Selasa, 3 Mei 2011

WAJIB BACA & SEBARKAN! Ting Hien 'Super Rasis' SIN CHEW DAILY

1. Mengikuti blog penganalisa bebas Politik Terhebat Negara, Dr. Novandri empunya blog Minda Intelek Melayu [M.i.M] dalam entrinya yang terkini SILA EDARKAN ! Sin Chew Daily, Ting Hien 'Super Rasis"!, menampilkan petikan luahan rasa seorang rakyat Malaysia keturunan Cina beragama Islam mengenai penulisan-penulisan bersifat pentebaran Semangat Cauvinis Rasisma Cina ala DAP oleh suratkhabar SIN CHEW DAILY bahasa Mandarin.Sila baca:-
KARIM CHAN
Ipoh, Perak

SEBAGAI seorang mualaf yang boleh membaca akhbar-akhbar Cina di negara ini, saya sangat kesal dengan tulisan Timbalan Pengarang Sin Chew Daily, Tay Ting Hien yang bersifat 'super rasis'.

Hujah-hujah beliau dalam artikel bertajuk 'Awak siapa?' dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 24 pada 25 April 2011 terutama ketika 'menyerang' Utusan Malaysia dan orang Melayu, bagi saya adalah sangat cetek dan sudah ketinggalan zaman.

Penulisan yang mendakwa Utusan Malaysia dan orang Melayu bersifat perkauman, bagi saya hanya sesuai ditulis pada zaman dinosaur dan pada masa sekarang ia sebenarnya tidak bernilai satu sen pun.

Tiada siapa yang wajar menuduh orang Melayu dan syarikat akhbar kaum itu bersikap perkauman kerana sejarah telah membuktikan nilai budi orang Melayu yang secara semula jadi bersikap bertolak ansur dan sentiasa menolong tanpa mengira kaum.

Kerana sikap terbuka orang Melayu ini, kita lihat ekonomi dan sistem pendidikan orang Cina di Malaysia terus berkembang maju. Kerana sikap inilah, maka MCA dan Gerakan dapat berada dalam gabungan politik Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama mentadbir negara.

Dalam artikel itu, Ting Hien menuduh Utusan Malaysia dan orang Melayu bersikap perkauman manakala kaum Cina adalah sebaliknya. Ia sebenarnya hanya mengulangi tuduhan sama yang dibuat pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini.

Beliau memberi contoh seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dekat Tesco Ampang, 14 April lalu.

''Dalam kejadian pada tengah malam itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan.

''Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju melanggarnya dan dia terseret beberapa meter. Pemandu MPV tersebut yang kemudiannya di kenal pasti sebagai seorang pemuda Cina terus memecut meninggal tempat itu,'' tulisnya.

Dengan pertolongan itu, Zainal dan isterinya selamat manakala Kim Koon meninggal dunia setelah kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong dijangkiti kuman.

Apakah agenda tersembunyi Ting Hien menjadikan kejadian itu sebagai bahan utama dalam penulisannya sambil menyifatkan sikap yang dipamerkan Kim Koon itu sebagai hebat dan luar biasa? Sedangkan ia adalah perkara lumrah yang terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Kenapa tidak ditulis kisah-kisah pengorbanan orang Melayu membantu kaum Cina ketika kebakaran, banjir dan kemalangan. Ketika rusuhan kaum 1969, ramai juga orang Melayu yang memberikan perlindungan kepada sahabat-sahabat mereka yang terdiri daripada kaum Cina di kediaman masing-masing.

Satu perkara lagi yang menimbulkan kemusykilan saya adalah kenapa beliau mempersoalkan, adakah Utusan Malaysia melaporkan berita mengenai jasa Kim Koon itu.

''Kim Koon seorang rakyat Malaysia yang berhati perut dan berperikemanusiaan, dia tidak mengenal warna kulit, yang dia kenal adalah nyawa manusia,'' tulisnya.

Sikap mempersoalkan hati budi orang Melayu hanya akan menimbulkan perasaan tidak senang kaum itu. Ini akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas termasuk tidak menyokong calon MCA dan Gerakan.

Jika ini berlaku, sudah tentu ramai calon MCA dan Gerakan yang bergantung nasib kepada undi Melayu akan kalah. Jika ini berlaku, ia hanya akan menguntungkan DAP.

Saya juga kesal dengan sikap Ting Hien yang menyifatkan orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sebagai golongan yang membawa hujah perkauman bodoh dan mengabaikan sifat tolong-menolong.

Sikap menggelar pihak lain dan tindakan yang dilakukan golongan itu dengan ungkapan 'bodoh' jelas mencerminkan nilai peribadi penulis yang bersifat rasis dan memandang rendah kepada orang lain.

Bagi saya pola sokongan masyarakat Cina yang semakin berubah untuk menyokong DAP adalah berpunca daripada hasutan-hasutan akhbar Cina terutamanya Sin Chew Daily. Anehnya perlakuan sama tidak pula menjadi amalan akhbar-akhbar Cina di negara lain.

Kerana hasutan seperti ini, saya sendiri tidak lagi membenarkan anak-anak membaca akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, saya masih tertanya-tanya kenapa Sin Chew Daily memberikan terlalu banyak ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menulis.

Terbaru membabitkan tulisan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 36 pada 23 April 2011.

Tulisan bertajuk 'Keadilan dan kebenaran tidak perlukan pengalaman' memuji parti itu kerana berjaya menarik bekas pimpinan muda MCA, golongan belia dan wanita jelita untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 lalu.

Guan Eng mendakwa DAP berjaya berbuat demikian kerana dasar perjuangan parti itu berlandaskan kepada keadilan dan kebenaran.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berhujah, dakwaan BN bahawa pemimpin parti itu tidak berpengalaman memerintah negeri dan negara tidak boleh diterima kerana perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tidak memerlukan pengalaman.

Bagi saya kesempatan yang diberikan kepada pemimpin DAP untuk menulis bertujuan mewujudkan imej positif parti itu di kalangan masyarakat Cina sekali gus memastikan ia mendapat sokongan padu ketika pilihan raya umum nanti.

Sebagai kesimpulan, segala artikel yang disiarkan Sin Chew Daily sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi, sarat dengan unsur-unsur perkauman dan tidak boleh dipercayai sama sekali - UM
TIDAK DINAFIKAN, WUJUDNYA SENTIMEN AGENDA CINA YANG KUAT PADA MASAKINI DAN KEGUSARAN PARA PENDUKUNGNYA DI ATAS AGENDA BERSATU MELAYU 1948, UNTUK MENEWASKAN AGENDA SUPER RASIS CINA INI DEMI MENYELAMATKAN KAUM CINA, KITA WAJIB TERUSKAN DAN ZAHIRKAN AGENDA MELAYU INI , INGAT PESAN DATO ONN, ' TUNJUKKAN DALAM DIRI KITA MASIH ADA SEMANGAT NENEK MOYANG KITA !" DAN PESAN TUN DR MAHATHIR  " JIKA BERLAKU 2 SISTEM PARTI YANG BERASAKAN KEPADA DOMINASI MELAYU DAN CINA, MALAPETAKA AKAN BERLAKU'


SELAMATKAN MALAYSIA!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...