"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Persidangan / Konvensyen DAP peringkat kebangsaan telah diadakan di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Berdasarkan kepada maklumat rakan bloger
JAWABER6 DAP membuat kata sepakat untuk terus menyokong dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Misi menawan Putrajaya diteruskan. Walaupun kedengaran sok sek dalam bahasa Tionghua di kalangan perwakilan yang sudah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim agenda itu tetap dipersetujui.
Anwar Ibrahim melawat Mumbai India untuk bercakap di dalam persidangan mengenai Hak Asasi Manusia. Salah satu penyongsangan yang cuba di bawa oleh Anwar Ibrahim ialah menghalalkan amalan seks luar tabie'. Anda tentu masih ingat mengenai pendirian Anwar Ibrahim mengenai LGBTIX dalam satu temuramah secara online pada tahun lepas?
Kempen Seksualiti Merdeka sejak beberapa tahun lalu berselindung di sebalik Hak Asasi Manusia. Homophobia dijadikan istilah dan sandaran kepada sikap anti amalan seks di luar tabie'. Pakatan melalui ahlinya di dalam Majlis Peguam cuba mendidik masyarakat Malaysia untuk menerima dengan hati terbuka golongan pengamal seks luar tabie'. Kononnya sikap anti seks luar tabie' adalah melanggar Hak Asasi Manusia.
Agak malang kerana tiada gerak kerja mahupun kempen yang sama dilancarkan secara bersepadu oleh Barisan Nasional bagi menandingi kempen Seksualiti Merdeka. Sebaliknya Barisan Nasional lebih selesa menggunakan kuasa-kuasa Polis. Sewajarnya Barisan Nasional menggerakkan dan melancarkan kempen-kempen yang bersifat perbandingan dengan kempen-kempen songsang Pakatan.
Setakat ini kita hanya melihat kempen siri jelajah seperti SSDE sahaja dijalankan oleh UMNO Selangor. Itupun hanya terhad kepada audien pengundi Melayu. Di samping dengan kempen penerangan Perdana yang agak longgar dan tidak begitu fokus. SYABAS pula menjalankan kempen-kempen bersaiz kecil membuat penerangan kepada rakyat Selangor mengenai krisis air. Selain daripada itu boleh dikatakan Barisan Nasional jauh ketinggalan dari Pakatan dalam siri kempen-kempen jelajah dan siri ceramah umum kepada rakyat bawahan.
Oleh itu kita sebagai rakyat yang tidak menyokong perjuangan Pakatan perlu melakukan suatu gerak kerja besar-besaran dan secara bersepadu. Kita perlu menanam sikap jujur dan bersemangat kental menghadapi fitnah-fitnah mega Pakatan. Inilah sahaja cara untuk kita memperbetulkan kembali segala kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan sejak 1998 di samping mencegah kerosakan baru oleh Pakatan.
TEPUK DADA TANYA IMAN!