Ahad, 16 Januari 2011

PRK TENANG SIRI 3 Perihalan Bloger Untuk Di Sewa.

Gambar Hiasan manalah tahu mungkin di suatu masa jika tidak dibendung iklan sebiegini bakal muncul

1. Internet merupakan arus perdana bagi media massa dalam bentuk digital elektronik. Mudah dicapai dan akses yang cepat. Salah 1 media internet yang digunakan untuk cari makan oleh sesetengah pihak yang berkelulusan akademik dalam bidang kewartawanan dan penulisan ialah BLOG.

2. Di Malaysia amalan berblog ini mendapat perhatian umum kerana sudah malas nak beli suratkhabar iaitu media massa berbentuk cetakan bergambar pada kertas. Lebih mudah mengakses internet untuk berita-berita sensasi. Wujudlah komuniti Blogger Elitis Tahap Dewa untuk Di Sewa dan untuk di Upah.

3. Modus Operandi mereka mudah; lakukan serangan peribadi secara berangkaian dan serentak ke atas mana-mana pemimpin yang terkenal  . Petiklah mana-mana sumber maklumat yang ada. Mainkan serangan itu sehingga pemimpin tersebut tidak lena tidur malam. Tunggu beberapa ketika. Bila talifon berdering dan pertemuan di atur dengan 'sasaran' akan berlaku lah jual-beli  'harga berpatutan'. Negosiasi berapa bayaran patot kena di bayar dan untuk tempoh berapa lama.Jika dipersetujui, akan beralihlah penulisan dari keburukan kepada pujian melambung melangit. Selamatlah kehidupan 'sasaran' buat sementara waktu.

4. Gejala ini jika tidak dibendung melalui perundangan sedia-ada di bawah SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA, bakal menjadi 1 barah serius dalam masyarakat dan mencemari budaya berblog secara berhemah dan terhormat. Sebelum ianya menjadi 1 KANSER yang boleh menguggat kestabilan negara dan kententeraman awam, eloklah ianya dirawati dan di cegah di peringkat awal.

5. Para parasit elitis ini tidak bertuankan kerajaan Barisan Nasional dan menunjukkan sikap berbaik-baik dengan UMNO. Kedua institusi / entiti itu sentiasa saja menjadi bahan santapan bagi nafsu rakus tamak haloba para parasit elitis tersebut. Mereka hanya berbaik-baik dengan kedua entiti tersebut bagi mengorek rahsia-rahsia dan kelemahan kedua entiti itu disamping membina 1 persepsi kekebalan untuk diri mereka sendiri.

6. Para PARASIT ELITIS  tersebut tidak mengikat KESETIAAN mereka kepada BARISAN NASIONAL & UMNO, sebaliknya mereka mengikat kesetiaan mereka kepada IDEALISMA mereka yang jauh bertentangan dengan asas perjuangan BARISAN NASIONAL & UMNO. Mereka adalah REFORMIS MALAYSIA.


7. Mereka tinggal di alam khayalan ciptaan mereka sendiri. Bagi merealisasikan DUNIA KHAYALAN mereka, mereka menjustifikasikan melalui SIKAP KEPURAAN mereka berbaik-baik dengan mana-mana entiti yang menjadi pemerintah dan menaja mereka. Mereka wajib ditentang dan disedarkan daripada lamunan panjang dan angan-angan panjang mereka !




BERANI DAN BENAR
ALLAH BERSERTA UMNO/BN
UMNO ITU ISLAM TULIN
UMNO. RAKYAT DIDAHULUKAN
INGAT PAS INGAT ZINA
INGAT PKR INGAT DAJAL AL MASIKH
INGAT DAPIGS INGAT KOMUNIS CAUVINIS RASIS TEGAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...