TEPUK DADA TANYA IMAN!
Sabtu, 29 Oktober 2011
WAJIB BACA! KISAH TELADAN BUAT SEMUA PARA PEMIMPIN, PARA PENGIKUT & PENYOKONG.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Al Baqarah ayat 42.
Kisah ini dipetik daripada dari sebuah blog SAIFULISLAM.COM yang amat molek dijadikan tauladan kepada semua para pengikut dan penyokong kepada mana-mana pemimpin.
“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.Gunung bergegar.Lantai bumi bergoncang.Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.Budak muda yang beriman itu ada peluang untuk melarikan diri. Dia sendirian di puncak gunung, menyaksikan kejadian yang dahsyat itu. Tetapi perjuangannya belum selesai. Dia pulang ke istana, mencabar raja yang zalim itu. Ada seribu satu hikmah daripada pilihan budak muda itu.Setibanya dia di istana, raja amat terkejut.“Apa yang orang-orang kamu sudah buat!” herdik raja kepada budak itu.Orang kamu?Orang aku?Ada kekeliruan di situ!PENGAJARANCerita di atas adalah petikan daripada kisah anak muda dan Ashab al-Ukhdud di kota Najran. Ia dikisahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam Surah al-Buruj, dan diperincikan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam sepotong hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim.Kisah itu penuh iktibar.Tetapi salah satu kejutan besarnya ialah, tindak tanduk raja pemerintah yang zalim itu. Pelbagai pendedahan dilakukan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang isi perut dan benak hati raja yang zalim itu, agar kita meneladaninya sebagai petunjuk sepanjang zaman.Lucu sekali, raja itu ramai orang suruhannya. Diarahkan mereka agar mengheret budak itu ke puncak gunung dan kemudiannya ke tengah lautan untuk menghapuskan kebenaran. Tetapi tatkala orang-orang suruhannya gagal melaksanakan misi itu, sikap raja terhadap orang-orangnya terus berubah.Kata raja itu (seperti yang disebut di dalam hadith):“Apa yang orang-orang kamu telah buat?”Tidakkah ganjil, raja itu menisbahkan orang-orang suruhannya yang gagal itu kepada budak yang dimusuhinya?Demikianlah para Ulama’ menjelaskan, bahawa itu adalah sikap pemerintah yang zalim. Ketika dia mahu menggunakan orang-orangnya, pelbagai perkara dibuat untuk membina kesetiaan. Tetapi orang suruhan yang setia itu, tatkala khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi, dibuang begitu sahaja tanpa sebarang erti.Inilah pesanan Allah dan Rasul buat sekalian pencacai yang memperhambakan diri kepada manusia zalim dan kezalimannya, yang sanggup bermati-matian melaksanakan kerja-kerja kotor majikan yang menggajikannya dengan sekelumit habuan dunia, kalian hanyalah tebu-tebu yang habis madu sepah dibuang.Andai masih ada ruang dirimu diselamatkan…
TEPUK DADA TANYA IMAN!
LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA JUGA HARAM KE USTAZ AZLI TALEBAN PAS?
Saya Mendapat Ilham Dari Mangkok Hayun Berisi Air Putih Setelah Perasap Kemenyin Arab Beserta Minyak JIM.
TALIBEN AZLI PAS. Hamba pun tidak tahu dari manakah kelayakannya sebagai seorang yang boleh mengeluarkan fatwa.Tindakan sembrononya mengeluarkan 'fatwa' itu dan ini amat merbahayakan perpaduan umat Islam. Fatwanya lebih cenderung kepada bersifat politik semata-mata. Terbaru malaun sekur itu mengatakan adalah HARAM memakan sembelihan orang UMNO. Perghhhh... dahsyat. Ini bukanlah cara terbaik untuk melariskan jualan gerai makanan dan minuman orang PAS semasa pilihanraya. Gimik pemasaran produk penghasilan orang PAS sebenarnya amat melampaui batasan. Malaun ala Dajal itu melakukan gimik pemasaran di hadapan 99% orang Melayu di Bukit Gantang pada 25hb Oktober 2011 lalu. Anih kerana malaun sekur itu hanya berani memperkatakan mengenainya di hadapan pendengar Melayu sahaja. Kenapa tidak berkata demikian di hadapan Teresa Kok dan di hadapan restoran yang menjual MENU RAKYAT tajaan DAP? Ada berani ka? Apapun tindakan malaun sekur itu adalah manifestasi/ penzahiran kejahilan melampaui batasan wajar dan munasabah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
KALO SIAR VIDEO PASAL NENENG NIE KENA SAMAN KE?
KEMPEN ANTI SIKAP HIPOKRIT DAP DALAM SEMUA ISU.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
KAK WAN JIJAH KATA POLITIK MALAYSIA INI 100% MANIPULASI & MEMPERALATKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.
Pernahkah Anda Bertanya Soalan Ini?
POLITIK MALAYSIA. Sejak bilakah politik bermula di Malaysia? Sejak zaman empayar Sriwijaya? Sejak peradaban Melayu mula hidup berkelompok? Sejak ada jawatan Tok Penghulu? Sejak ada jawatan Menteri? Sejak ada jawatan Ketua Cabang? Sejak ada jawatan Ketua Bahagian? Sejak orang Melayu mula pandai bawa sepanduk beramai-ramai membantah Malayan Union? Sejak ada Melayu tubuhkan Rejimen ke 10 PKM? Sejak Pak Sako pandai menulis? Sejak KMM membantu Jepun menjajah Tanah Melayu? Sejak bila? Hamba berani simpulkan tidak akan ada mana-mana manusia mampu memberikan jawapan yang tepat dan yang salah (semua jawapan adalah betul). Justeru itu persoalan bilakah politik bermula di Malaysia TIDAK RELEVAN. Apa yang relevan ialah corak, sifat, ciri, perwatakan dan budaya politik yang diamalkan di Malaysia. Ini merupakan persoalan yang paling mustahak.
Samalah dengan persoalan pihak manakah terlebih dahulu berusaha menghalau keluar British. Itu tidak penting tapi apa yang penting ialah siapakah yang berjaya mendapatkan kemerdekaan? Prof. Zainal Kling mendakwa kita tidak pernah di jajah melainkan hanya berada di dalam penguasaan British. Pihak komunis mendakwa sejak komunis ditubuhkan di Singapura bermulalah pergerakan menuntut kemerdekaan. Masing-masing pihak hendak menengakkan benang basah. Serupalah dengan Profesor Aziz Bari yang mendakwa Institusi Raja-raja boleh dikritik ikut suka hati sesiapa pun.
Kembali kepada persoalan awal. Apakah corak, sifat, ciri, perwatakan dan budaya politik di Malaysia ini? Takrifan Politik bagi hamba adalah mudah yakni ada dua pihak iaitu pihak yang berkuasa dan pihak yang dikuasai. Coraknya pun mudah yakni pihak berkuasa menguasai pihak yang dikuasai. Sifatnya pun mudah yakni pihak berkuasa tetap mahu terus berkuasa. Cirinya pun mudah yakni pihak berkuasa mahu mengekalkan kekuasaan dan menambah kekuasaan. Perwatakannya pun mudah pihak berkuasa tetap pihak berkuasa dan pihak yang dikuasai tetap dikuasai. Budaya Politiknya mudah yakni pelbagai cara dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan pihak yang dikuasai terus berada di bawah penguasaan pihak berkuasa.
Dimanakah sebenarnya kedudukan pihak yang dikuasai pula? Siapa yang mampu menjawab? Adakah jika pihak berkuasa yang sedia ada ini ditukarkan kepada pihak berkuasa lain maka pihak yang dikuasai akan bertambah baik kedudukan mereka dalam hirarki kekuasaan politik? Jawapannya ialah TIDAK. Pihak yang dikuasai masih berada di bawah pihak berkuasa.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Langgan:
Catatan (Atom)