Sabtu, 24 September 2011

JOM BALUN HANTAM!!! BRO NAJIB - PAS KETAGIH CANDU.


Pada kali ini giliran bro Najib pula memperjelaskan pendirian kerajaan mengenai HUDUD. Bro Najib bertanya soalan kepada PAS mengenai perlaksanaan HUDUD di sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Menurut PM, UMNO tidak pernah menolak HUDUD tetapi pendirian itu tidak perlu dicanangkan dengan 1 ikrar (seperti PAS buat) kepada 1 dunia untuk bermandikan darah untuk laksanakan HUDUD.

Beliau turut memperjelaskan beberapa pandangan ulama' mengenai perlaksanaan HUDUD sejak beliau berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ulama' berpandangan bahawa perlaksanaan HUDUD tidak boleh dipaksakan dalam situasi keterpaksaan ke atas ummah yang boleh mengakibatkan keselamatan ummah tergugat.

Malaysia mengamalkan keseimbangan antara perpaduan sesama kaum pada masa yang sama mendidik dan menangguhkan dahulu perlaksanaan hudud. 

Tindakan PAS kembali kepada hudud baginya adalah suatu tindakan yang aneh setelah PAS sebelum ini bersetuju untuk mengenepikan hudud dan soal-soal lain semata-mata untuk membunuh kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berpendapat bahawa PAS secara tidak menentu membakar kembali isu hudud kerana ketagihan undi Melayu yang mulai hilang keyakinan dan kepercayaan kepada PAS akhir-akhir ini 

Jika PAS benar-benar hendak melaksanakan hudud, ianya sudah lama boleh dilaksanakan oleh PAS Kelantan sejak 1990 melalui enakmen undang-undang syariah negeri yang termaktub di bawah bidangkuasa kerajaan negeri tetapi ianya tidak berlaku samasekali.

Maka terpaksalah PAS berkeras seketika dan akhirnya akan berbaik-baik berpelukan dengan DAP kembali. Inilah drama antara PAS dan DAP di alaf baru kata beliau.

Bravo !!!!!! Bro Najib!!! Penjelasan yang cukup mantap !!! 

PAS memang kluk klek sejak dahulu kini dan selama-lamanya !

PAS-DAP-PKR BOHONG TETAP BOHONG!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...