Isnin, 26 Disember 2011

APABILA KEBENARAN TIBA: MENYANGGAH REFORMASI.


Artikel ini bukan bertujuan untuk mencari gaduh. Ianya bertujuan untuk memperbetulkan pandangan dan persepsi mengenai gerakan REFORMASI atau pembaharuan. Ada seorang penulis blog menulis:- 
`Reformasi’ bermaksud `pembaharuan’. Sejarah UMNO menunjukkan proses pembaharuan telah berlaku secara terus menerus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Dr Mahathir merupakan salah seorang tokoh `reformasi’ atau `mujaddid’ di dalam UMNO. Dr Mahathir telah membuktikan kepada semua orang Melayu, rakyat Malaysia, umat Islam dan juga penduduk-penduduk seluruh dunia, usaha pembaharuannya telah banyak yang mendatangkan hasil. 

Sememangnya terdapat ramai tokoh-tokoh reformasi tulen di dalam UMNO. Cuma, berbeza degan tokoh-tokoh reformasi palsu, tokoh-tokoh reformasi tulen ini berupaya melakukan perubahan dalam kerangka tradisi tanpa merosakkan kekuatan parti, umat Melayu dan umat Islam. Semangat patriotik mereka juga tinggi dan mereka tidak akan sekali-kali rela melutut dan meletakkan maruah bangsa dan agama di kaki kuasa-kuasa asing.
Penulis yang menulis rangkap-rangkap di atas pernah mengakui kepada Hamba bahawa beliau adalah bekas reformis yang telah insaf dan bertaubat. Malah beliau mengatakan bahawa beliau pernah mendapat didikan di IKD. Kini beliau berada dalam hirarki kepimpinan muda UMNO. 

Hamba kurang bersetuju dengan buah fikirannya yang terkandung di dalam dua perenggan di atas. Ianya adalah kekeliruan mindanya sendiri. Menyamakan perubahan yang berlaku di dalam UMNO dengan konsep gerakan REFORMASI adalah sesuatu yang berniat  curang dan sengaja diputarbelit bagi mempopularitikan idealisma REFORMASI 98 dan diri sendiri sebagai calun PRU 13.

Menyamakan Reformis dengan Mujadid adalah suatu bida'ah yang amat jahat serta mengakibatkan salahfaham yang amat serius dalam Islam. 

Tajdid dan Mujadid yang disebutkan dalam hadis sahih Rasullullah s.a.w bukan merujuk kepada gerakan Reformasi ataupun mana-mana orang bekas reformis atau bukan reformis. 

Pembaharuan adalah berbeza dengan perubahan. Baharu membawa maksud menggantikan yang ada dengan yang lain. Perubahan pula ialah pembaikan dan penambah baik yang sedia ada menjadi sesuatu yang lebih baik.

Gerakan perubahan memang ada di sebut dan di tuntut di dalam Islam yakni kita sentiasa di suruh memperbaiki segala kelemahan dan menambahbaikkan mutu ibadah.

Idealisma Reformasi sebenarnya tidak berpunca dan bersumberkan al Quran dan hadis sebaliknya ianya adalah kelahiran dari falsafah gerakan pembaharuan kristian seperti Martin Luther terhadap penguasaan Vatikan. 

Penambaikkan juga merupakan nilai budaya di dalam alam nusantara yakni Melayu. Idealisma reformasi tidak pernah ada dalam budaya Melayu malah ianya amat bercanggah dari nilai-nilai budaya Melayu yang bercirikan Islam berteraskan al Qur'an dan hadis.

Di dalam UMNO tidak ada yang memperjuangkan idealisma Reformasi atau merupakan tokoh-tokoh reformasi tulen. Kenyataan itu adalah satu fitnah dan pendustaan yang sengaja di reka bagi mengelirukan pemikiran ahli dan pemimpin muda UMNO yang bukan bekas reformis atau jenis opurtunis.

Tiada proses pembaharuan mengikut acuan gerakan reformasi di dalam UMNO sejak dulu sehingga sekarang sepertimana di dakwa oleh penulis tersebut. 

Apa yang berlaku di dalam UMNO sejak dulu sehingga sekarang ialah penambahbaikkan dan pemulihan serta pembaikan kelemahan-kelemahan yang ada. Ini adalah proses kematangan dan kedewasaan UMNO yang sentiasa progresif. Disebabkan inilah UMNO sentiasa relevan pada setiap masa.

Jangan terkeliru dengan gerakan reformasi 98 yang merupakan virus kepada pemikiran sihat dan amalan budaya transformasi UMNO sejak dulu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...