, kita berbicara mengenai BERLAKU 'ADIL.  Apakah takrifan 'Adil ? Tanyalah soalan ini kepada 1 billion manusia, anda akan dapat jawapan yang berbeza tapi sama. Pada takrifan awam [bukan umum] 'adil bermakna apa yang jiran anda ada itu sepatutnya anda ada. Inilah adalah takrifan mengikut hawa nafsu.

2. Mustahil sesuatu benda itu adalah bersifat sama dan berzat sama. Zat manis gula tidak sama dengan zat manis cokelat dan gula-gula. Zat manis pada wajah seseorang gadis sudah tentulah tak dapat dirasai oleh lidah sepertimana lidah merasai zat manis gula dan segala yang berzat manis. Ambil saja tebu manis yang di tanam di bibir oleh Anwar bin Ibrahim dengan Khalid bin Ibrahim. Zat manisnya pun akan berbeza dirasai oleh halwa telinga pendengar. 

3. Adakah kita berlaku 'Adil apabila kita mengatakan bahawa sepatutnya manis tebu di bibir Anwar Ibrahim mestilah sama dengan manis tebu di bibir Khalid Ibrahim ? Sudah tentu tidak. Apatah lagi bila kita membicarakan mengenai 'Adilnyal sesuatu perkara itu. 'Adilkah Anwar Ibrahim mengatakan bahawa mahkamah tidak berlaku 'adil kepadanya? Atau Anwarlah yang tidak berlaku kepada sesiapa pun selama ini dan setiap kebaikan yang ditunjukkan olehnya dia mengharapkan balasan yang melebihi daripada kebaikan yang diberikan. 

Teringatkan di dalam Al Quran ada menyatakan kunci kepada berlaku 'adil ialah bersabar di atas apa saja yang menimpa dan kunci sabar ialah redho. Kunci redho ialah tawakkal. Tepuk Dada Tanya Iman. 

X-KLU-SIXTY TWO: Wan Jijah dan Nurul Merajok, DS Najib dan Rosmah Kena Pujuk.

Khabar-khabar mula bertiup mengatakan bahawa Anwar Ibrahim semakin terdesak sehingga mahu memanggil DS Najib dan DS Rosmah sebagai saksi di dalam perbicaraannya sama seperti apa yang pernah terjadi pada masa perbicaraan liwat pertamanya dulu bila beliau bersungguh-sungguh mahu memanggil Tun Dr Mahathir sebagai saksi. Takkan Wan Jijah dan Nurul Izzah dah merajuk nak jadi alibi? Lu pikirlah sendiri !






1. Nak kata lawak, memanglah lawak, nak kata tak lawak, dah gelak pun siap guling-guling lagi. Entah jembalang mana yang merasuk Anwar Ibrahim sehinggakan pihak-pihak yang tidak ada kaitan dengan kesnya pun dia hendak panggil sebagai saksi nya untuk beri keterangan. 

2. Sebolehnya Anwar cuba membuktikan TEORI KONSPIRASI ciptaan rekayasa raksaksanya agar terus dipercayai walaupun dia sendiri pun tidak mempercayainya. Bukankah, Wan Jijah yang mendakwa bahawa pada waktu kejadian Anwar bersama keluarga ? dan Nurul Izzah mendakwa Anwar dalam mesyuarat?


Adalah jelas dari bahasa tubuh Anwar dan nada suaranya, Anwar Ibrahim tahu pembohongannya dan lakonannya sebagai orang 'alim dan wara' bakal berakhir dan Kebenaran Telah Tiba untuk menghancurkan segala kepalsuannya selama ini. Selamat Tinggal Anwar bin Ibrahim dan PKR. Tepuk Dada Tanya Iman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...