Selasa, 1 November 2011

AKUILAH 95% POLITIK MALAYSIA AMAT TERUJA DENGAN SKANDAL SEKS.


PENGARUH SEKS DALAM POLITK MALAYSIA. Siapakata UMNO mengamalkan politik keji? Bukankah ianya juga datang dari kelompok Politik Baru dalam UMNO sendiri? Kononnya mereka mewakili era baru generasi pemikiran baru dalam politik. Helo brader! Bangunlah. Mana ada idealisma politik ini bersifat baharu? Semuanya lapok belaka lah termasuklah nama-nama yang anda gunakan dan daftarkan dalam kad pengenalan contohnya Saifuddin, Anwar, Azmin, Nurul Izzah, Sugumaran, Lim Kit SIang, Karpal Singh dan ramai lagi. Ini punya nama beribu tahun dahulu manusia sudah gunakan. Sudah-sudahlah dengan idealisma lapok yang diberikan 'pakaian dan kulit berganti'. Malulah. Dalam buku talipon Telekom pun semua nama pengguna persendirian di susun mengikut abjad kerana mempunyai ejaan, sebutan dan berbinkan sama. Nama sendiri pun masih lapok hendak mengaku membawa pembaharuan dalam politik? 

Siapakata Skandal Seks tidak laku dan laris di pasaran komoditi politik Malaysia? Siapa yang mendakwa sedemikian sebenarnya berhasad dengki dengan pencapaian pihak lain. Sejak merdeka 1957 tahukah anda berapa ramai ahli politik di Malaysia ini jatuh kerana skandal seks? Ramai! Kita pergi mengundur dalam masa. Berapa ramaikah ahli politik zaman silam jatuh kerana seks? Ramai!

Kita kembali ke dalam ruang masa di negara kita dan lihat kepada diri sendiri. Kita terdiri daripada tiga rumpun bangsa Asia yang utama, Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga peradaban ini bermula dengan sistem politik beraja. Cina dengan Maharajanya, India dengan Maharajnya juga dan Melayu dengan Kesultanannya. Dalam ketiga-tiga peradaban ini mana satu yang tidak ada KITAB PASAL SEKS? Cuba cerita. Ada? India dengan KAMA SUTRA nya, Cina juga ada KITAB SEKSnya dan Melayu dengan KITAB PERMATA YANG HILANG. 

Jadi fikirlah sendiri. Pada hari ini jika anda mencemuh pendedahan skandal seks yang dilakukan oleh para bloger tidak bertuan seperti hamba, Papa Gomo dan ramai lagi anda sebenarnya hanya bersifat hipokrit. Anda mungkin terlupa bahawa maharaja China yang pertama pernah mempunyai seramai lebih daripada beribu gundik. Begitu juga dengan maharaja India dengan haremnya. Ahli politik Malaysia ini amat menebal sifat EGO mereka. Itulah masalah utama mereka dengan rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PKR, PENGUNDI HANTU & BUKTI BANGLO KHIR TOYO RM3.5 JUTA.


POLITIK KOTOR. Salah satu tuntutan BERSIH ialah mengenai amaan politik kotor. Tahukah anda bahawa pada hari ini tiga orang bloger membuat pendedahan mengenai politik kotor PKR? Pertama bloger SERULING JALANAN yang mendedahkan terdapat sebuah laporan Polis terhadap PKR. Laporan tersebut mengatakan bahawa pengadu telah di paksa dan di ugut mengisi 500 keping borang keahlian PKR. Isu ini di sambut oleh bloger KERIS7LOK. Salinan repot polis ada dipamirkan. Samada ianya benar atau tidak kita tunggu saja pendedahan oleh pihak polis. 






Pendedahan seterusnya mengenai bukti-bukti sahih harga sebenar banglo yang telah di beli oleh Khir Toyo. Pembangkang mendakwa ianya berharga RM24 juta. Ternyata pada hari ini melalui keterangan seorang saksi jurunilai yang memeriksa sendiri keadaan rumah banglo tersebut sebelum transaksi berlaku mengatakan sebaliknya. anda boleh layari blog PRAPUKARI yang memetik daripada sumber MYKMU. Saksi tersebut Mr Choy seorang jurunilai berlesen bertaraf antarabangsa dari firma jurunilai Rahim & Co.

Berdasarkan keterangannya, transaksi yang berlaku adalah transaksi melibatkan sebuah unit hartanah yang masih belum siap (dalam pembinaan). Penilaian di buat berdasarkan kepada 'as is where is basis'. Beliau sendiri ditugaskan membuat penilaian dan melawat tapak tersebut serta mengambil gambar. Beliau turut mengkritik kaedah yang digunakan oleh jurunilai TransASia yang di upah oleh Dato Shamsuddin yang membuat penilaian berdasarkan kepada 'Assumption Completed Unit' dan tidak melakukan lawatan tapak. 


Gambar-gambar rumah yang sedang dalam pembinaan
Semasa Transaksi Khir Toyo
(Bangunan Asal Di Robohkan)

Di sebelah paginya seorang lagi jurunilai yang menjadi panel jurunilai kepada pihak bank dari firma Irhamy & Co bagi transaksi pembelian antara pemilik asal dengan Ditamas (Dato Shamsuddin) memberikan keterangan. Beliau mengakui bahawa penilaiannya tidak berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan dibuat pada tahun 2005. Setelah di beli oleh Ditamas, bangunan asal dirobohkan terus dan dinaikkan bangunan lain. Oleh itu, penilaian yang di buat oleh Irhamy, Rahim & Co dan TransAsia adalah di atas hartanah yang sama tapi berbeza serta bangunan serta di buat pada masa yang berbeza.


Gambar-gambar pada tahun 2005
Bangunan Asal 
Transaksi antara Ditamas & Pemilik Asal.

Kesimpulannya ialah sejarah harga hartanah yang menjadi pertikaian adalah seperti berikut:-
  1. Semasa transaksi antara Ditamas dengan Saiful Aznil (bangunan asal) - RM4.3 juta.
  2. Seterusnya dinaikkan menjadi RM6.5 juta atas persetujuan bersama bukan berdasarkan kepada harga semasa.
  3. Kedua harga tersebut di buat pada 2005 semasa bangunan asal masih ada.
  4. Semasa transaksi antara Dato Shamsuddin dengan Khir Toyo, bangunan asal dirobohkan dan dinaikkan struktur baru.
  5. Penilaian di buat oleh Rahim & Co bagi pihak Khir Toyo.
  6. Penilaian di buat semasa sturktur bangunan baru sedang dalam pembinaan dan berdasarkan kepada 'as where is basis'. Lawatan tapak turut dilakukan.
  7. TransAsia pula melakukan penilaian bagi pihak Dato Shamsuddin. Penilaian di buat selepas penilaian Rahim & Co.
  8. Penilaian TransAsia berdasarkan kepada 'Assumption Completed Unit' dan tidak melakukan lawatan tapak, 
  9. Jadi berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi (jurunilai yang terbabit) harga bungalo tersebut tidak pernah mencecah RM24 juta sepertimana dakwaan pembangkang.
Teladannya: Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai fitnah hasutan dan dakyah pembangkang, Samalah seperti dalam isu cincin, isu DS Rosmah membeli-belah di Australia, isu ketirisan dalam Lapuran Ketua Audit Negara, Altantuya, Hudud dan isu kapalselam Scorpene. INGAT ANDA LEBIH BIJAK DARIPADA PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPERBODOHKAN PEMBANGKANG,

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JANGAN BUAT KERJA BAHLOL SEPERTI INI.

AMK PKR. Sejak tertubuhnya PKR (Parti Keganasan Rumahtangga -Violent Domestic Party) budaya keganasan semakin membarah di kalangan ahli-ahlinya. Mereka begitu berbangga memiliki sifat buas, ganas, liar, memberontak dan segala jenis sifat-sifat mazmummah. Inilah kelompok manusia yang iblisetanirojim laknatullah amat suka berkawan. Mereka amat suka menimbulkan provokasi dan suka cari gadoh dengan sesiapa saja. Mereka tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka seperti yang ditunjukkan di dalam klip video di bawah ini. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

EEEIII MALUNYA KAK WAN JIJAH ..... Baca Seterusnya..



Siapakah Aweks ini?


Dimanakah Lokasi Ini ?
Apakah Kaitan Lokasi Ini Dengan Gambar Aweks Di Atas?


Baca setersunya di sini KICKDEFELLA ada klip video menanti anda! Dan Penyokong PAS mendakwa ianya berlaku juga di Mekah. OPERASI JOHNSON I & II. Cayalah Sifu Kickdefella.


TEPUK DADA TANYA IMAN!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...