Isnin, 19 Disember 2011

SENTIMEN PERKAUMAN DIMANIPULASI DALAM PASARAN MASSIMO?


SENTIMEN PERKAUMAN DIMANIPULASI TOKOH KORPORAT CINA MALAYSIA?
MASSIMO LAWAN GARDENIA


Main kasar nampaknya. Rakan bloger GAP mendedahkan apa yang berlaku pada masakini dalam persaingan barangan buatan Malaysia. Polisi liberalisasi yang diperjuangkan oleh persatuan peniaga Cina Malaysia akhirnya menampakkan wajah ketakutan sebenar mereka. Prejudis sungguh menebal di hati dan fikiran mereka. Persaingan sihat bagi mereka ialah 100% monopoli pasaran. Membungkam barangan pihak saingan melalui sentimen perkauman amatlah melampau. 

SMM & ADAM ADLI MEMUKUL PAKU TERAKHIR PADA KERANDA PKR.

MAHASISWA BIJAK. 
SMM, GAMIS & BEBAS MEMUKUL PAKU TERAKHIR PADA KERANDA PKR.




Jelas dan nyata, SMM dan Adam Adli enggan memohon maaf di atas kebiadapan vandalisma yang dilakukannya olehnya. Setelah DS Najib  mula mendapat kepercayaan majoriti mahasiswa di semua IPT; PKR sudah mula goyah dan goncang. Isu dan slogan 'Kebebasan Akademi' kebebasan yang sememangnya sudah ada dan AUKU bukanlah mengekang kebebasan bersuara dan pergerakan mahasiswa sebalik melindungi mahasiswa dari diperalatkan oleh anasir-anasir subversif seperti PKR DAP dan PAS; telah memakan diri SMM, GAMIS dan BEBAS malah mereka telah secara tidak sengaja memukul paku terakhir pada keranda PKR dan Pakatan haram jadah. 

NIK NADZMI KATA PAKCIK KAYO DAPAT USD10 JUTA BRO JIB KASI.

BLOGER UMNO-BN PUN KENA FITNAH
MACAMLAH KAMI HENDAK BERTANDING.


Akhirnya makbul juga lah doa hamba selama ini untuk menjadi kaya-raya dan jutawan melalui kerjaya menulis blog politik. Impian menjadi kenyataan melalui mulut Nik Nadzmi yang dilapurkan dalam lidah pembohong PKR. Sekejap lagi hamba nak semak akaun bank hamba yang sudah lama dalam peti sejuk kot-kot lah ada wang yang disebutkan oleh Nik Nadzmi. Kalau tidak ada memang hamba sumpah seranah Nik Nadzmi. Banyak jumlahnya itu RM10 juta dengan SKMM diarahkan berdiam diri. Berkuasa sungguh para bloger UMNO-BN. Sebenarnya kami tidak memperolehi RM10 juta tetapi USD 1 Trillion ! Bayar tunai lagi. Ha ha ha ha dengan kemudahan potongan cukai pendapatan selama 10 tahun berturut-turut dan dapat isteri percuma lagi. Aiseh cemburulah segala Pak Lebai PAS. 


Nik Nadzmi kalau kamu hendak buat fitnah pun buatlah kow-kow punya ini setakat fitnah kata RM10 juta dan SKMM duduk diam-diam tak berapa gempak lah Nik Nadzmi. 

Terdesak sungguh puak PKR.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


SKANDAL 'LOUNGE SUIT' ISTERI NGA KOR MING, ANAK MELAYU JUGA DIPERBODOHKAN.

300 MAHABAHLOL DAPAT APA?
ISTERI NGA KOR MING JUGA YANG KAYA RAYA.


Rakan bloger Cucu Tok Selampit memetik sumber cikgu Shashi Muniandy Pemuda MIC www.shizone.com mendedahkan mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Nga Kor Meng. Perkara ini berlaku semasa DAP Rasis berkuasa di negeri Perak. Mujurlah penguasaan rejim jahat dan zalim DAP rasis tidak kekal lama di bumi Perak Darul Ridwan.

Di dalam dokumen SSM di atas jelas tertera nama isteri kepada Nga Kor Meng. Syarikat yang diberikan nama Ethan & Elton Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 23hb April 2008 yakni selepas 42 hari rejim zalim dan khianat DAP Rasis berkuasa. Amat jelas niat di sebalik penubuhan syarikat tersebut yakni untuk merembat dan memperkayakan keluarga. 

Satu Tender Terbuka untuk membekal pakaian 'Lounge Suit' kepada ahli-ahli Majlis Banraya Ipoh telah di buka. Anihnya, syarikat milik isteri Nga Kor Meng yang berada tercorot dalam senarai dengan sebutharga yang tertinggi telah di pilih untuk membekalkan pakaian tersebut. Pelik kan? Lihat di bawah:-



Inilah cara CAT dilaksanakan oleh rejim khianat rakyat DAP Rasis. Perkara ini berlaku di Perak justeru itu tidak mustahil ianya berlaku di Selangor dan di Pulau Pinang teruatama dalam skandal sPICE dan bangunan tempat letak kereta. anak Melayu yang masih belajar di IPT dapat apa? Dapat malu sajalah serta dikhianati oleh DAP Rasis sahaja lah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HAMBA TAK NAK ADAM ADLI HAMBA MAHU SI PUDIN DENGAN ANWAR IBRAHIM DI HUKUM BERAT!

PEDULI APA DENGAN ADAM ADLI.
SI PUDIN DAN MEREKA YANG BERKHIANAT ITULAH YANG SEPATUTNYA DI HUKUM. 

Pengkhianatan adalah perbuatan yang sewajarnya menerima hukuman berat dan setimpal. Pengkhianatan tidak seharusnya di pandang ringan dan di anggap sebagai mudah. Meredhokan dan merelakan pengkhianatan di dalam institusi samalah seperti turut bersama pengkhianat membunuh institusi. 

Kepercayaan sesama sendiri adalah amanah dan tidak seharusnya dikhianati oleh pemegang amanah tersebut. 300 orang mahabahlol SMM, GAMIS dan BEBAS memegang amanah agama bangsa dan negara untuk menimba ilmu dan seterusnya menabur bakti kepada masyarakat. Apabila amanah itu dikhianati dan di sokong oleh pemimpin tertinggi seperti si Pudin dan didiamkan saja oleh seluruh ahli dan penyokong UMNO maka dimanakah letaknya jatidiri dan maruah kita semua?

Apakah ertinya perjuangan memertabatkan maruah agama bangsa dan negara jika perbuatan pengkhianatan dibiarkan tanpa di hukum?

Pakatan haram jadah sememangnya adalah pengkhianat agama bangsa dan negara. Kenapa sehingga kini mereka tidak di hukum oleh rakyat jelata? 

Persoalan hamba kepada semua rakyat Malaysia, adakah kini pengkhianatan dianggap sebagai sebuah nilai dalam perjuangan demi mencapai kejayaan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TERBARU GAMBAR DI DEPAN UPSI MINTA ADAM ADLI DISERAHKAN TETAPI MENYOROK DALAM KAIN ANWAR?



ANTARA MEREKA YANG DATANG UNTUK PROTES DI HADAPAN PINTU UTAMA UPSI
perhimpunan aman di pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas membantah tindakan segelintir mahasiswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS menyerang PWTC dan menurunkan gambar Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Razak


Demontrasi aman telah diadakan di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim pagi tadi bagi mendesak pentadbiran universiti itu menyingkirkan seorang pelajarnya, Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.

Seramai kira-kira 200 orang menyertai demontrasi aman itu terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Tanjong Malim serta parti-parti komponen BN Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor serta badan-badan NGO.

Memorandum yang menyatakan desakan itu telah diterima oleh Naib Cancelor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria Kasa. Sama-samalah kita lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh UPSI terhadap pelajarnya yang bersikap biadap ini. Tempoh yang diberi adalah 2 minggu untuk UPSI menyingkirkan pelajar ini.

Dr. Zakaria ketika berucap berkata, pihak universiti telah berusaha mencari Adam sejak semalam, termasuk menghubungi rumah keluarganya, tetapi beliau gagal dihubungi. Tindakan akan segera diambil terhadap Adam kerana telah mencemarkan nama baik UPSI.










TEPUK DADA TANYA IMAN!




ADAM ADLI NAK TURUNKAN BENDERA MALAYSIA NAIKKAN BENDERA KOMUNIS DI BUKIT AMAN.?


BEGINI RUPANYA REFORMASI BUDAYA KEMATANGAN BERPOLITIK
ADAM ADLI DIPERKUDAKAN LAGI.


Apa yang hendak dihairankan sangat pasal Adam Adli ini dengan gerombolan 1 bas mahabahlol (1 bas bersamaan 40 orang sahaja) beserta cheguBastard. Visi Anwar Ibrahim ialah menjadikan semua mahasiswa Melayu di semua IPT menjadi penaik bendera komunis dan pemegang sepanduk di dalam demonstrasi sahaja. Memang sahlah anwar Ibrahim semakin terdesak dan takut hendak kembali ke Sg Buloh. 


Pada hari sekitar jam 3 petang tadi, Adam Adli telah di bawa oleh cheguBastard di depan Bukit Aman untuk membuat sidang akhbar. Ditemani bersama penumpang sebuah bas tidak pasti samada bas kilang atau bas PATI. Beliau hampir saja di cepuk oleh seorang penyokong BN. Keadaan dapat di tenangkan. Berlaku pergaduhan mulut antara CheguBastard dan gerombolan dengan penyokong BN. 

Inilah wajah pendidik yang bakal mendidik anak generasi Malaysia di sekolah-sekolah rendah. Hairannya dimanakah KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA? Tak ketinggalan juga dimanakah KETUA UNIT SIBER PEMUDA MALAYSIA? Bila lagi hendak membuat serangan balas kepada PKR, SMM, GAMIS dan ADAM ADLI di kubu-kubu kuat PKR terutamanya di UNISEL dan Pejabat Menteri Besar Selangor?

Tak  mengapalah kerana Adam Adli dan cheguBastard mungkin akan menewaskan kepimpinan PEMUDA UMNO MALAYSIA dalam PRU 13 nanti. Kemungkinan juga selepas PRU 13 apabila Adam adli gagal dalam pelajaran maka dia akan mengikuti jejak langkah mendiang rakan mahasiswa di UNISEL di bawah ini yang dijumpai mati selepas 4 hari menggantungkan dirinya. Tidak tahu kenapa.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

MANA LEBIH CERDIK BUAT DEMONSTRASI AUKU DIMANSUHKAN DARI DEMONSTRASI MINTA DANA MODAL BERNIAGA?


DEMO MANSUH AUKU DENGAN DEMO MINTA DANA BUAT MODAL BERNIAGA MANA LEBIH CERDIK?

Disebabkan segelintir mahasiswa sanggup menjadi pak turut dan mahabahlol memperjuangkan kepentingan politik ahli politik dan peliwat mereka terlupa betapa sia-sianya tindakan mereka. 

Sepatutnya mereka menjadi lebih cerdik yakni membuat demo menuntut agar diberikan :-

projek, 

pekerjaan, 

pinjaman mudah, 

Dana modal berniaga RM50,000 setiap seorang 

Tapak berniaga,

Premis perniagaan,

Lesen AP dan permit,

tapak tanah rumah kediaman,

tapak tanah pertanian, 

pemotongan PTPN,

gaji minimum RM3000 sebulan dan 

jawatan dalam GLC-GLC

takpun di lantik menjadi perunding / konsultan kepada agensi-agensi kerajaan. 

Turunkan bendera kemudian jerit-jerit minta kebebasan yang sememangnya sudah ada buat apa? Cerdik sangat ke tindakan sebegitu berbanding dengan contoh alternatif yang hamba berikan?

Adalah lebih bagus mahasiswa membuat tuntutan yang memberikan manafaat kepada kepentingan mereka sendiri daripada memberikan kelebihan kepada ahli politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim. 

Jika mahasiswa membuat tuntutan-tuntutan sedemikian niscaya kerajaan BN akan memberikan kepada mereka. Ya la takkan BN taknak undi mahasiswa ?

Bilalah kepimpinan MPP di semua IPTA dan IPTs hendak menjadi cerdik dan intelek?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TENGOK GAMBAR BANG NUAR JUMPA MAHASISWA KAK WAN JIJAH DESAK BUNG MOKHTAR DESAK SI PUDIN LETAK JAWATAN.

SI PUDIN DIMALUKAN OLEH KUMPULAN 300 MAHABAHLOL SMM, BEBAS & GAMIS.


Perjumpaan Anwar Ibrahim dengan Mahasiswa dalam usaha menghasut mahasiswa untuk menentang kerajaan.


















HASILNYA IALAH INI :-






















AKHIRNYA JADI BEGINI 




Persoalan : Adakah pemansuhan AUKU dan tindakan sebegitu mampu melonjakkan mahasiswa Melayu menjadi:-
Saintis tersohor?
Ahli Korporat Terkenal?
Bilionir?
Dapat anugerah Dekan?
Memiliki bisnes internasional?
Mendapat pekerjaan di sektor swasta korporat milik Cina DAP Rasis?
Atau sekadar menjadi peserta demonstrans sambil menurunkan bendera dan pemegang sepanduk sahaja?

Bung Mokhtar tak nak desak si Pudin meletak jawatan ? Atau kerana tidak melibatkan PROJEK BESAR?

Anda sendiri tahu jawapannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KUMPULAN 300 MAHABAHLOL MULA MENJILAT LUDAH MEREKA SENDIRI.

SAWAN TANGIS KUMPULAN 300 MAHABAHLOL


Di Petik dari Posting Salah Seorang Penjilat Ludah Sendiri.


Inilah sahaja yang boleh diharapkan daripada 'kematangan berpolitik' kumpulan 300 Mahabahlol IPT-IPT di Malaysia ini. Bak kata omputih ' Bayi -Menangis' atau Melayu nya ' Sawan Tangis'. Baru kena jerkah sedikit dan baru di usik sedikit maka merebaklah Sawan Tangis mereka. Tahu pula takut di ludah. 

Segelintir kecil sahaja yang mahabahlol tetapi sebahagian besarnya masih cerdik-cerdik seperti mahasiswa Cina dan India yang menumpukan kepada pelajaran dan sebahagian besar mahasiswa Melayu yang sukar terpengaruh dengan dakyah pembangkang @ pembangang.

Klip di bawah ini yang menjadi igauan ngeri kepada kumpulan 300 Mahabahlol tersebut sehingga terkena Sawan Tangis. Cayalah Pemuda PJU !


TEPUK DADA TANYA IMAN!

YOU NEED TO GROW UP SOMEDAY.

ACUTE IMMATURITY

Some people are born lucky and some are not so lucky but still made it in life. In giving all necessary reasonable doubts to that boy-who-reigns-supremo surely one expects him to reciprocate. But in vain do we wait, read here 1PELURU. Being too ambitious and too long in the spotlight do not guarantee him to be more wiser than matured. He can run, he can lie, he can do anything as long as he clings on to the thought that powers-to-be are his in future. Trustworthiness is not his best virtue. He  has been lying through tongues of others. He can fool others but not to wisdom. In defending himself he take no responsibilities. He denounced any critiques as jealously paranoid towards him. I wonder whether he know what is jealously paranoid. A cheap person will do cheaply things and he is not an exception to that rule of thumb. I can only hope that one day he has enough courage to accept the fact that he is suffering acute immaturity both in intellect and wisdom. Will he grow up? I could not but to convince myself that he will stay to be cry-baby for life. No hard feelings please as I have neither sugar-candy to give away nor sweet lullaby to tuck him safe and sound in his cradle. Sweet dreams dear pathetic cry-baby.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...