Selasa, 3 Mei 2011

CARA FAHAMI PAKATAN JAHAT PAS DAP & PKR (10): 'Penafian Berimbuhan'

1. Semenjak Datuk Eskay bersumpah Mubahalah / Sumpah Laknat pada April 29, 2011 selepas solat Jumaat di Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul, gerakan untuk memperlekehkan dan memperkecilkan Sumpah Mubahalah Datuk Eskay giat dijalankan oleh para Pencacai Upahan Murahan PKR. Timbul persoalan-persoalan besar dan pokok iaitu:-
(A) KENAPA MEREKA MEMPERTIKAIKAN SUMPAH MUBAHALAH DATUK ESKAY?
(B) ADAKAH PENAFIAN MEREKA BERASASKAN KEPADA FAKTA HAKIKI? 
(C) ADAKAH MEREKA MENAFIKAN UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN? 
(D) APAKAH TUJUAN, MATLAMAT DAN SASARAN PENAFIAN MEREKA SEBENARNYA?
2. Kesemua persoalan itu terjawab apabila kita mengkaji dan menganalisa penafian yang mereka lakukan itu. Apakah kita perolehi daripada pengkajian dan penganalisaan tersebut? Kita memperoleh satu ketetapan yang jitu lagi kukuh seperti yang dinyatakan dalam perenggan seterusnya.

PENAFIAN MEREKA BERMATLAMATKAN, BERTUJUANKAN DAN BERSASARANKAN ... IMBUHAN WANG SEMATA-MATA. MOTIF UTAMA PENAFIAN ITU ADALAH MENDAPAT KEUNTUNGAN DALAM BENTUK IMBUHAN WANG & PROJEK. INILAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI   PENAFIAN BERIMBUHAN.

PENAFIAN BERIMBUHAN  BUKANLAH PENAFIAN YANG BENAR, TELUS DAN PROAKTIF. IANYA SEKADAR MENAFIKAN BAGI MENDAPATKAN IMBUHAN WANG & PROJEK DAN BUKAN MENEGAKKAN KEBENARAN MAHUPUN MEMBETULKAN KEADAAN, MEREKA JUGA YAKIN BAHAWA ALJUBURI DI DALAM VIDEO ITU DAN DATUK ESKAY BERSUMPAH SECARA BENAR. ANDA SUDAH FAHAM SEKARANG?


1 MALAYSIA, I KEBENARAN HAKIKI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...