Isnin, 9 Mei 2011

X-KLU-SIXTY TWO: VIDEO SALAHLAKU SEKSUAL , DARI SUDUT PANDANGAN KE 2,

Bloger Amar Makruf Nahi Munkar Papa Gomo membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia, bahawa video salahlaku seksual terdahulu bukanlah rekaan atau hasil rekaan seni kreatif imej bertindan. Sekaligus menghapuskan kesemua retorik penafian berimbuhan Pakatan Jahat PASDAPKR selama ini.Pada kali ini, kita berpeluang untuk melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza daripada sebelumnya. RAKYAT BERHAK MENGETAHUI KEBENARAN DAN DI ATAS NAMA KEBENARAN 





1. Tidak perlu diulangtayangkan di sini, cukup untuk anda semua melihatnya sendiri di pautan ini
LIHAT KEBENARAN DI SUDUT KE 2 dan untuk video teaser sila ke laman papa gomo di sini 

2. Dimaklumkan di sini bahawa rakaman aksi salahlaku seksual kontroversi ini dirakamkan dari 4 sudut berbeza. Rakaman berlaku serentak dari 4 sudut pandangan kamera tersembunyi. Adalah mustahil untuk melakukan sebarang suntingan samada dari segi teknologi imej bertindan mahupun menggunakan teknologi Penjanaan Imej Berkomputer [CGI] , ianya sesuatu yang sukar dan amat mustahil samasekali. 

3. Pendedahan ini diteruskan demi kepentingan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak perlu ditakut-takutkan dan di ugut dengan fahaman bidaah kaum mengenai Qazaf oleh PAS, PKR dan para pendita DAP. INilah KEBENARAN HAKIKI. Samada anda menolak atau menerimanya, itu adalah pilihan anda semua. 

4. Bertanyalah soalan ini kepada diri anda sendiri, jika anda menyokong sebuah parti politik yang tidak menghiraukan akhlaq idola mereka dan seterusnya tetap mahu meletakkan pemimpin seperti itu sebagai peneraju dan pemimpin tertinggi di Malaysia, apakah itu bakal menguntungkan anda semua di dunia dan di akhirat? Sudahlah pemimpin idola mereka yang selama ini berlakon 'alim dan wara' rupanya Indah Khabar Dari Rupa, apatah lagi rakan-rakan sekutu mereka dan para pengikutnya. Sanggupkah anda semua menjadi mangsa penipuan dan pendustaan mereka sebagai Pemerintah di Malaysia? Bukankah perkara buruk dan keji speerti ini yang anda-anda semua bencikan?

Pendedahan ini bukan soal fitnah, tindakan desperado atau Politik Lucah , itu hanya persepsi lontaran pihak bersalah yang masih mahu berlakun 'alim dan wara',  tetapi pendedahan ini adalah untuk mendedahkan wajah sebenar PKR, PAS dan DAP.Tepuk Dada Tanya Iman. 

EDISI SARAPAN: 15 Kebenaran Mengenai Video Salahlaku Seksual Brader Anwar Bin Ibrahim [B.A.B.I]

Pada Mac, 2011, satu pendedahan mengggemparkan seluruh Malaysia, dunia dan jantung-jantung penjilat-penjilat tegar Anwar Ibrahim telah berlaku, Rentetan dari itu PKR memberikan 1001 macam bentuk pembohongan bagi menutup kebenaran pendedahan tersebut. Berikut adalah 15 Perkara Kebenaran berdasarkan kepada kenyataan akhbar Presiden GAPS pada Mei 5, 20011 , saudara Hamidzun Khairuddin yang juga adalah bekas Ketua AMK Selangor. Bukan calang-calang orang.

KENYATAAN MEDIA GAPS

Selangor tidak memerlukan seorang pelaku video lucah sebagai Penasihat Ekonomi. Dihujahkan disini 15 dalil pelaku video seks tersebut adalah Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.


1. PENGESAHAN WARTAWAN KANAN. Kumpulan pertama yang menonton video ini adalah wartawan kanan beberapa buah media cetak, elektronik dan maya. Mereka mengesahkan pelaku dalam video itu adalah 200% Anwar.

2. OMEGA. Jam omega anwar ditemui dalam bilik hotel itu.

3. DNA. Anwar sehingga kini takut dan tidak mahu memberikan DNA nya, bagi mengesahkan yang jam itu bukan miliknya.

4. SUMPAH. Datuk Eskay telah bersumpah mubahalah sebagai keinsafan bahawa apa yang dia bongkar adalah suatu kebenaran. Namun sehingga ini anwar takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah untuk menafikan kebenaran Video itu.

5. POLIGRAF. Sehingga ini anwar takut dan kecut serta tidak berani melakukan ujian tidak menipu.

6. DATUK ESKAY. Dia adalah sahabat baik Anwar. Dia berada di dalam video itu, dia membawa masuk gadis idaman anwar itu. Dia yang membongkar video itu.

7. PELACUR CHINA DOLL. Pelacur itu berasal dari China, dia adalah seorang pelajar IPTS yang buat kerja sambilan.

8. MANAGER CHINA DOLL. Dia adalah orang yang membawa china doll itu kepada Datuk Eskay.

9. CCTV. Cctv hotel apartment itu merangkam dengan jelas kelibat anwar datang dan pergi dari hotel itu.

10. TWITTER. Anwar nak gunakan alibi yang waktu itu dia sedang melayan twitter. Bila di periksa twitter Anwar didapati ada selang 2 jam yang twitter Anwar "diam". Ya waktu itu dia sedang sibuk memuaskan nafsu syahwatnya.

11. PAKAR VIDEO. Pakar video dalam dan luar negara mendapati video itu adalah 100 % betul.

12. BUKAN SUPERIMPOSED. Pakar filem menyatakan teknologi superimposed untuk filem atau video masih belum ada. Mereka berpendapat adalah mustahil untuk video superimposed apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit.

13. BODY LANGUAGE. Anwar menjadi manusia yang sangat takut semacam apabila isu ini di bongkar oleh Datuk Eskay. Kenapa ? Semua rakyat sudah tahu jawapannya.

14. AMK PKR. Perbuatan AMK PKR yang menghasut rakyat untuk menentang usaha Datuk Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul adalah usaha desperado Anwar untuk menafikan hak Datuk Eskay yang mahu membongkar kebenaran.

15. PAPAGOMO. Papagomo.com merupakan blogger amar maaruf nahi mungkar yang paling berani membongkar video ini di alam maya. Kini rakyat boleh menonton dengan jelas lakonan seks penasihat ekonomi Selangor itu di banyak medan maya.

Dengan 15 dalil ini Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri atau Menteri Besar Selangor wajib memecat Anwar dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5 Mei 2011


Jam 10 pagi ini, Papa Gomo 'bloger Amar Makruf Nahi Munkar Yang Berani' dengan sukacita gembira hati mempersembahkan kepada semua LAGI VIDEO PANAS EDISI ' Selamilah Hati Ku Ini, Keluhan Anwar, Bukan Salahku Membalun China Doll Selagi Masih Ada Yang Sayang Selagi Itu Anwar Balun China Doll"

Belum Apa-apa, Jeff Ooi Berbohong Mengenai Seksyen 499 Kanun Kesiksaan. Ada Komplot Tersembunyi Ke?




Jeff Ooi telah membuat lapuran Polis dan sebuah klip video sepanjang 11.09 minit mengenainya telah di muat naik di youtube. Lihat dan dengar baik-baik apa yang Jeff Ooi katakan antara pada minit ke 4.49- 5.01 yang menyebut mengenai seksyen 499 Kanun Kesisksaan dan kesalahan Intimidasi Jenayah. Dengar baik-baik. Dengar dan lihat baik-baik apa yang diperkatakan oleh Jeff Ooi antara minit 10.27 - 11.09 yang mempunyai niat untuk menghasut semua komuniti Kristian dan Budha untuk buat perhitungan masing-masing pada masa hak dan kuasa menentukan kerajaan akan datang jika tiada permohonan maaf di buat kepadanya dalam tempoh 24 jam.

1. Sila ke pautan ini bagi melihat dan mendengar video klip tersebut DAP BERI 24 JAM UNTUK UTUSAN DAN BLOGER BIG DOG ZAKIR MOHON MAAF, Sila lihat dan dengar pada minit-minit yang disebutkan di awal tadi.. Jeff Ooi telah menyebut antara minit ke 4.55 sehingga 5.00 seperti berikut:-
" Kanun Kesiksaan Seksyen 499 ialah mengenai Criminal Intimidation .." Jeff Ooi
di bawah ini adalah petikan daripada Seksyen 499 Kanun Kesiksaan yang sebenarnya:-


Jelas sekalai Jeff Oii BERBOHONG dengan TERANG DAN NYATA! Seksyen 499 Kanun Kesiksaan adalah mengenai Kesalahan Jenayah ' DEFAMATION!' bukan ' CRIMINAL INTIDIMATION"  Berikut adalah seksyen yang betul mengenai Kesalahan Jenayah ' CRIMINAL INTIMIDATION' iaitu Seksyen 503 Kanun Kesiksaan.



Untuk lebih jelas sila ke pautan laman sesawang Pejabat Peguam Negara Malaysia di sini KANUN KESISKSAAN

 2. Persoalannya ialah kenapa Jeff Ooi berbohong dengan begitu jelas dan nyata mengenai jeni kesalahan dan seksyen tersebut? 

Adakah disengajakan atau sebenarnya isu ini mempunyai sesuatu perancangan di balik tabir ?

Adakah benar-benar Jeff ooi mahukan permintaan maaf dilakukan kepadanya atau 

Adakah ini merupakan satu perancangan yang teliti oleh pihak tertentu bagi memerangkap Utusan Malaysia sekaligus mengugut kerajaan Barisan Nasional membuang kesemua bloger yang benar-benar pro BN? 

kerana Jeff Ooi ada menyebut mengenai Presiden NUJ yang di pecat oleh Utusan Malaysia dan desakannya agar kepimpinan kerajaan membuang semua bloger yang pro UMNO yang pada pendapatnya merupakan anasir-anasir jahat sepertimana pemecatan Presiden NUJ oleh Utusan Malaysia? Menarik bukan?

3. Lihat dan dengar pula apakata Jeff Ooi pada minit ke 10.27 dan 11.00 yang jelas menyebut seperti berikut:-
" .. dan saya beri kata muktamad itu supaya nombor satu ..aaah .. permintaan maaf daripada Utusan dan bigdog harus dilakukan dalam jangkamasa 24 jam..
KALAU TIDAK, SAYA AKAN JUMPA DENGAN SEMUA KOMUNITI KRISTIAN DAN BUDHHA SUPAYA SAYA MEMBERITAHU APA YANG TELAH BERLAKU 
DAN SAYA MAHU MEREKA MEMBUAT PERHITUNGAN MASING-MASING APABILA  KITA MEMPUNYAI HAK DAN KUASA UNTUK MENENTUKAN KERAJAAN AKAN DATANG .. TERIMAKASIH.."
 4. Kenyataan Jeff Ooi di atas di buat pada minit terakhir dalam klip video tersebut, telah mengundang begitu banyak persoalan , ianya seolah-olah memberikan gambaran kepada kita bahawa Isu ini merupakan satu perangkap komplot jahat berniat curang oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai dendam kesumat kepada para bloger pro BN dan Utusan Malaysia sekaligus membela nasib presiden NUJ yang di pecat oleh Utusan Malaysia. 

Mustahil dalam perkara sebesar ini yang melibatkan kewibawaan Jeff Ooi, dia boleh melakukan kesilapan yang disengajakan seperti itu. Isu ini nampaknya seperti sebuah perangkap besar bagi melenyapkan dan melumpuhkan sayap-sayap sibertruper pro BN, perangkap ke atas Utusan Malaysia, perangkap kepada Kerajaan Barisan Nasional dan membela nasib Presiden NUJ. Isu ini seolah-olah sengaja ditimbulkan dan diadakan bagi mengugut kerajaan Barisan Nasional. Kita kena ingat, Jeff Ooi ini adalah seorang Bloger Bebas sebelum ini dan dia pernah memuji Rukibiru kerana mempertahankannya sila lihat dan dengar klip video ini yang mana Jeff Ooi memuji Rukibiru pada Ogos 18, 2009 JEFF OOI SPEECH. Kepada Rakan-rakan, berhati-hati, isu ini mungkin adalah perangkap! Tepuk Dada Tanya Iman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...