Sabtu, 23 Januari 2021

TERSIRAT DALAM TERSURAT DARI JAN 2020 KE JAN 2021 #2 EPISOD 117 DARURAT & DERHAKA

Bismillah
Salam & selawat ke atas baginda Rasul Allah ahli keluarganya & para sahabat baginda 

Bersambung dari artikel semalam dan sikit ulasan kenapa ada 117 MP menyatakan mereka keciwa frust menonggeng. Mereka membuat rayuan bersifat bantahan kerana sidang Parlimen ditangguhkan sehingga Ogos 2021 kerana Darurat Kesihatan.

Mereka menafsirkan Darurat Kesihatan sebagai Darurat Pentadbiran bagi mengekalkan Pentadbiran Kejawen Bugis yang mereka tidak sukai. Mereka mahukan Pentadbiran baru menggantikan Pentadbiran Kejawen Bugis, Kita tidak tahu siapakah pilihan mereka yang mereka mahu letakkan kepercayaan mereka bagi membentuk Pentadbiran Baru pilihan mereka. Dan adakah kepercayaan tersebut ada jaminan tidak akan berubah dalam sekelip mata selepas itu?

Sebelum ini ada tertular khabar angin mengenai 'Gabungan Politik Jajaran Baru' dikalangan mereka.Tidak diketahui apakah tujuan, niat serta halatuju gabungan itu. Mereka masih menyembunyikan agenda sebenar mereka dari pengetahuan ramai.Maka tidak ramai dapat membuat penilaian tepat samada menukar pentadiran Kejawen Bugis kepada Pentadiran baru membawa kebahagiaan atau makin menambah kecelakaan.

Rakyat dan negara ini tidak memerlukan sebarang pentadbiran baru. Rakyat mahukan satu bentuk kerjasama proaktif daripada semua MP yang ada membantu rakyat dalam menangani wabak covid19 dan ekonomi. Tapi ini masih belum berlaku. 

Pentadbiran Kejawen Bugis yang ada diketuai TSMY dipilih dan dilantik atas perkenaan SB YDPA selepas semua MP bersetuju untuk akur kepada apajua keputusan SPB YDPA. Semua MP telah dipanggil mengadap dan disoal SPB YDPA.Semuanya sudah diberikan peluang membuktikan mereka ada kepercayaan majoriti seperti dikehendaki Perlembagaan.Akhirnya SPB YDPA membuat keputusan dan mendapati TSMY mempunyai kepercayaan majoriti.

Pada waktu itu tiada pula kumpulan 117 MP berkenaan berjaya membuktikan mereka mempunyai kepercayaan majoriti. Tapi kenapa kini mereka sendiri mengingkari apa yang mereka sendiri telah persetujui atas relahati tanpa sebarang paksaan? Ini bermakna mereka bukan sahaja membuktikan mereka ada sifat kianat tidak amanah malah mereka menderhaka,

Seharusnya mereka bekerjasama dengan Pentadbiran Kejawen Bugis dan memberikan input-input membantu melicinkan pentadiran Kejawen Bugis.Dan sekiranya mereka mendapati Pentadiran Kejawen Bugis tidak memberikan respons baik, mereka boleh buat pengaduan terus kepada SPB YDPA.

117 MP wajib meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan politik mereka.Rakyat wajib diutamakan terlebih dahulu.Mereka wajib berhenti bergadoh berbantah mencabar kerana politik.

Dalam waktu mencabar ini mereka wajib fikirkan mengenai kepentingan dan kebajikan rakyat yang telah memilih mereka sebagai Waki Rakyat dan bukan Wakil Parti Politik. Mereka wajib bertanya kepada rakyat apakah rakyat mahukan pada waktu ini.

Mereka semuanya harus kembali kepada pematuhan Wasiat 7 Raja-raja Melayu. Bukan masih bergadoh berbantah mencabar Siapa Ada Kepercayaan Majoriti,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...