Selasa, 3 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Malikul-Mulk


1. EDISI SARAPAN , senaman minda dan akal pada hari ini ialah memikirkan mengenai MALIKUL-MULK.  iaitu mengenai KUASA PEMERINTAHAN. Ianya juga berkaitan dengan MALIKUS-SULTHAN dan SULTHANUL-MULK. 

2. Cuba kita renungkan, dari manakah datangnya kuasa memerintah ini? Sudah tentulah datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA. Itulah kuasa Mutlak. Manusia sebagai KHALIFATULLAH FIL ARDHI diberikan amanah untuk mentadbir bumi ini dan menguasainya. Ditundukkan semua yang ada di bumi ini bagi keperluan manusia. 

3. Manusia pada zaman ini, memerintah dengan memakai gelaran PRESIDEN dan PERDANA MENTERI , manakala sesetengah negara yang mengamalkan  DEMOKRASI RAJA BERPERLEMBAGAAN mengekalkan status Raja-raja mereka dengan gelaran-gelaran yang wajar tapi sudah tiada lagi gelaran MAHARAJA. 

4. Begitu juga tiada lagi kedengaran gelaran KHALIFAH atau gelaran AMIRUL MUKMININ, tapi jangan terkejutlah jika anda membaca Sumpah Jawatan YDPA dan gelaran yang terpakai kepada Sultan-sultan Melayu, Cuba anda perhatikan. Begitu juga perhatikanlah juga Sumpah Ikrar Jawatan sebagai Perdana Menteri, Ahli PArlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia ini. 

MARI KITA BERTANYA, PRESIDEN DALAM BAHASA INGGERIS, PERDANA MENTERI DALAM BAHASA MELAYU, SULTAN DALAM BENTUK BAHASA MELAYU , KHALIFAH ISTILAH DALAM BAHASA 'ARAB. BANDINGKAN DENGAN ISTILAH WATER  DAN AIR. BUKANKAH MERUJUK KEPADA PERKARA YANG SAMA? FIKIRKANLAH.


LU ORANG FIKIRLAH SENDIRI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...