Khamis, 22 September 2011

SADISNYA LAWAK DI MAHKAMAH PAGI TADI.


Sadis memang sungguh sadis.Saksi dan peguam bang Nuo menjadi pelawak dan bahan lawak jenaka dalam mahkamah pagi tadi. Mahu tahu mengenainya? Sila baca seterusnya. (sumber AIDC & Empayar Pemuda)

Pada mulanya, Dr Brian Leslie McDonald dari Australia mahu dijadikan senjata utama untuk ‘melumpuhkan isu Lelaki Y dan air mani Anwar’, namun akhirnya, saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti dan bahan lawak dalam mahkamah.
Semasa prosiding pagi ini, Dr McDonald dilaporkan terpaksa menunjukkan sijil-sijilnya kepada mahkamah untuk menunjukkan beliau merupakan seorang saksi yang berkredibiliti.
Usaha terdesak menunjukkan sijil-sijil itu terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan McDonald bukan seorang pakar yang melakukan uji kajinya sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya melakukan analisis berdasarkan teori.
Nampak remeh, tetapi jika sampai peringkat terpaksa bawa beg besar semata-mata untuk tunjuk sijil-sijil di mahkamah dan bukannya bukti analisis untuk mematikan hujah pendakwa, itu sudah termasuk dalam kes lawak jenaka.
Namun, hakikat yang belum dapat disangkal hingga kini, McDonald bukan seorang specialist(pakar) tetapi beliau hanya seorang consultant(perunding).
Pendakwa turut berjaya membuktikan di Brunei dan negaranya sendiri, Australia, di mana dalam mahkamah di kedua-dua negara itu telah menolak keterangan McDonald kerana beliau didapati tidak pakar dalam bidang yang diperkatakan.
Keadilandaily melaporkan dalam sesi pagi tadi Ram Karpal bertanya kembali kepada McDonald adakah kerana beliau hanya menjalankan ujian dan analisa terakhir pada tujuh tahun lalu yakni pada tahun 2004 akan menjejaskan kepakarannya, saksi keempat pembela itu berkata beliau tidak menjalankan ujikaji dengan tangannya sendiri, namun beliau mendakwa melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.
Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itu tidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.
Semasa sesi soal balas saksi keempat itu, Keadilandaily melaporkan Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang dikatakan ketawa kecil sepanjang sesi soal balas itu.
Malah portal organ PKR itu turut mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Mohd Yusof turut ketawa kecil apabila melihat gelagat Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang.
Mohd Yusof dilaporkan masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.
Begitu juga dengan sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.
Kenapa tingkah laku peguam Anwar itu menjadi bahan lawak umum ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...