Jumaat, 11 Mac 2016

KEDAULATAN ASAL SEBENAR TANAH MELAYU YANG DIPINJAMKAN

Bangunan Parlimen Malaysia - Lambang KEDAULATAN YANG DIPINJAMKAN dalam
Perjanjian Perjanjian Malaysia 1962,
Persekutuan Tanah Melayu 1948,
Wasiat Tujuh Raja-raja Melayu 
Perjanjian Malayan Union 1946,
DURBAR 1931-42
Perjanjian Persekutuan 1898 (diantara Yamtuan Besar Sri Menanti & Dato Undang Nan 4) 

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI 

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 

AL QURAN NUR KARIM KALAM ALLAH SWT menyebutkan bahawa Adam dijadikan Khalifah Nya di muka bumi. Dan diperintahkan sekelian alam taat patuh taat setia sujud sembah kepada Adam.

Maksudnya, ADAM diberikan HAQ PESAKA memerintah dunia bumi ini dari awal zaman sampai akhir zaman.

Bila ADAM diturunkan ke dunia bumi, maka bermulah KERAJAAN NABI ALLAH ADAM a.s. berkenaan. HAQ PESAKA ini diturunkan dan diwarisi oleh anak cucu cicit Nabi Allah Adam & Siti Hawa dari 20 pasangan kembar. Dari situ diwarisi oleh 40 orang pupu pula. Gulungan manusia inilah yang di sebut Manusia Roh Rohani Insani.

KERAJAAN NABI ALLAH ADAM a.s. ini membawa Darjah Daulah Daulat Haq yang benar sebenarnya. Tanpa Darjah Daulah Daulat ini, dunia bumi takkan aman tenteram dan pergerakan dunia bumi jadi huru hara serta bercelaru.

Semasa turun ke dunia bumi, maka Nabi Allah Adam a.s. sujud dua kali 'MERAYU' kepada ALLAH swt KESELAMATAN & KEAMANAN untuk anak cucu cicitnya dari awal zaman sehingga akhir zaman. Maka dari perbuatan 'MERAYU' itulah nama bangsa MELAYU. Rayuan Nabi Allah Adam a.s. untuk KESELAMATAN & KEAMANAN itulah ISLAM. Yang kemudiannya disempurnakan oleh junjungan besar kita Nabi Mohammad bin Abdullah s.a.w. yang lahir di Tanah Arab 1400 tahun dahulu.

DARJAH DAULAH DAULAT ini pertama kali di bawa oleh Nabi Syits a.s. bersama saudara-saudaranya dari 40 orang pupu. Bertebaranlah mereka di mukabumi ini. Adalah yang sampai ke TANAH MELAYU TANAH JAWI TANAH KUNING ini. Beranak pinaklah sampai ke zaman Nabi Allah Nuh a.s.

Cucu cicit Nabi Allah Adam a.s. yang datang ke sini TANAH MELAYU TANAH JAWI TANAH KUNING menamkan HAQ PESAKA mereka dengan nama KERAJAAN SILANG GUNTING GUNUNG BERANGKAT mengekalkan nama asal Kerajaan Nabi Allah Adam a.s.

Bertemulah mereka dengan Nabi Allah Nuh a.s. di GUNUNG PERTEMUAN. Dari situ lahirlah Raja Seri Alam Iskandar Zulkarnain yang memerintah 7 benua. Kemudian silsilah ini bertemu dengan Nabi Allah Ibrahim a.s dan keturunan para sahabat Rasul Allah yang berkahwin dengan Siti Fatimah anak Rasul Allah. 


Dari situ, darjah daulah daulat Silang Gunting Gunung Berangkat dipusakai oleh Pagaruyong dan Jelebu. Dari Jelebu dipusakai oleh pemerintahan Dato Undang Nan 4 iaitu Jelebu, Rembau, Sg Ujong & Johol. Dengan nama Kerajaan Nika Mendelika Menteri Akhiruzzaman Jelebu Gajah Bertunggal.

Maka kekal sehinggalah pada 1990 di mana seluruh Waris Imam Memperang dikeluarkan dari Tombo Dahan Adat di Luak Jelebu akibat campurtangan ahli politik dalam perlantikan Dato Undang Jelebu sejak 1980.

Maka muncullah 26 gambaran di langit yang dipersaksikan oleh 200 ornag murid & guru di Sekolah Agama Tinggi Sultan Hishamuddin Padang Jawa Kelang Selangor. Dipersahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tetapi dinafikan oleh gulungan ahli politik.

Di akhir zaman, manusia itu dibahagikan kepada 4 gulungan yakni
Manusia Dewa
Manusia Jin
Manusia berhati Iblis

MANUSIA ROH ROHANI INSANI anak cucu cicit Nabi Allah Adam a.s. yang tidak berkahwin campur dengan Dewa, Jin dan bukan dari benih Iblis.

Diketahuilah, gulungan ahli politik telah bersengkongkol dengan pengamal Adat Perpatih yang di bawa Dato Mentunggang untuk menumbangkan Kerajaan Nabi Allah Adam yang ada di Tanah Melayu ini.

Pada 1982-83, gulungan ahli politik memansuhkan Imuniti Raja-raja Melayu. Perlanggaran yang jelas kepada wasiat 7 Raja-raja Melayu dan Perlembagaan sendiri.

Akibatnya, sejak UMNO diharamkan pada 1989 sehingga kini, TANAH MELAYU tak pernah aman tenteram dan sentiasa bergelojak dengan isu-isu politikal bertaraf kuali, mangkuk hayun & cerek kosong.

Maka kesalahan ke atas gulungan ahli politik yang bersyubahat dengan pengamal Adat Perpatih bawaan Dato Mentunggang menumbangkan Kerajaan Nabi Allah Adam a.s. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...