Isnin, 26 Disember 2011

KAK WAN JIJAH TERKEJUT BILA ORANG KUAT PAS KATA .......

Rakan bloger KLBOYZWANGSA mendedahkan tindakan seorang orang kuat PAS yang telah mengkritik hebat Pok Nik di atas pentas FELDA. Tontonilah klip video di bawah ini.




Apa sudah jadi ini? Sewaktu Pakatan Haram memperhebatkan serangan ke atas FELDA tiba-tiba muncul seorang pejuang penegak kebenaran yang datang dari pihak PAS sendiri mengutuk tindakan PAS mensabotaj usaha memperkasakan peneroka FELDA.

Dengarkata, abang Nuo sedang melakukan siri jelajah seluruh kampus IPT dan kerapkali melakukan perjumpaan dengan mahasiswa di rumah kediamannya. Mereka yang hadir adalah muka-muka yang sama.

Antara FTINAH MEGA yang disebarkan oleh bang Nuo ialah mengenai AUKU. Kononnya mahasiswa telah diperbodohkan oleh AUKU. Malangnya, fitnah mega tersebut hanya dipercayai oleh segelintir mahasiswa yang kurang cemerlang dalam pengajian mereka memperolehi skor CGPA di bawah 2.5. Mereka yang cerdik pula berhubung terus dengan DS Najib melalui twitter dan fesbuk.  

Betullah mengikut kajiselidik UiTM yang mengatakan 70% anak muda semakin sukakan DS Najib yang menggunakan media sosial untuk berhubung terus dengan mereka. Pemimpin UMNO lain bila hendak mencontohi DS Najib?

Petunjuk yang ada menunjukkan bahawa BARISAN NASIONAL bakal memperolehi majoriti melebihi dua pertiga pada PRU13. Hanya pecacai tukang fitnah Pakatan Haram masih bermimpi bahawa kemenangan adalah milik Pakatan Haram. Fitnah Mega terancang mereka tidak akan mampu mengalahkan kebenaran walaupun sebesar debu berterbangan.


TEPUK DADA TANYA MEREKA!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...