Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu
Mohd Azmi Abd Hamid
Terbaca di dalam Harian Metro mengenai satu usaha murni oleh beberapan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menghimpunkan sejuta umat Islam di stadium Melawati Shah Alam Selangor pada 22hb Oktober depan. Menurut jurucakap penganjur tersebut Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Mohd Azmi Abd Hamid (TERAS PENGUPAYAAN MELAYU) ianya dianjurkan bagi menzahirkan kekuatan perpaduan umat Islam di negara ini tanpa memprejudiskan dan menafikan hak kebebasan beragama rakyat Malaysia lain. Di samping memperingatkan semua umat Islam di negara ini bahawa agama Islam di negara ini ada penaungnya iaitu Raja-raja Melayu dan diharapkan semua pihak menghormati kedudukan dan institusi berkenaan.
"Kita masih tegaskan dalam himpunan ini jangan sesekali mencabar aqidah umat Islam" tegasnya.
Pengisian majlis itu akan dipenuhi oleh pidato-pidato dari tokoh-tokoh wakil NGO dan tokoh-tokoh agama Islam di negara ini yang berkaliber. Satu deklarasi akan diumumkan pada majlis berkenaan. Himpunan tersebut tidak akan mengambilkira perbezaan fahaman dan ideologi politik kerana dianjurkan di atas semangat perpaduan umat Islam. Sebuah skeretariat akan di bentuk bagi menghimpunkan seramai mana yang mungkin smeua NGO-NGO umat Islam dan semua umat Islam yang sayangkan agama Islam di jemput hadir bersama-sama.
Hambe sokong 300%!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
SATU USAHA YANG BIJAK DAN SEMUGA DAPAT DIKEKALKAN BERTERUSAN MENGUKUT LUNAS LUNAS UNDANG UNDANG TERAS NEGARA. INSHAALLAH.
Catat Ulasan