Khamis, 22 September 2011

KEBANGKITAN UNDI PROTES MELAYU MENGGUSARKAN DAP & PAP.

Ini cetusan daripada artikel GAP yang difikirkan molek benar diperpanjangkan kepada umum. Perkembangan mutakhir di Singapura di bawah rejim PAP yang senada dengan DAP di Malaysia menjadi indeks petunjuk kepada kebangkitan protes undi Melayu terhadap semangat cauvinistik rasisma kedua parti tersebut. 

BiaDAP melalui rayuan desperado Anthony Loke dua minggu lepas merayu bloger Melayu menyokong mereka dan diberikan imbuhan wang adalah petanda biaDAP sudah tidak lagi mempercayai kesetiakawanan PKR dan PAS. 

Secara tidak langsung biaDAP memperakui bahawa mereka telah teruk di lanyak dan di bantai tanpa belas kasihan oleh bloger Melayu. Manakala di Singapura, rajim PAP menyaksikan pengundi Melayu menyatakan bantahan melalui peti undi.

Dua hari lepas Lee Hsien Loong bersedia untuk mengkaji balik beberapa dasar (polisi-polisi diskriminasi kaum)  unutk membantu Melayu di Singapura tapi segalanya sudah terlambat. Melayu Singapura akan terus bangkit mengubah rejim PAP kepada sebuah pemerintahan yang lebih mesra kepada Melayu.

Mudah cakap beginilah, keduanya PAP dan biaDAP sudah merasai bahang ketulahan daulat Melayu yang selama ini mereka injak-injak dan hina-hinakan. Tidak hairan dalam masa tiga ke lima tahun lagi PAP dan biaDAP bakal menjadi bahan arkib sejarah sebagai parti politik yang mengamalkan dasar perkauman dan penindasan melampau melalui polarisasi kaum warisan kuasa-kuasa imperialis barat.

BiaDAP sebenarnya tidak bersolidariti dengan PAS dan PKR serta bakal mengkhianati kedua sekutu mereka dalam masa terdekat. Tidak percaya? Nantikan saja dan lihat bagaiman biaDAP bakal di lanyak dan di bantai sesuka hati oleh PKR dan PAS.

Mungkin selepas ini kita bakal tahu siapakah dalang di sebalik pembunuhan Teong Beng Hock sebenarnya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



3 ulasan:

C L J berkata...

YANG LALAI SAHAJA YANG TIDAK AKAN BANGKIT.

Tanpa Nama berkata...

ameeennnn........perkenankanlah wahai Allah Tuhan yang Maha Perkasa, Yg Maha Mengetahui, Yg Maha Adil

Jas Salleh berkata...

AAMIIINNNN !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...