Ahad, 22 Januari 2012

KERANA BERKASIH DAP & PKR... PAS SANGGUP MEMECAT LAGI


Spekulasi semakin menghampiri realiti. Belum pernah dalam sejarah PAS berlakunya pemecatan ke atas pemimpinnya dalam tempoh 24 jam atas desakan mana-mana pihak di luar PAS. Pemimpin PAS yang seterusnya dijangka menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali ialah Nasaruddin Mat Isa. 

Spekulasi ini berdasarkan kepada beberapa faktor yang menjadi amalan pemecatan dalam PAS. Ciri-ciri faktor tersebut amatlah sepadan dengan ciri-ciri yang ada pada Nasaruddin Mat Isa. 

Jadi adakah PAS akan terus memperjudikan untung nasibnya dengan melakukan bai'ah walak (ta'at setia) melalui amalan pemecatan? 

Kalau begitulah cara PAS berjuang maka amat eloklah PAS di tolak terus buat selama-lamanya. Buat apa memilih sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan ISLAM tapi hakikatnya roh dan semangat perjuangannya ditentukan oleh pihak luar parti tersebut. Pendekata tidak ada pendirian.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEJAM PAKATAN , KAIN RENTANG PUN JADI MANGSA LIWAT PAKATAN.



Inilah contoh Buday Vandalisma melampau. Kain rentang yang tak berdosa pun dijadikan modal dosa kering oleh pelaku vandal. Pelakunya mungkin tengah mabuk todi dan bukan mabuk cinta liwat. Kalau pelakunya ada rasa cinta kasih sayang takkan sanggup melukakan sehelai kain rentang yang tidak berdosa. Amboi. Punya benci pelaku vandal itu kepada DS Zambry. Masalah besar kalau pelaku vandal itu dari Pakatan. Akibatnya nanti jika Pakatan memerintah nanti habis semua seluar dalam musuh politik pakatan dijadikan bendera kemenangan mereka. Tapi apa hendak dihairankan pun sebab rasuah pun Pakatan hendak halalkan apatahlagi liwat inikan pula vandalisma.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KLIP VIDEO KEKECOHAN CERAMAH RASIS ABU CHEGUBARS AMBIL KESEMPATAN???!!



Rakan bloger 1Peluru menerbitkan klip video di atas berkaitan dengan tuduhan Chegubard dan menulis di bawah ini:-
Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??
Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!
Apa yang kita kesalkan ialah cara penyampaian Chegubrad tersebut. Betul juga kata rakan bloger 1Peluru. Apakah bukti CheguBrad ada untuk menuduh yang buat kecoh itu adalah Pemuda UMNO dan ahli UMNO? Takkan Chegu BRad boleh kenal setiap seorang ahli UMNO di seluruh Malaysia? Mustahil.! Lagipun dalam klip video di atas tidak jelas wajah mereka yang melakukan onar tersebut.

Seperkara lagi kita semua maklum HINDRAF dan Pakatan membenci UMNO kerana atas isu UMNO mewakili majoriti Melayu Islam. HINDRAF benci UMNO kerana UMNO ialah Melayu Islam. DAP benci UMNO atas alasan yang sama. PAS benci UMNO kerana UMNO parti Melayu. Apa yang Chegu Bard merepek pula? Inilah sentimen perkauman yang diapikan oleh Cheegu Bard setelah semua usaha merusuh Pakatan digagalkan.

Pada pendapat hamba CheguBrad sekali lagi memperalatkan HINDRAF untuk mencetuskan huru hara dalam negara. Pihak Polis wajib bertindak segera dalam hal ini !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KARPAL MASUK HOSPITAL KERANA PEGUAM NEGARA FAILKAN NOTIS RAYUAN ?


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu berkata, secara peribadi beliau berpendapat tindakan Jabatan Peguam Negara semalam memfailkan rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, sebagai satu tindakan yang tepat.
“Secara peribadi atas undang-undang dan hak, ia adalah keputusan yang tepat.
“Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tetap akan merayu,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada pemberita.
Petikan: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/21/mstar_berita/20120121165435&sec=mstar_berita
Jabatan Peguam Negara menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, rayuan itu difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
Adakah kerana tertekan Peguam Negara memfailkan Notis Rayuan pada hari Jumaat lepas maka Karpal Singh dimasukkan ke dalam hospital?

Sumber berita dari Penaksj. 
TQ PENAKSJ

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

CHEGUBARD TUDUH PEMUDA UMNO GANGGU CERAMAH RASIS A.B.U. PAKATAN

MKP melapurkan bahawa chegubard membuat tuduhan berat kepada Pemuda UMNO dalam twitternya. Tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan sebegini memang permainan licik Pakatan untuk memburukkan UMNO. Semakin terdesak dan tertekan Pakatan menghadapi kemaraan UMNO. Pakatan amat suka memfitnah UMNO. Mungkin juga gara-gara kajian yang tidak memihak Pakatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau teruja apabila kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia menunjukkan 43 peratus yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa pada pilihan raya akan datang.
"Saya teruja kalau ada laporan sedemikian, tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?
"Salah satu mungkin mereka yakin dengan agenda nasional untuk bawa transformasi, menuju sebuah negara maju dan kita buktikan dalam tempoh tiga tahun ini banyak perubahan, begitu banyak idea baru, ini sedikit sebanyak membantu keyakinan rakyat kepada kerajaan," katanya dipetik Bernama selepas merasmikan program Ihsan Samudera di sini, hari ini.
Laporan media kelmarin memetik kajian kendalian pusat itu akhir tahun lalu menunjukkan Najib menjadi pemimpin pilihan berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...