Isnin, 17 September 2012

APA TINDAKAN ?


'KEJAHATAN MELATA KERANA ORANG BAIK-BAIK TAK BERBUAT APA-APA" Bila ketegasan tidak ada kerana berfikiran tiada dua pertiga majoriti di Parlimen akhirnya kebiadapan dan kejahatan semakin melata. Provokasi dan pencetusan konflik sentiasa berlaku kerana tidak di cabar. Yang di tangkap dan di tahan hanya balaci kecil sedangkan penghasut utama dibiarkan berleluasa. Apakah tidak ada makna undi empat juta lapan puluh satu ribu seratus limabelas (4,081,115) yakni 51.4% kepada Barisan Nasional dalam PRU 12 lalu?

Kita hendak juga bertanya apakah tindakan susulan BARISAN NASIONAL memujuk dan menundukkan pengundi tegar Parti Rakyat Malaysia sebuah parti Sosialis seramai 19,126 orang ?Walaupun bilangan mereka hanya 0.02% dari 10.740 juta pemilih pada PRU 12 dan jauh lebih kecil dari 29.3 juta penduduk Malaysia tapi pepuak inilah yang paling ramai buat kacau termasuklah yang mengundi PKR dan DAP. 

Tapi BARISAN NASIONAL masih menguasai 51.4% pemilih berdaftar pada PRU 12. Apakah suara keresahan dan kegelisahan mereka tidak ada makna? 

Kali ini masih ada lagi penyokong Pakatam Jahanam yang berterusan menghina institusi Raja-raja, Cabaran ini sering berlaku dan terjadi. Apakah sebabnya? Apa pula tindakan susulan mengenainya? 




Dimanakah pemantauan ke atas propaganda dan dakyah serta program-program puak Sosialisma ke atas anak-anak muda kita? Setiapkali perkara ini dikeluarkan dan dimaklumkan di blog-blog pro UMNO, apakah tindakan dan reaksi orangramai ?

Bagaimana hendak mendapat lebih dua pertiga majoriti jika tiada langsung ketegasan yang nampak di pandang ? Dan bilamana ada tentangan hebat akibat ketegasan yang di ambil , pepuak yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan tindakan tersebut mestilah bekerja keras.

Jangan lah asik makan budu cecah roti John sambil minum dan bergelak ketawa serta memuji diri sendiri sahaja dan menyangka begitu hebat mampu mengubah dengan hanya berblog dan berfesbuk sahaja.

Sampai bila ?


VIDEO KHAS MEMPERINGATI 16HB SEPETEMBER.


Pembohongan Terbesar Oleh Anwar Aib Braheem. 



HARI MALAYSIA BERSYUKURLAH KITA ADA NEGARA.


Hamba tak peduli lah dengan macam-macam Teori Konspirasi Illuminati ke Freemason ke berkaitan dengan penubuhan NEGARA BERNAMA MALAYSIA. Buat pening kepala je nak memikirkannya. Tidak ada satu pun Fakta, Bukti kukuh dikemukakan. Semuanya berbentuk prejudis dan perlancapan minda songsang yang gilakan kuasa semata-mata. Kerana semua hujah-hujah yang anti MALAYSIA ini banyak dipengaruhi oleh idealisma komunis dan sosialis yang tak keruan hujung pangkal. 

Jangan pedulikan lah mengenai kertas kerja MALAYSIA A STUDY OF DIRECT AND INDIRECT RULE tulisan Professor Ruppert Emerson yang dijadikan hujah dangkal oleh pepuak anti MALAYSIA. kalau tak suka sangat MALAYSIA ini sila berimigrasi ke negara lain. 

Hamba juga tak ambil peduli pasa penubuhan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUDUD rayuan undi retorik puak PAS yang sejak sekian lamanya asik nak berbunuh sesama Islam yang sebangsa. Mengkafirkan sesama Islam sebangsa dan yang menolak kecintaan kepada bangsa.Yang menuduh semangat WATANIYYAH adalah ASSOBIYAH sedangkan merekalah pengamal sebenar ASSOBIYAH apabila enggan menerima kebenaran video salahlaku seksual Anwar Aib Braheem. 

Hamba juga tidak ambil peduli mengenai seruan JIHAD oleh para kelompok bangang yang mengaku Tentera Al Mahdi yang sentiasa berkhayal bahawa MELAYU adalah BANI JAWI yang di sebut-sebut sebagai keturunan Keturah yang bakal menghancurkan Israel.  Silap besarlah kalau masih menyakini bahawa MELAYU ini pemegang PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR. Mungkin Hang Tuah menyebutkan RUMPUN BANGSA MELAYU yang lain dari TANAH MELAYU ini.

Mustahil satu bangsa yang berpecah-belah dan sentiasa dahagakan darah sesama sendiri serta melupakan asal-usul mereka adalah bangsa yang ditakdirkan mencapai kegemilangan di akhir zaman.  Kita sahaja yang perasan lebih. Syok sendiri yang tak keruan. Itu semua adalah dalam pengetahuan rahsia Allah Ta'ala jua. Kita hanya menduga-duga dalam kesamaran yang tak nyata.

Hamba juga tidak kisahkah apa jua slogan KETUANAN RAKYAT, KUASA RAKYAT, MAKKAL SAKHTI dan KEBANGKITAN RAKYAT kerana semua itu retorik politik bangang yang mahu merobek-robek keadaan harmoni dan aman negara ini sejak 1969. 

Hamba juga tak peduli mengenai kemiripan bendera JALUR GEMILANG dengan bendera USA. Hamba tak peduli dengan Teori Sang Saka Malaya yang membawa aspirasi Neo Kolonialis Komunis yang telah gagal dan di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat TANAH MELAYU sejak 1930an lagi. 

Hamba juga tidak ambil peduli seruan Mat Syabu pepatungan DAP yang mahukan para pembunuh dan penyumbangleweng Rejimen ke 10 PKM sebagai Pejuang Kemerdekaan. Mereka yang sanggup bersama Chin Peng walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Sanggup membunuh Ketua Polis. Sangggup membunuh para suami dan para bapa yang berkhidmat dalam Tentera dan Polis. Kelompok yang sanggup hidup dalam buangan kerana kedegilan dan kejahilan mereka enggan mengakui mereka di tipu oleh pihak komunis.

Hamba pun tak peduli dengan tuduhan melulu mengenai Assobiyah yang telah diselewengkan maknanya oleh PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Kemungkaran sekutu tahaluf Siyasi PKR dan DAP yang dipertahankan oleh PAS. Menyeru agar memusnahkan kasih sayang kepada bangsa.  

Tapi Hamba memang pedulikan yang Hamba ini adalah seorang warganegara MALAYSIA. Hamba ada bangsa keturunan Melayu dan ada negara bernama MALAYSIA dan agama Hamba sama dengan agama negara ini yakni ISLAM. 

Anda bagaimana ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...