dI PETIK DARIPADA SUMBER mykmu:-
Saya telah lama tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin. Seingat saya sejak beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya sekali saya mengkritik beliau kerana kegagalan beliau menyusun jentera pemuda UMNO negeri-negeri. Hari ini apabila ada teman-teman membelasah beliau kerana menawarkan diri ke dalam kabinet, saya tidak turut serta. Biarlah beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.Namun hari ini apabila beliau menggunakan logik seakan orang bodoh untuk menjustifikasikan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13, saya fikir – “Sudahlah, KJ!”Dalam wawancara dengan Berita Harian hari ini Khairy berkata, “analisis kita jangan cetek sangat, jangan kata ini salah satu komuniti.”Memang tak perlu salah orang lain. Yang paling banyak salah adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang selama 4 tahun ini tidak berbuat apa-apa untuk memperkuatkan jentera Pemuda terutamanya di Selangor. Sebab itu Selangor kalah teruk. Jentera Pemuda di seluruh negara hanya berjuang kerana tidak mahu BN kalah. Kalau mengharapkan kepimpinan KJ dah lama terlungkup. Berapa banyak negeri bertukar Ketua Pemuda di bawah KJ kerana tidak berkesan? Sebab apa tidak berkesan? Sebab KJ selama menjadi Ketua Pemuda sedaya upaya cuba menaikkan kroninya sebagai KP negeri biarpun tidak mendapat sokongan penuh.Bagaimana orang sehebat KJ boleh menafikan bahawa perubahan pola pengundian kaum Cina kali ini sangat jelas? Bagaimana KJ mahu menafikan bahawa berlaku Tsunami Cina kali ini sedangkan hamipr 97% kaum cina tidak menyokong BN kali ini?KJ menyatakan isu rasuah. Jika isu rasuah menjadi keutamaan begitu besar sehingga berlaku Tsunami Cina, mengapa Pakatan di Selangor yang terbabit dengan skandal Talam, Pasir, Yayasan Selangor dan PKNS masih menang lebih besar?Khairy sebagai ketua Pemuda masih tertipu dengan politik kaum Cina yang kononnya anti rasuah. Lalu Kerajaan pun mendakwa bekas Menteri Besar Selangor kerana isu penyalahgunaan kuasa yang sekarang keputusan hakim mahkamah tinggi menjadi lawak jenaka sahaja. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah baik?Kerajaan juga mendakwa bekas Menteri pengangkutan, Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dalam isu PKFZ walaupun Tun Mahathir sendiri kata beliau tidak ditipu. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah hebat?KJ mengatakan kekalahan Zulkifli Nordin di Shah Alam kerana Melayu tidak menyokong BN. Memang benar ada Melayu lupa daratan yang lulus luar negara, perasan pandai tidak menyokong BN dan yang taksub kepada Pas. Tapi hakikatnya Zulkifli Nordin dan kedua-dua calon UMNO Shah Alam kalah kerana orang Cina. Kalau KJ tidak pandai membaca “kiraan peti undi” kerana jadi wakil rakyat parachut, mungkin ada orang boleh bantu beliau.Kalau KJ boleh membuka mata sedikit beliau tentu sedar bahawa kekalahan BN di Sepang kerana kebodohan Ketua UMNO Bahagian Sepang memecah belahkan bahagian di saat akhir. Siapakah Ketua UMNO Bahagian Sepang ini kalau bukan penyokong kuat Pak Lah dan kumpulan KJ suatu ketika dahulu?KJ kata cara MCA dan Gerakan mendekati kaum Cina cara “outdated”. Habis apa yang beliau buat selama menjadi Pengerusi Pemuda BN? Berapa banyak “enggagement” yang KJ telah buat dan berjaya menukar minda kaum Cina? Kosong!Setelah sekian banyak yang Najib dan BN lakukan, adalah mustahil untuk segala pembaharuan ini tidak dapat menambah undi atau sekurang-kurangnya mengekalkan undi kaum Cina.Namun undi kaum Cina merosot dengan teruk. Apa sebabnya? Apakah KJ mahu mengatakan pentadbiran Mohd Najib lebih teruk daripada Pak Lah? Jadi tiada sebab untuk undi orang Cina merosot dengan begitu teruk kecuali orang Cina telah membuat keputusan menolak BN.Hakikatnya, orang Cina merasakan Pakatan akan memberi mereka lebih banyak keuntungan kepada bangsa mereka. Sebab itu mereka menyokong PKR, PAS dan DAP walau apa pun yang terjadi.Mereka akan menggunakan apa sahaja isu untuk menolak BN. Ada yang menggunakan isu rasuah walaupun Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang sendiri penuh rasuah. Mereka menggunakan isu moral Chua Soi Lek walaupun moral pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih teruk dari CSL. Mereka menggunakan isu pengundi hantu walaupun sehingga hari ini mereka tidak dapat membuktikan. Mereka menggunakan isu kos sara hidup yang tinggi walaupun hakikatnya merekalah yang menaikkan kos sara hidup.Jika Khairy tidak menyedari hakikat ini selagi itulah BN akan berhadapan masalah. Walaupun sebelum ini saya menyokong KJ ke dalam kabinet, namun sekarang saya fikir kehadiran KJ dalam kabinet hanya menjadi seperti Saifudin Abdullah sahaja. Merugikan BN!Akhir sekali janganlah memalukan pemuda merayu-rayu memohon jawatan kabinet. Bukan jantan pemuda UMNO merayu jawatan kabinet!Kuliah Politik Untuk KJ1. Pengundi Cina Mahu Kawalan Pemerintahan2. Beranikah AG Mendakwa Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Kini KJ , budak lulusan Oxpod membantah KEMPEN BOIKOT BARANGAN CINA DAP. Antara lain beliau memberikan alasan orang Cina berhak mengundi sesiapa yang mereka suka. Ya betul orang Cina berhak undi sesiapa yang mereka suka terutama DAP yang mahukan orang Cina menjadi satu-satunya kelompok Dominan dalam politik , ekonomi , sosial dan pendidikan di Malaysia.
Ya betul, Cina berhak mengundi sesiapa saja .... dan kita berhak untuk BOIKOT BARANGAN CINA DAP ! Hak itu adalah sama dengan Hak orang Cina mengundi puak CINA DAP atas sentimen PERKAUMAN TEGAR.
Ya betul, Cina berhak mengundi sesiapa saja .... dan kita berhak untuk BOIKOT BARANGAN CINA DAP ! Hak itu adalah sama dengan Hak orang Cina mengundi puak CINA DAP atas sentimen PERKAUMAN TEGAR.