MALAYSIA KITA MEMANG INDAH DAN RAMAI PAKAR DALAM PELBAGAI BIDANG LEBIH PANDAI DARI YANG TERPANDAI. |
Bersantai-santai berbicara tidak salah rasanya. Memandangkan musim tengkujuh dan musim mengawan sudah tiba. Dikatakan HarakahDaily dijangka mempuyai hits paling tinggi sehingga bulan Januari nanti kerana ramai yang mencari Obat Kuat Urat. Pada musim mengawan semakin lebatlah masuk buat para lebai dan Pok Nik melakukan upacara ritual merestui pasangan pengantin.
Majlis kenduri-kendara bakal dijadikan tempat berkempen. Pengantin juga jadi mangsa keadaan. Tidak ketinggalan di jangka makin banyaklah AES bakal menjadi mangsa kenderaan-kenderaan yang tak berpuashati di rakam gambar kesalahan trafik mereka.
Sudah ada kedengaran beberapa suara-suara sumbangsih yang mengaitkan AES dengan Ramalan Kemerosotan undi kepada BN. Peramal-peramal masa depan ini cukup pakar dalam meramal masa depan BN tapi sendiri pun masa depan depa tak berapa nak pakar. Jadi bayangkanlah, grup peramal masa depan ini hanya pakar bab-bab meramal nasib BN sebab nak menonjolkan kepada kepimpinan yang bajet mereka terima itu tidak sia-sia waima memang sia-sia pun.
Musim mengawan sebegini jugalah menjadi igauan para pemimpin politik setempat bila asik kena bayar TOL RAKYAT. November ke Januari , tiga bulan, 12 minggu. Setiap minggu pasti ada sepuluh jemputan. 12 minggu bermakna bakal ada 120 jemputan paling tidak. Sekali jemputan kena bayar TOL RAKYAT paling minima RM50, RM100 dan RM 150. Total jangkaan kutipan TOL RAKYAT sekitar RM18,000.00 bagi 120 jemputan.
Puak Pakatam Ahzab pula sedang sibuk berkempen berlagak dengan bas mewah, treler mewah dan jumlah bilangan audiens yang sama di setiap tempat. Kini sudah tersebar pula khabar angin mengatakan treler-treler mewah kempen DAP 'ghaib' dari tempat parkir. Macam-macam helah musibat digunakan Pakatam Ahzab untuk menipu rakyat jelata.
Petang tadi juga di Singapura beberapa pemimpin Pakatam Ahzab telah mengadakan sidang media menjemput dua orang peguam SUARAM untuk berbohong dan dan menipu di sana. Dikatakan sesi itu di taja khas oleh PAP Singapura. Kenapa berlaku begitu? Kenapa PAP Singapura begitu ghairah hendak campurtangan politik Malaysia? Apakah Lee Kuan Yew masih mengejar mimpinya untuk menjadi PM Malaysia? Anwar Aib Braheem hendak jadi Presiden Pertama Republik Malaysia?
Paling lucu bila beberapa NGO pun nak buat demonstrasi membantah 'keganasan' penguatkuasa. Hadoi. Kenapa NGO tersebut tidak berkempen Membantah Keganasan pendemo ? Jadi nampak sangat cacat dan sasau akal puak Pakatam Ahzab ini.
SETELAH SUARAM GAGAL, KINI IRENE FERNANDEZ CUBA MENYELAMATKAN MARUAH PAKATAM AHZAB DENGAN MENDAKWA PENGUATKUASA MALAYSIA INI 'GANAS' .LIHAT GAMBAR DI BAWAH ADAKAH PENGUATKUASA YANG 'GANAS' ATAU PENDEMO YG GANAS? |
DRAMA LAKONAN KEMATIAN OLEH PENDEMO YG TERSOHOR KEMUDIAN HIDUP KEMBALI. |
BOLEH DIPERCAYAI PUAK PAKATAM AHZAB YANG MENGAKUI MANIFESTO BUKAN JANJI? |
Menyedihkan kerana Pakatam Ahzab membawa politik Malaysia ke taraf Primitif Zaman Gelap Eropah, Sudah di bilang banyak kali kepada penyokong dan pemimpin Pakatam Ahzab agar menjadi matang dan mengawal emosi mereka. Malangnya, otak mereka sudah dipenuhi dengan cairan pelbagai najis hewan ternakan. dan dijangikit virus.
Akaq Wan Jijah mahu melancarkan kempen PAKATAM AHZAB HARAPAN RAKYAT dan menuduh BN berkempen dengan cara kata nista dan cela. Ya la tu, PAKATAM AHZAB HARAPAN RAKYAT KE LUBANG KUBUR.
Pakatam Ahzab tidak mempunyai sebarang MATLAMAT JELAS dan halatuju politik selain mahu menumbangkan BN dan menawan Putrajaya sahaja. Jika kita tanya kepada kak Wan Jijah , HARAPAN APA ? Jawapan yang pasti di terima ialah 'BANG NUOR ANOOGERAH TUHAN".
Dengar khabar di Sabah, Pakatam Ahzab mempunyai masalah paing besar dengan aprti-parti sekutu baru mereka bila label PKR ORI dan PKR FOTOKOPI mula menjadi bahan percakapan sesama PKR di sana. Sudah timbul keresahan ahli PKR lama dengan ahli parti sekutu baru Pakatam Ahzab yang diketuai oleh Lajim dan Bumburing.Fraksi ini akan menjadi punca Pakatam Ahzab kalah. Bagus lah.
Janganlah kita membuang masa dan tenaga mengekar mimpi yang tak pasti daripada PAKATAM AHZAB. Lebih baik kita memberikan sokongan kepada pihak yang sudah terbukti mampu membawa agama, bangsa dan negara ini ke hadapan.
BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA.