Isnin, 26 Disember 2011

SEWA TAPAK PERNIAGAAN KOMPLEKS PKNS NAIK 2 KALI GANDA.

BANTULAH PARA PENIAGA MELAYU YANG SEDANG DIANIAYAI DAN DIZALIMI SESUKA HATI OLEH GEROMBOLAN ANWAR IBRAHIM YANG BERCITA-CITA MAHU MENJADI TUHAN.

Kenaikan kadar sewa tapak perniagaan di kompleks PKNS Shah Alam bukan lagi satu rahsia. Kini kadar sewa tersebut menjadi hampir RM7,000.00 sebulan. Ini kerana pentadbiran Khalid G melalui nasihat Penasihat Ekonomi berbayar RM1.00 mahu menjahanamkan ekonomi Melayu.Ini semua gara-gara si Anwar Ibrahim kepingin menjadi TUHAN sama seperti Firaun pada zaman nabi Musa a.s. dan nabi Harun a.s. 

Apabila politik dicampuradukkan dengan amalan-amalan songsang seperti yang si Anwar Ibrahim lakukan maka ianya mengundang kecelakaan dan kemurkaan yang begitu melata. Pada akhirnya rakyat menderita keperitan dalam kepayahan serta kesulitan berpanjangan. Wahdatul Wujud amalan Anwar Ibrahim sudah menampakkan kesan negatif kepada seluruh kehidupan rakyat. Inilah akibatnya apabila mengamalkan ilmu yang bukan diwarisi daripada Rasullullah s.a.w.

Para peniaga Melayu di kompleks PKNS Shah Alam amat wajar sekali diberikan bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pihak pengurusan baru PKNS Shah Alam wajar di tegur dan diberikan amaran keras agar tidak menyebabkan kerugian jangka panjang kepada para peniaga Melayu.

Kita juga boleh membantu mereka dengan memberikan sokongan moral sehingga perjuangan mereka berjaya. Mereka boleh berkhemah dan berdemonstrasi di bangunan SUK Shah Alam sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi oleh Khalid G. Kita perlu memberi tekanan yang hebat ke atas pejabat penasihat ekonomi yang mana Rafizi sedang menggila dalam kecintaan ketamakkan harta dunia.

Malah mereka juga perlu berdemonstrasi di hadapan pejabat PKR di Tropicana, di depan pejabat DAP rasis, di semua rumah kediaman pemimpin-pemimpin Pakatan yang bebal.

Marilah kita saling bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan menjauhi REVOLUSI BUNGA RAYA yang mahu menabalkan Anwar Ibrahim sebagai MANUSIA TUHAN, na'uzubillahi min zalik.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR.....PARTI KELENTONG RAKYAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...