Memaparkan catatan dengan label SPAD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPAD. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

@SPADChannel KELEMAHAN LESEN BUKAN SPAD PUNYA SALAH WAHAI MENTERI.

Mengejutkan bila Hishamuddin Hussein Onn menyatakan salah satu punca tragedi Genting kerana ada kelohongan dalam pemberian lesen. Dan sudah tentulah sikit sebanyak menuding jari kepada SPAD. Namun SPAD melalui CEO nya menyatakan lesen yang diberikan kepada pengusaha bas Genting berlaku sebelum SPAD wujud. Tapi artikel ini bukan bertujuan memperpanjangkan persoalan dan ramalan apakah punca tragedi berkenaan. Fokus yang ditumpukan ialah persoalan solusi sebagai langkah menjamin tragedi yang serupa tidak berulang lagi. Malang tak berbau tapi malang boleh dihidu.

Pertama; pengusaha bas berkenaan sudah lama beroperasi sebelum SPAD wujud. Terlalu lama sehingga ambe yakin setiap pemandu yang digajikan tahu berapa bilangan batu dilaluan mereka.

Kedua; laluan berkenaan adalah laluan persendirian.  Bukan taraf jalan negeri atau persekutuan. Dan ambe juga yakin jurutera dan pegawai penyelenggara jalan yang digajikan oleh empunya laluan tahu setiap sentimeter jalan berkenaaan. Malah mereka mampu memandu dengan selamat sampai keatas waima mata mereka ditutup.

Ketiga; pengusaha bas berkenaan sudah tentu melalui proses pemeriksaan puspakom dan setiap pemandu mereka menjalani pemeriksaan ketat oleh JPJ sebelum diberikan lesen GDL /PSV. Dan LKPK sebelum itu lebih arif dan tak mungkin melakukan kesilapan mengakibatkan kelohongan pemberian lesen.

Keempat; selaku badan yang baru wujud menggantikan peranan LKPK sudah tentu SPAD menanam keyakinan dan kepercayaan kepada LKPK membuat keputusan yang betul dalam pemberian lesen kepada pengusaha bas berkenaan.

Kelima; bilamana pemandu; pekerja dan agen pengusaha bas; melakukan kecuaian atas kapasiti selaku manusia; tak wajar dan tak logik bagi kita menyimpulkan kesilapan itu seperti kisah Bangau Oh Bangau.

SPAD sama seperti mana- mana agensi kerajaan seperti JKR, JPJ dan PUSPAKOM mempunyai keterbatasan dan had bidangkuasa mengikut lunas perundangan sedia ada. Dan SPAD tidak diberikan oleh Parlimen satu kuasa ajaib mampu menghalang mana-mana tragedi berlaku sebelum ianya terjadi. Kerana SPAD bukanlah ada superpower seperti adiwira komik Marvel dan filem Hollywood.

SPAD menyetujui cadangan agar dilakukan pembaikan dalam proses pemberian lesen . Namun begitu; penerima lesen juga ada tanggungjawab sivik dan moral keatas nyawa para penumpang mereka. Menurut SPAD ICOP kod keselamatan; syarikat pengendali dan pengusaha bas dan lori perlu ada pegawai keselamatan. Dan pemantauan keatas had laju serta tahap kecergasan pemandu.

Satu-satu tragedi dan tanggungjawab keselamatan terletak kepada semua pihak. Dan tidak wajar diletakkan keatas bahu satu pihak sahaja. Kerana kita perlu ingat; sebelum dapat lesen.. semuanya ok belaka; tapi bila dah dapat lesen ... pemegang lesen asik terlupa. Tak percaya... tanya mat rempit.

Sabtu, 25 Januari 2014

@SPADChannel KOD KESELAMATAN SPAD ICOP




"Hari ini kita melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan. Tujuannya untuk bangkitkan kesedaran - walau ada teknologi terbaik pun, tetapi kalau ada pemandu tidak dilatih untuk berdisiplin dan memikirkan keselamatan sebagai unsur atau elemen terpenting, dia tidak akan membantu kita menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia" Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sejak insiden bas masuk gaung di Genting Highlands tahun lepas, SPAD mengambil inisiatif menguatkuasakan Kod Keselamatan SPAD- ICOP keatas pengusaha bas dan lori. Salah satu punca utama yang dikenalpasti ialah memandu melebihi had laju yang ditetapkan. selain itu, membawa lebih muatan serta kondisi pemandu dan kenderaan. Didapati juga, selama ini pengusaha, pengendali bas dan lori tidak mempunyai Pegawai Keselamatan yang ditugaskan menjaga serta memantau ciri-ciri keselamatan bas dan lori.

SPAD telahpun mengendalikan kursus keatas pengendali bas dan lori mengenai pematuhan Kos Keselamatan SPAD-ICOP. Menurut Pengerusi SPAD, "Sekarang latihan ICOP kita concentrate kepada pengusaha...di mana kita dah latih lebih daripada 3,000. We launced this in December 2012..only 10% dah kita train. Kita akan terus train lebih ramai lagi. Tadi persatuan pemandu trek bagitahu mereka akan tubuh Truckers Club untuk latih pemandu kontena."

Menurutnya lagi, "Di bawah program SPAD-ICOP, tidakan yang akan diambil ke atas pengendali yang tidak mematahui had laju, untuk kesalahan pertama kita akan keluarkan surat amaran. kesalahan kedua kita akan kenakan satu bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan ketiga...tiga bulan penggantungan permit kenderaan. kesalahan keempat kita akan batalkan terus permit kenderaan. kebanyakan kes eksiden sebab pemandu bawa laju sebab tu SHE ICOP ni penting.  "

Pegerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid turut mengingatkan semua , "Apa yang kita laksanakan sekarang ialah to start the journey ... which is to create awareness, so operators tahu apa peraturan yang mereka kena patuh...mcm GPS...tapi kalau ada GPS tak pantau tak guna juga. so setiap kompeni mesti ada safety officer, safety meeting every month...So latihan itu untuk bagitahu apakah requirement untuk memenuhi SPAD ICOP."

Dalam sidang media, Pengerusi SPAD turut menyentuh mengenai kelonggaran yang bakal diberikan kepada pengusaha bas sekolah. Yakni, pengiklanan pada badan bas sekolah besar kemungkinan diberikan sebagai cara pengusaha bas sekolah menambah pendapatan . Diharapkan, dengan tindakan tersebut, pengusaha bas sekolah tak perlu menaikkan tambang. Beliau turut menyeru ibubapa agar tampil kehadapan membuat laporan sekiranya berlaku kenaikan tambang bas sekolah dengan menghubungi SPAD di talian bebas SPAD yang tersedia.



Isnin, 20 Januari 2014

@SPADChannel PERINGATAN PERUBAHAN LALUAN & PERHENTIAN BAS HENTI-HENTI DI WPKL

Helo brader warga Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang yang menjadi pengguna setia perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Metrobus, Selangor Omnibus, Len Seng dan Setara Jaya. Anda tentu agak terkejut pagi ini dan sejak Sabtu lepas bila mendapati anda laluan biasa dan perhentian biasa berubah. Jangan bimbang. Sebagai pengulangan dan peringatan mengenai perubahan sementara tersebut dan kenapa ianya berubah, sila lah baca sampai habis artikel ini. Dan simpan molek-molek kerana anda akan diingatkan mengenai laluan baru yang bersifat sementara.

Ini berlaku disebabkan untuk menjaga keselamatan penumpang dan mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan pembinaan "Heritage Trail'. Jangan bimbang, bukan semua laluan yang terbabit. Hanya empat .... empat destinasi perhentian akhir diubah sementara ke destinasi hentian akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah.

Jangan panik. Tarik nafas dulu, pertama, hafal dan fahami dulu , laluan yang terbabit. Laluan terbabit ada dua kategori :-
  1. LALUAN JARAK DEKAT.
  2. LALUAN JARAK JAUH.
Sila rujuk rajah dibawah :-


PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN:-

Laluan Jarak Dekat :-
Laluan No: 
  1. U4 
  2. U7
  3. U8
  4. U209
  5. U222
  6. 26
  7. 49
  8. W12
  9. 144B
Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan ini telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas di laluan ini hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan tidak boleh berhenti di City Stop Akhir (HSBC, Lebuh Ampang).



PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN JARAK JAUH:-

Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan jarak jauh diatas telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas-bas akan melalui Jalan Munsi Abdullah dan Dang Wangi sebelum meneruskan ke Jalan Raja Laut seperti biasa.

Harap maklum. Selanjutnya, jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh membuat pertanyaan terus ke emel SPAD dengan melawati laman web rasmi SPAD dan kaunter-kaunter syarikat pengendali bas yang berkenaan yakni:- 
  1. RapidKL
  2. Metrobus 
  3. Len Seng 
  4. Selangor Omnibus
  5. Setara Jaya 
Sekian harap maklum. Malu Bertanya Sesat Laluan Bas. 

Jumaat, 3 Januari 2014

SPAD: KAPITALIS KIASU BERPAKAT NAIKKAN TAMBANG TANPA PERSETUJUAN SPAD @SPADChannel


Memang berita mengejutkan ! Nampaknya, kesan daripada Himpun TORON diambang 31hb disember lalu, bukan membawa impak menurunkan harga barangan sebaliknya berjaya menaikkan harga tambang bas, harga ais dan alat tulis. 

Malah, kepala puak kapitalis kiasu pengusaha bas, berkata mereka menaikkan tambang bas kerana kos sara hidup meningkat ! Dan mengugut akan memberhentikan operasi sekiranya SPAD mengambil tindakan keatas mereka. 


Dua alasan diberikan oleh puak kapitalis kiasu dalam kelompok pengusaha BAS, pertama, tak mampu nak bayar kompaun dan kedua kerana kos sara hidup naik. Hadoiiiiiiiyai .... kemudian membuat ugutan terbuka akan menghentikan operasi. Kalau dah tahu tak mampu nak bayar kompaun, kenapa melakukan kesalahan dan berani melanggar undang-undang? Tapi mampu pula menaikkan kadar tambang tanpa memperbaiki mutu perkhidmatan?

Apa kena mengena plak kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat berpendapatan bawah RM3,000.00 dengan pengusaha bas yang berpendapatan lebih daripada itu ? Entah apa punya kebodohan yang bersarang dalam kepala-kepala persatuan pengusaha bas Malaysia. Kalau benar mereka tidak untung kenapa mereka masih berada dalam perkhidmatan bas ?

Sebelum ini, SPAD sudah mengumumkan akan memperkenalkan mekanisma Tambang Anjal bagi perkhidmatan bas sekolah dibandar dan diluar bandar. Dan sebelum ini pun SPAD telah mengumpul data dan maklumat daripada pengusaha bas untuk mengkaji kenaikan tambang yang diminta oleh pengusaha bas.

Kajian tersebut berakhir pada 31hb disember 2013 lalu. Cadangan akan dibentangkan kepada jawatankuasa kabinet pada bulan ini. Jika cadangan itu diluluskan oleh jawatankuasa kabinet, maka cadangan akan dikemukakan kepada kabinet pada Mac tahun ini.

Sepatutnya, persatuan pengusaha bas bersabar dan menunggu keputusan daripada kabinet. Tetapi mereka mengambil tindakan melulu dan mengugut kerajaan dan rakyat. Terbuktilah, bukan kerajaan yang menaikkan harga barangan sebaliknya, puak-puak kapitalis kiasu yang sentiasa membebankan rakyat dengan kenaikan tak munasabah atas alasan sebab rakyat susah, mereka naikkan harga barangan.

Sungguh memalukan bila Berita Harian turut melaporkan bahwa pengusaha di Melaka dan di Sabah telah menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD dan kelulusan kabinet. Wah, puak kapitalis kiasu bertindak seperti samseng. Mereka hanya memikirkan keuntungan perniagaan mereka.

Apa yang mereka lakukan hanyalah mahu memberi tekanan kepada kerajaan dan menyusahkan rakyat. Sewajarnya, mereka harus menunggu dan berbincang molek dengan kerajaan. Tambang mereka nak naikkan, tapi mutu perkhidmatan serta urustadbir korporat mereka abaikan.


Isnin, 30 Disember 2013

SPAD: SEPANJANG TAHUN 2013 (2) @SPADChannel

SPAD Journey Planner Competition Timeline


Antara isu sensasi sepanjang tahun 2013 ialah mengenai khabar angin kenaikan tambang bas semasa perayaan Aidilfitri. Dan insiden kemalangan bas Genting jauh masuk gaung. Disamping rungutan pemandu teksi mengenai kadar tambang yang murah. Namun semuanya mampu disetelkan oleh SPAD melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit.

Dalam insiden bas genting masuk gaung, perkhidmatan bas berkenaan sudah digantung. Lanjutan daripada insiden itu, SPAD menguatkuasakan SPAD- ICOP berkenaan keselamatan bas dan dimasukkan sebagai syarat lesen. Terbaik. Tindakan yang amat tegas daripada SPAD setelah menyiapkan inkuiri dengan kerjasama Polis, JPJ dan MROS.

SPAD juga memberikan isyarat jelas kepada semua pengendali dan pemandu bas agar mematuhi dan memantau keselamatan bas dan pemandu. Kini SPAD membina databes pemandu agar mudah menjadi rujukan kepada pengendali dan pengusaha bas. selain itu SPAD juga mahu bas dipasang dengan GPS sebagai alat pemantauan pengendali dan pengusaha keatas perjalanan bas mereka.

Tirai 2013, tinggal 24 lebih sahaja untuk meninggalkan kita semua. Dan tahun 2014 bakal menjelang. SPAD terus melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan mampu melakukan yang terbaik untuk semua pihak. Kita selaku pengguna pula hendaklah memulai langkah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Ini mampu menjadi suatu sumbangan kepada penjimatan penggunaan petrol bagi kenderaan persendirian. Disamping menjimatkan perbelanjaan kita.

Bila semakin ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam, maka semakin mudahlah SPAD menambahbaik mutu perkhidmatan. Kerana pengendali dan pengusaha pengangkutan awam mampu menampung kos operasi dengan keuntungan kerana jumlah pengguna yang ramai. Bila kepenggunaan pengangkutan awam mencecah 50 peratus, mutu perkhidmatan akan bertambah baik. Dan segala perancangan akan dipercepatkan demi keselesaan pengguna.

In Shaa Allah, kita akan menuju menjadi Negara Maju, dan kita mahu menjadi rakyat minda kelas pertama melebihi yang pertama. Oleh itu, mari kita bersama melangkah dengan SPAD untuk menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia suatu lagenda dan ikutan semua negara. 

SELAMAT TAHUN BARU !

SPAD: SEPANJANG TAHUN 2013 - (1) @ SPADChannel.


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT, ditubuhkan dibawah inisiatif NKRA. Sebuah badan berkanun dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD secara rasminya ditubuhkan pada 3hb Jun 2010. Tugas dan fungsinya ialah menambahbaik sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat negara kita. Menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam mesra pengguna yang bermutu tinggi. Sasarannya ialah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat. Pelan Induk 20 tahun SPAD merangkumi Polisi Pengangkutan Awam Nasional dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Greater KL/Lembah Kelang. SPAD juga diberikan kuasa untuk merancang dan menguatkuasakan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Sepintas lalu, sepanjang tahun 2013, pada Mei , SPAD menerima anugerah dan pengiktirafan UITP Di Kongres Dunia di Geneva diatas usaha mereka. Sesuatu yang amat membanggakan bagi negara. Dan membuktikan SPAD bukan sembarangan badan berkanun. Kejayaan luarbiasa tersebut melonjakkan negara dipersada dunia dalam industri pengangkutan awam darat.

Selain itu, SPAD turut melancarkan TEKS1M. Ini satu inisiatif bersama dengan PROTON dan PUSPAKOM. TEKS1M mempunyai ciri-ciri keselesaan maksimum kepada pengguna. Dilengkapi dengan sistem pembayaran kad kredit dan kad debit. Dalam skim berkenaan , seramai 1,000 pemandu diberikan lesen persendirian dan kemudahan pinjaman membeli model TEKS1M.

SPAD turut bercadang memperkenalkan bas elektrik di Melaka pada tahun depan. Sebanyak lima buah bas akan mula beroperasi mulai Januari 2014. Ini kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Panorama Melaka Sdn. Bhd. sebuah subsidiari kerajaan negeri Melaka.

Perkhidmatan tren komuter KTM dilanjutkan sehingga ke Rembau mulai 31hb Ogos, 2013. Pengerusi SPAD, CEO dan pegawai eksekutif nya sendiri turun padang menaiki tren komuter KTM dari KL Sentral ke setesen komuter baru di Rembau.

Perkhidmatan bas feeder ke Skypark (Subang Airport) yang dikendalikan oleh Konsortium Transnaisonal Berhad mula beroperasi pada 12 Disember lalu. Perkhidmatan ini merangkumi lima laluan utama. Mengambil dari Perhentian bas Pekeliling, dan berhenti di poin-poin Plaza Damas, Curve Mutiara Damansara dan Kelana Jaya LRT setesen.

Pada tahun ini juga menyaksikan pelancaran E-Tiket intergrasi yang dilakukan oleh pengendali bas KLIA. Sistem yang boleh mana-mana individu memesan dan membeli tiket melalui talian. Disamping melancarkan sistem dwi-tier bagi perkhidmatan teksi di KLIA. 

SPAD menerima 10,000 aduan sehari mengenai salah laku pemandu dan kesalahan lori. Sebanyak 2,000 aduan telah diambil tindakan. Bakinya, kerana kekurangan butiran. SPAD juga menambah kekuatan pegawai penguatkuasa. Dan mengambil ramai graduan peringkat ijazah. Bahagian Penguatkuasa SPAD pun kerap melakukan operasi bersepadu dari masa ke semasa.

Manakala Projek HRL -KL-Singapura cadangannya akan dimuktamadkan. Dan projek MRT serta pembinaan penyambungan jajaran LRT Ampang Kelana Jaya sudah siap 41.5 peratus setakat pada Oktober 2013. sejumlah RM160 bilion diperuntukkan untuk penambahbaikkan projek rel.

SPAD: PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIBANDAR-BANDAR UTAMA MENJADI FOKUS @SPADChannel.


Seramai 1.2 juta penduduk Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan awam darat. Antara faktor mengapa SPAD memberikan fokus utama kepada bandar-bandar utama di Malaysia. Penduduk dibandar lebih ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat didorong oleh faktor kesesakan lalulintas dan tambang yang jauh lebih rendah dari menggunakan kereta persendirian.

SPAD memfokuskan peningkatan penggunaan pengangkutan awam darat di bandar sehingga menjadi 40 peratus menjelang 2030. Keselesaan pengguna diutamakan diberikan perhatian. Sistem pengangkutan teksi, monorel, sistem LRT dan MRT serta bas sedang pertingkatkan.

70 peratus rakyat Malaysia tertumpu dibandar-bandar utama. Oleh itu SPAD selaku badan yang diamanahkan, memberikan fokus kepada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching, Georgetown, Ipoh dan Johor Bahru. Memang logiklah sebab rakyat lebih ramai berada dibandar-bandar utama nampaknya.

Pada Oktober lalu, pihak kerajaan telah meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Awam Kebangsaan. SPAD berpendapat adalah molek bila kesemua mod pengangkutan awam darat dibandar diintergrasikan bagi memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna. 

Dikawasan bandarlah paling banyak kedapatan mod perkhidmatan pengangkutan awam kerana permintaan yang tinggi.  Setakat ini, SPAD menyediakan bas percuma GO-KL bagi sekitar pusat bandaraya. Perkhidmatan yang mendapat sambutan menggalakkan dan pengiktirafan dunia. Paling menarik mengenai GO-KL ialah disediakan capaian internet percuma WiFi.

Ini adalah usaha SPAD membawa warga kota menggunakan pengangkutan awam. Sekurang-kurangnya warga kota mampu ada mod pengangkutan alternatif dan kepantasan bergerak dari rumah kediaman ke tempat kerja mereka. Tanpa kesesakan lalulintas yang memenatkan mereka. Oleh itu, selalu ler beri pandangan dan cadangan kepada SPAD. Reaksi dan maklumbalas anda amat dihargai oleh SPAD demi keselesaan anda semua. Rajin-rajin lagi ke laman web SPAD dan twitter SPAD untuk memberikan pandangan dan maklumbalas. 

SPAD: KAJIAN TAMBANG FLEKSIBEL BAS SEKOLAH.@SPADChannel

Tambang bas anjal

BERITA HARIAN pada 29hb Disember 2013, menyiarkan berita mengenai SPAD akan memperkenal mekanisma kadar bagi bas sekolah pada pertengahan tahun depan. Tambang fleksibel bagi keseragaman tambang bas sekolah dibandar dan diluar bandar dengan syarat perkhidmatan yang lebih berkualiti. Pengusaha yang mahu menaikkan kadar tambang perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Ini berbeza dengan pendekatan rejim Pakatan Turun yang hanya memberikan subsidi RM300 tanpa mengambilkira mutu perkhidmatan bas sekolah. Itupun mereka hanya berjanji sahaja, kerana setakat ini belum diketahui samada mereka telah melaksanakannya atau tidak. 

Seperti biasa, saranan SPAD itu diberikan kiritikan berdasarkan gosip liar oleh bloger rejim Pakatan Turun. Kononnya cadangan Tambang Anjal adalah tipu helah dan muslihat untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah tanpa mempedulikan unsur kebajikan dan sengaja menyusahkan rakyat. Itu adalah reaksi biasa daripada puak anti Kerajaan BN. Semua benda dan usul daripada kerajaan BN mereka akan tuduh macam-macam dan beri gamabran negatif. Dah memang kerja mereka begitu. 

Tapi kita tidak seperti mereka yang terlalu emosi. Kita faham apa yang SPAD akan lakukan diatas sifat menang-menang kepada semua pihak. Lagipun SPAD tidak sesekali membuang unsur kebajikan dan bebanan kepada rakyat. SPAD akan mengimbangi kepentingan semua pihak tanpa menjejaskan kepentingan rakyat. SPAD tidak bertindak seperti yang digambarkan oleh puak anti Kerajaan BN.

Fungsi dan peranan SPAD adalah jelas. Yakni menambahbaik mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia tanpa menjejaskan kepentingan rakyat, Kita jangan cepat melatah yang bukan-bukan bila mendengar SPAD akan perkenalkan mekanisma Tambang Anjal pada pertengahan tahun depan. Ianya bukan helah menaikkan tambang bas sekolah tanpa mengambilkira kepentingan rakyat.

Kerajaan BN tak zalim. SPAD juga tak zalim. Dan kezaliman bukan peel kelaziman BN pun. Yang menuduh kerajaan BN zalim ialah puak-puak anti BN. Mereka membutakan hati mereka dari melihat kebaikan-kebaikan banyak BN. Ramai tidak tahu akan kewujudan bas GO-KL yang percuma disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Adakah perkhidmatan percuma itu satu kezaliman kepada rakyat?

Kita tidak perlu menjadi prejudis terlampau dan melampau-lampau dalam hal ini keatas SPAD dan kerajaan BN. SPAD tidak akan sesekali melakukan kezaliman keatas rakyat melalui mekanisma Tambang Anjal nanti. 


Ahad, 29 Disember 2013

SPAD: STATISTIK PENDAKWAAN YANG ANDA TAK PERNAH NAK AMIK TAHU @SPADChannel


Ini adalah statistik pendakwaan kes oleh SPAD yang tak pernah kita nak ambil tahu. Bagi sepanjang tempoh Ogos 2012 sehingga Disember 2012, pendakwaan seperti berikut:-

Ogos 2012 - 21 pendakwaan (kes selesai 8, dalam perbicaraan 13)

September 2012 - 25 pendakwaan (Kes selesai 14, dalam perbicaraan 11)

Oktober 2012 - 48 pendakwaan (Kes selesai 33, dalam perbicaraan 15)

November 2012 - 46 pendakwaaan (kes selesai 40, dalam perbicaraan 5)

Januari 2013 - 12 pendakwaan (kes selesai 8, dalam perbicaraan 4)

Ini pula sehingga Febuari 2013.
Febuari 2013 - 10 pendakwaan , (Kes selesai 7, dalam perbicaraan 3) 

Dan kita tahu sepanjang tahun 2013, sebanyak 10,000 aduan diterima setiap hari. Dari 10,000 aduan, sebanyak 2,000 aduan diambil tindakan. Bakinya sebanyak 7,000 aduan tidak dapat diproceed kerana aduan tak disertakan dengan butiran lengkap.

Moral of da stori ialah, SPAD tak duduk diam atau goyang kaki. Depa memang buat kerja. Dan ketahuilah, pegawai penguatkuasa SPAD ramai anak-anak muda yang bersemangat tinggi serta profesional. Mereka cukup BENCI RASUAH.

Tak ketinggalan juga, bahagian Penguatkuasaan SPAD diketuai oleh seorang bekas tentera yang mempunyai rekod perkhidmatan yang amat cemerlang. Berkelulusan LLB. Mempunyai wawasan jauh dan tahu menjaga kebajikan anak-anak buahnya, Dihormati oleh anak buahnya.

Untuk mengetahui apakah kesalahan-kesalahan yang SPAD boleh mendakwa, anda boleh melayari web rasmi SPAD dan melihat akta-akta yang berkaitan.
Setiap aduan anda akan tetap ada tindakan susulan daripada SPAD. Tiada aduan yang tak dilayan oleh SPAD. Semuanya akan disemak dan diperiksa oleh mereka dengan teliti.

Talian Hotline SPAD sentiasa terbuka untuk anda membuat pengaduan. Cuma anda perlu ingat dalam setiap minit ada 7 aduan lain. Harap bersabarlah menunggu ditalian. Anda boleh juga terus hantar aduan anda ke emel SPAD. Itu lagi mudah untuk anda berkomunikasi dan memudahkan lagi SPAD membina databes aduan mereka. 

Jadilah Rakyat Yang Prihatin dan membantu selain mengadu. 

SPAD: 3.6 JUTA ADUAN SETAHUN, BILA BUAT ADUAN BERI LER BUTIRAN PENUH @SPADChannel


10,000 aduan sehari SPAD terima. Jadi, tak sia-sia SPAD jadikan peraturan kepada semua kenderaan kategori PERKHIDMATAN AWAM DARAT (bukan motorsikal, feri, kapalterbang, kren atas bangunan tinggi, pembancuh simen dan sebagainya) meletakkan LOGO nya dan NOMBOR TALIAN ADUAN.

Banyak juga lah salah-laku oleh pemandu-pemandu kenderana dalam kategori PERKHIDMATAN AWAM DARAT. Bila dah cecah 10,000 aduan sehari , bermakna dalam sebulan ada 300,000 aduan dan salam setahun ada 3,600,000 aduan ! Berapakah jumlah pemandu yang terlibat dalam PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT dan berapakah jumlah kenderaan dalam kategori PERKHIDMATAN AWAM DARAT ?
Dari situ kita dah tahu , rakyat Malaysia ni memang kuat MENGADU, hehehehe. Asal ada je sikit tak berkenan dihati mereka, mereka mengadulah. Tapi mereka tak ambil tahu samada mereka buat ADUAN atas dasar yang betul atau salah. Takpalah, abaikan saja.

Dan membuktikan betapa perlunya ada S.P.A.D. selain JPJ, POLIS TRAFIK dan PUSPAKOM. Bukan mudah dan senang nak menguruskan semua ADUAN. Terutama, bila dalam masa 24 jam sahaja, sudah ada 10,000 aduan ! Dalam setiap jam ada 416.7 aduan bersamaan dengan 7 aduan pada setiap minit. 

Dato' Paduka Che Hasni , Pengarah Penguatkuasa SPAD.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato Paduka Che Hasni, akibat kekurangan butiran lengkap dalam aduan, hanya 2,000 aduan sahaja yang boleh diproceed. Dan pesalah dikenakan tindakan. Jadi disini ambe nak highlight kepada semua pengadu lah. Aduan-aduan anda smeua eloklah lengkap. Lengkap yang bagaimana? Seperti berikut:-

1. Lokasi dimana kesalahan itu berlaku.
2. Masa dan tarikh.
3. Jenis kenderaan dan no, plat kenderaan
4. Terangkan dengan jelas apa kesalahan yang dilakukan.
5. Gambar, jika sempat.

Aduan boleh juga diemel setelah menalipon talian Hotline SPAD. Seeloknya, anda buat pengaduan melalui emel dengan butiran lengkap seperti diatas. dan anda perlu ingat, bukan semua tindakan pemandu itu dalam kategori Kesalahan. pada fikiran kita ia adalah satu 'Kesalahan' sebab kita pun tak angkat pot apa jenis kesalahan yang boleh didakwa. Kita main hantam saja mengadu. itu salah ini salah. Akhirnya, kita persalahkan SPAD ! Tak molek lah begitu. 

“Kita nasihatkan pengguna jalan raya memberi laporan lengkap dan memenuhi segala maklumat lanjut seperti lokasi kejadian, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan. Ini memudahkan SPAD untuk mengambil tindakan secepat mungkin selepas menerima laporan pengguna jalan raya,” nasihat Dato Paduka Che Hasni kepada semua pengadu seperti yang ambe sebutkan diatas.

Jadi, buatlah pengaduan yang lengkap butiran dan ambil tahulah apa jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh SPAD. Jangan Hantam Keromo saja yea. Rugi korang. selamat Mengadu. 

KENAPA SPAD DIWUJUDKAN DAN KELOMPOK KIASU BENCIKAN SPAD?@SPADChannel.

Bila SPAD ditubuhkan? Korang sendiri pun tak ambil tahu. Tahu-tahu ada je SPAD. Kemudian tanpa BERFIKIR, kita pun kata EHHH SPAD NI HAPEKEBNDER? Fungsi dan tugas SPAD pun kita tak amik pot. Hampeh. Kita ini kan terlalu EGO dan terlalu ikut EMOSI kita sendiri. Kita begitru sukar nak mencari KEBENARAN dan belajar BAGAIMANA HENDAK MENGENAL KEBENARAN. Kita lebih suka dan selesa ORANGLAIN BERFIKIR UNTUK KITA. 

Malah singkatan SPAD pun kita taknak ambil tahu apakah maksudnya. S.P.A.D bermaksud SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT. 

Apa maksud SURUHANJAYA? 
Pun kita tak nak ambil tahu.

Apa maksud PERKHIDMATAN? 
Pun kita buat derq je.

Apa maksud PENGANGKUTAN AWAM DARAT ? 
Pun kita taknak ambil tahu.

Kita main hantam ikut suka kita menafsir sendiri apa SPAD dan apa SPAD patut buat, Kelakar betul !

Dimana lokasi Pejabat SPAD pun kita tak nak amik tahu !

Siapa ketuanya, pun kita taknak ambik tahu.

Dibawah siapa pun kita taknak amik tahu.

Kita sendiri banyak taknak amik tahu banyak perkara mengenai SPAD.

Malah kita pun tak nak tahu apakah JENIS PERKHIDMATAN dan kategori PENGANGKUTAN AWAM DARAT, darat tau bukan UDARA, AIR ATAU API.

Hangpa hengat segala lori atas jalanraya itu kategorinya PENGANGKUTAN AWAM ke?

Hangpa hengat segala PENGANGKUTAN AWAM DARAT itu termasuk segala FERI? JETI FERI?

Hangpa hengat PERKHIDMATAN itu termasuk segala JALANRAYA ROSAK? Segala BENGKEL MEKANIK? 

Hangpa hengat SPAD itu ditubuhkan semalam UNTUK KRONI ?

Cuba hangpa pergi laman web rasmi S.P.A.D. itu sendiri.

Hangpa TAK TAHU????? Takpa ambe memang dah jangka.

HANGPA KLIK KAT SINI WWW.SPAD.GOV.MY .... takkan itupun hangpa TAK TAHU GAK ... 



Khamis, 19 Disember 2013

PERSEPSI & ISU POLITIKAL KEATAS SPAD BERSIFAT PREJUDIS & TIADA HALATUJU @SPADChannel

Tempurung Politik adalah kecil dan sempit. Dan hanya spesis dua alam dalam kategori amfibia (haiwan berdarah sejuk) yang mampu berhabitat didalamnya. Kerana itu, dalam alam politik, segala persepsi dan khayalan adalah suatu kenyataan bersifat logika tapi tak munasabah. Ambil contoh seperti apa yang ditulis oleh Jebat Must Die dalam entrinya menyebarkan persepsi politikal di bawah tempurung politikal dan menjadikannya satu isu politikal yang kecil dan sempit.

S.P.A.D. (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) adalah sebuah Suruhanjaya dan bukan agensi atau kementerian. Namun begitu, ianya sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan dibawah sebuah Akta Parlimen dan diletakkan dibawah bidangkuasa Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif. Oleh itu, SPAD mewakili Perdana Menteri sendiri. Sebarang pengumuman dan tindakan oleh mana-mana pegawai SPAD adalah mewakili Perdana Menteri sendiri.

Soal pertindihan dan kerelevanan wujudnya SPAD sering diperkatakan. Ada yang bertanya, apa perlunya SPAD diwujudkan dan bertindih bidangkuasa? Kita sudah ada agensi JPJ, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan serta PUSPAKOM. Ambe cuma nak bertanya, Tak Bolehkah SPAD DiWujudkan disamping JPJ, PUSPAKOM, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan? Polis Trafik tak boleh saman keretapi atau pemandu teksi diatas kesalahan lesen dan permit. JPJ tidak mengeluarkan permit dan lesen. PUSPAKOM hanya memeriksa kenderaan sahaja. Kementerian Pengangkutan pula sudah besar bidangkuasa dan tugas nya meliputi kenderaan di laut dan di udara. Jadi apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang memfokus kepada Pengangkutan Awam Darat?

Apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang menasihati PM berkenaan hal-hal berkaitan penambahbaikkan mutu perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat? Tidakkah soal perkhidmatan pengangkutan awam darat pernah menjadi satu isu politikal yang amat panas? Kenapa pula, bila tertubuhnya Suruhanjaya ini, maka dipersoalkan itu dan ini?

Apakah salah Pengerusi dan CEO SPAD mengeluarkan sidang media dan bercakap mengenai kajian tarif tambang? Sedangkan perkara itu didalam bidangkuasa SPAD. Tidakkah perkara-perkara sebegitu menyelamatkan maruah para Menteri yang dikatakan sebagai semakin lembik dan tak bertenaga? At least, Pak Menteri tak le kena balun bila silap cakap atau beri amaran.

Adalah mudah melontarkan persepsi politikal ke atas SPAD, terutama jika ada niat tersirat dan tersembunyi. Persepsi Politikal biasa bermotifkan keuntungan wang ringgit dan kontrak jawatan. Untuk mencuri perhatian. Atau dengan katalain, Nak Tumpang Semangkuk Plis. 

Adakalanya, persepsi politikal dilontarkan kerana prejudis terhadap sesuatu perkara. Prejudis memang wujud dimana-mana. Bila unsur prejudis dijadikan motif untuk melontarkan persepsi politikal, ianya tak membawa sebarang manafaat kepada sesiapa pun. Sebaliknya, akan tercetus kontroversi dan polemik yang lagha.

Dalam situasi sekarang, kita perlu lebih fokus kepada prestasi dan mengurangkan kontroversi. Belum tentu lagi pihak yang melemparkan persepsi politikal mampu melaksanakan dengan jujur dan amanah setiap tugas dan tanggungjawab Pengerusi dan CEO SPAD.

Janganlah kita melontarkan persepsi politikal yang bersifat prejudis terhadap pihak yang melakukan tugas dengan baik. Semata-mata hendak sepinggan nasi berlauk kari ayam. 

Namun begitu, kritikan membina  yang sifar prejudis dan sifar presepsi politikal amat dialu-alukan demi kebaikan dan manafaat bersama. Cuma, jika hendak makan nasi, ambe boleh belanja kat kedai mamak yang menu Rakyat 1 Malaysia. Starbuck dan kafe di hotel taraf lima bintang, tiadalah ambe mampu.

Jumaat, 1 November 2013

SPAD: RUGI SIAPA TAK SERTAI BAHAGIAN PENGUATKUASA SPAD


Siapa sangka sigadis manis dalam gambar diatas berpangkat Kapten. Dan kini berkhidmat dalam bahagian penguatkuasa SPAD. Beliau telah berkhidmat selama sepuluh tahun didalam Kor Polis Tentera sebelum ini. 

Menurut Dato Che Hasni, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasa S.P.A.D. lebih ramai wanita yang berkelayakan dan berwibawa seperti kapten wanita tersebut akan diambil berkhidmat. 

Ditanya mengenai kekuatan S.P.A.D. Dato Che Hasni menyatakan beliau merancang untuk mengambil anggota wanita sehingga mencapai sepuluh peratus. Beliau akan membina kumpulan penguatkuasa wanita yang tahan lasak dan bijak serta mampu mempertahankan diri mereka. 

Beliau akan memastikan hanya wanita yang benar-benar komited dan berminat sahaja diambil. Sesuailah dengan matlamat transformasi yang diwar-warkan selama ini. DS Najib pun baru-baru ini telah mengesahkan peranan wanita dalam pembangunan negara dimasadepan. 

Kepada wanita dan remaja perempuan yang berminat menyertai unit penguatkuasaan S.P.A.D. anda memang layak memohon. 

Isnin, 28 Oktober 2013

SPAD: TERMINAL AMANJAYA APA MOTIF BANTAHAN?@SPADChannel

Bila ada bantahan daripada pihak luar yang tiada kena mengena dengan bidang pengangkutan keatas Terminal Amanjaya, ianya menimbulkan seribu persoalan mengenai motif bantahan tersebut. Bantahan yang dikepalai oleh Faizal Mustafa terhadap S.P.A.D. bukanlah seorang pengendali berdasarkan kepada databes S.P.A.D. waima beliau mengakui beliau adalah seorang pengendali.

S.P.A.D. kini sedang menyiasat kesahihan surat yang dialamatkan kepada C.E.O. daripada Majlis Bandaran Ipoh, kerana surat berkenaan telah di'scan'. Walaupun ianya surat bertaip dan mempunyai kepala surat MBI, iaya dihantar melalui emel oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan komersil. Surat berkenaan tidak pernah diposkan kepada S.P.A.D. secara rasmi.

S.P.A.D. sedar dan mengenalpasti keperluan penguatkuasaan dan pengawasan berterusan, tetapi buat waktu ini S.P.A.D. mempunyai bilangan anggota penguatkuasaan yang terhad, menyebabkan S.P.A.D. memberikan keutamaan kepada kesalahan-kesalahan yang membahayakan nyawa oranglain seperti lori membawa muatan lebih, dan transformasi perkhidmatan teksi untuk memenuhi kehendak rakyat. Menugaskan anggota-anggota penguatkuasaan S.P.A.D untuk cabaran yang timbul di Terminal Amanjayaakan dilaksanakan bila keperluan mencukupi. 

Untuk sementara waktu, S.P.A.D. bekerjasama dengan pihak Majlis Bandaran Ipoh dan kerajaan negeri Perak untuk mencari solusi terbaik dan pragmatik menyelesaikan kemelut isu semasa berkaitan pelbagai pengaduan daripada pihak awam. Terutama berkenaan dengan sambungan bas henti-henti diantara semua perhentian di pusat bandar ke Terminal Amanjaya. Orang awam turut mengadu mengenai kadar tambang tinggi kereta sewa untuk membawa penumpang dari Terminal Amanjaya ke pusat bandar Ipoh. Kadangkala, tambangnya melebihi tambang bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Ipoh. 

Isnin, 21 Oktober 2013

SPAD: TAKDE WANG TUNAI? KAD KREDIT DAN DEBIT PUN BOLEH @SPADChannel


Berita baik buat pengguna yang menggunakan perkhidmatan Teksi 1 Malaysia (TEKSIM). Anda tak perlu bawa banyak wang tunai. Kad kredit dan kad debit anda boleh digunakan untuk membayar tambang. So, bagaimana nak kenal mana satu TEKSIM ni? TEKSIM berwarna cokelat putih. Dari jenis Proton Exora yang telah rekabentuk dari kilang Proton mengikut ciri-ciri yang khas. Carilah teksi berwarna cokelat muda putih. Pada badan teksi ada tertulis ' Teksi 1 Malaysia' berwarna putih dibahagian tepi sisi badan teksi. 

Selain itu, anda boleh lihat mesin swipe berada berhampiran dengan pemandu teksi diantara tempat duduk pembandu dengan tempat duduk penumpang didepan. TEKSIM adalah inisiatif kerajaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan teksi diseluruh negara. Seharusnya, kita selaku rakyat menerima dengan sangka baik usaha-usaha kerajaan. Kerajaan buat pun bukan untuk memperkayakan keroni. Tak elok kita berfikiran negatif. Kerana akhirnya kita juga yang kerugian.



Isnin, 7 Oktober 2013

SPAD: Pengusaha Bas Dingati Jangan Langgar Syarat I-COP@SPADChannel

Baru-baru ini, Mohamad Nur Kamal, CEO SPAD, sempat ditemubual oleh rakan bloger mengenai perkembagan inkuiri insiden bas Genting dan yang berkaitan dengannya. Tuan Nur Kamal, tak kedekut masa dan menjawab semua persoalan dengan jujur dan ikhlas. Tentu ramai yang ingin tahu mengenai perkembagan dan tindakan susulan inkuiri tersebut. Temubual dibuat selepas tamat acara 'Treasure Hunt SPAD' pada Ahad lepas. 

Antara lain, Tuan Nur Kamal berkata, jawatankuasa masih meneliti dan membaca semua laporan yang ada, terutama daripada MIROS. Jangan ada pula yang nak sindir kata asik baca je? Ya la nak buat tindakan dan inkuiri kena teliti dan berhati-hati kerana turut melibatkan pihak-pihak yang tak bersalah. Takkan kerana nila setitik habis susu sebelanga dibuang. Fungsi utama inkuiri ialah mengatasi masalah dan bukannya menambah lagi masalah atau menghukum sewenang-wenangnya. Menurut Tuan Nur Kamal, penelitian kertas laporan supaya Jawatankuasa Inkuiri mampu fokus dan beri perhatian kepada isu-isu yang sebenar. Dan boleh memfokuskan soalan-soalan tepat kepada operator bas terbabit bila mereka dipanggil. 

Bila ditanya, mengapa SPAD tidak mengambil tindakan menggantung sementara perkhidmatan bas yang terbabit sementara menunggu inkuiri? Beliau menjawab, 
It is being considered, but we have to take into account the services and people who are going to be affected. Because that's the only operator serving that area. Workers will be affected the most. Because they work in Genting but live somewhere in KL. 
(Ada dipertimbangkan, tapi kita [SPAD] perlu mengambilkira perkhidmatan dan pihak yang terkesan dengan tindakn berkenaan.Sebab, itulah satu-satunya perkhidmatan yang memberikan khidmat bas bagi kawasan berkenaan. Pekerja akan menerima akibatnya. Kerana mereka bekerja di Genting tapi tinggal di KL.)
We are also taking steps not only for this particular operator, but also other operators running services for highlands and hilly areas. For instance, no more standing passengers, they have to do daily checks (drivers and operators), pemandu sendiri mesti melakukan visual inspection sebelum the return trip..before every trip they have to do visual inspection....nak ke Genting, sebelum naik dan sebelum turun bukit. Mereka juga mesti simpan log book. ini termasuk kawasan tanah tinggi seluruh negara, termasuk Cameron Highlands, Bukit Fraser.
Bila ditanya samada SPAD akan menguatkuasakan penggunaan tali-pinggang keledar kepada penumpang bas ekspres dan persiaran, beliau menjawab seperti berikut:-
Masalahnya ialah dengan bus body. If all bus bodies comply dengan R66 regulation, then it is okay to force penggunaan seat belt....sebab the bus floor is fixed and the anchor point semua quite safe. but if the bus floor is not in compliance with R66 regulation, having seat belt is more dangerous.
Betul juga, menguatkuasakan sesuatu kuasa perlu banyak pertimbangan. Kita pun tak mahu mana-mana tindakan bakal menyusahkan pula pihak lain. Selain itu, beliau berkata, berkenaan cadangan menyenaraihitam syarikat-syarikat bas yang mempunyai banyak kesalahan, itu bergantung kepada jenis kesalahan. Ini kerana ada banyak regulasi dan peraturan yang SPAD kenakan keatas syarikat bas. Pada masakini, SPAD memfokuskan kepada pematuhan I-COP dalam aspek keselamatan. Audit keselamatan akan dijalankan dari masa kesemasa oleh SPAD. Kursus mengenainya sudah dibuat dengan penyertaan 1,000 lebih syarikat bas. Jadi, mesej aspek keselamatan dalam I-COP sudah tercapai. Antara lain beliau berkata,
"Salah satu yang kita sudah kuatkuasa ialah speeding untuk express and chartered busses. Now we require operators to monitor the speed of the drivers. We want to go and check the operators, whether they monitor or not. if they dont monitor, it is an offence. The monitoring is on a real time basis. what we want, for instance, GPS, which is being required for chartered busses since 2010. But nobody monitors. If the operator doesn't monitor the GPS, then what is it for? What is the purpose? they must do real-time monitoring.They must know bila driver tu speeding...and they are supposed to do something about it. the onus is on them to call the drivers and take actions. Now we want to make sure the accountability is on them. They cannot say "oh the driver ... is not my fault". Mengenai cctv requirement, it is for the safety of the passengers. it is not an option whether to do it or not. we are giving the right to operate, in return for all the regulations that we put in. they must comply.
Beliau menambah, Driver Information System (DIS) kesemua data mengenai pemandu pengangkutan awam darat disimpan dan dikemaskini. Termasuklah, pekerjaan lampau mereka. Ini boleh membantu pengendali dan pemegang lesen bila mengambil mana-mana pemandu sebagai pekerja mereka. Bahkan, orang awam pun boleh mengakses data tersebut. SPAD akan memulakannya dengan pemandu teksi pada suku tahun pertama tahun depan. Kerana pengkalan data mengenai pemandu teksi sudah ada. 
"Contoh kalau kita taip nombor teksi aja, semua ada keluar. Penumpang pun boleh bagi rating terhadap pemandu. Selain itu, once kita masuk teksi, sistem itu membolehkan kita boleh "check-in" dan alert husband atau keluarga yang kita dah masuk teksi itu..."
Ambe tabik hormatlah kepada komitmen SPAD.

Rabu, 2 Oktober 2013

SPAD: Sebelum Kena Tindakan, Elok Pastikan Keselamatan Teksi, Bas & Lori Adalah Selamat@SPADChannel

SPAD telahpun mengeluarkan dan menguatkuasakan SPAD ICOP bagi aspek keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Dan amaran telah dikeluarkan oleh SPAD bahawa tindakan tegas menggantung lesen akan diambil bila dibuktikan kesalahan memandu melebihi had laju. Di Malaysia, kesalahan memandu melebihi had laju dan membawa muatan lebih adalah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu dan pengendali lori. Dan kesalahn itu banyak membawa kepada kemalangan-kemalangan maut dalam statistik. Lori dan bas yang dipandu laju seringkali mudah terbabas. Terutama bila pemandu sudah terlalu keletihan dan kepenatan kerana mengejar masa dan 'trip'.

Tragedi bas Genting terjunam gaung dan mengorbankan ramai nyawa pelancong, menyedarkan orangramai mengenai masalah keselamatan bas dan lori. Masalah dan rungutan orangramai mengenai kecuaian pemandu bas dan lori melebihi had kelajuan bukanlah satu perkara yang baru. Ianya merupakan rungutan dan keluhan rakyat selama ini. Bahkan, ianya begitu merisaukan dan merunsingkan rakyat. Kerana buat masa ini, tiada laluan dan jalan khas untuk lori dan bas. Dan bukan mudah untuk mendisplinkan pemandu bas dan lori.

Sebelum tertubuhnya SPAD pada 2010, isu tersebut ditangani oleh pihak JPJ, PDRM dan LPKP. Bagi memantapkan lagi penguatkuasaan, SPAD memperkenalkan SPAD-ICOP. Selain itu, SPAD telah bekerjasama dengan pihak Puspakom dalam perkongsian maklumat. Mana-mana pihak yang gagal hadir pemerikasaan Puspakom akan dimaklumkan kepada SPAD untuk tindakan tanpa kompromi. SPAD-ICOP dikuatkuasakan sebagai panduan piawaian keselamatan dan semua aspek berkaitan keselamatan. Termasuklah, mengenai pematuhan had laju, keadaan pemandu dan had muatan. Mencegah lebih baik daripada merawat, begitulah tujuan dan maksud SPAD-ICOP.

SPAD bertindak tegas pada kali ini bagi mengelakkan tragedi-tragedi yang lebih terok dimasa depan. Ini juga sebagai langkah mendisplinkan para pemandu. Dibawah penguatkuasaan, SPAD-ICOP, diantara perkara yang dipantau ialah pematuhan had laju. Punca utama kemalangan di Malaysia dikenalpasti ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju. Setiap kenderaan, samada kereta, lori, bas dan motorsikal mempunyai had kelajuan tersendiri. Memandu melebihi had kelajuan tersebut akan mengakibatkan kenderaan berkenaan sukar dikawal dan mudah terbabas.

SPAD ICOP merupakan alat untuk mendidik dan mendisplin pemandu kenderaan awam agar sentiasa mematuhi had laju. Keberkesanan penguatkuasaannya akan kelihatan pada masa-masa akan datang. Kerana salah satu tindakan tegas yang bakal dikenakan ialah menggantung lesen pengendali dan pengusaha bas dan lori berkenaan tanpa kompromi. Sudah tentulah, tindakan tegas ini nanti tidak disukai oleh para pengendali dan pengusaha. Namun, tanggunjawab memastikan keselamatan nyawa pengguna jalanraya lain turut terletak dibahu pengendali lesen dan kakitangan mereka. Oleh itu, ianya tanggungjawab bersama. Mereka tidak boleh menjadikan alasan ketegasan tindakan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab bersama tersebut. Tahniah SPAD kerana komitmen memastikan aspek keselamatan kenderaan awam.

Isnin, 30 September 2013

SPAD: Wow! Bajet RM160 Bilion Untuk Keselesaan Rakyat@SPADChannel


Makin meroyanlah puak pembangkang, Pakatan Ahzab DAP PKR SYIAH bila tahu, sebanyak RM160 bilion akan dibelanjakan untuk keselesaan rakyat dalam perkhidmatan rel negara menjelang 2020. DS Najib menyebutkannya pada perasmian persidangan  Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

YAB PM DS Najib turut menyebut didalam ucapannya, "Aspek yang paling kritikal adalah melibatkan latihan sejumlah tenaga mahir yang mengkhusus dalam industri keretapi agar mereka dapat memenuhi jadual pembinaan operasi yang ditetapkan.

"Industri rel memerlukan pekerja mahir untuk pembinaan trek, kemudahan dan infrastruktur lain bagi penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti komunikasi,”

Wah patutlah kerajaan berani membelanjakan bajet sebesar itu sebab ianya akan membuka peluang pekerjaan tenaga mahir dikalangan anak tempatan. Serta kemajuan pesat dalam bidang infrastruktur. Bahkan, melimpah kepada rakyat dalam bentuk mendapat perkhidmatan yang selesa, canggih dan cepat. Katanya lagi, 

"Ini sehubungan dengan kejayaan negara menarik minat pembuat keretapi terbesar China, Kumpulan Keretapi China Selatan untuk membina pusat Rel ASEAN di Batu Gajah, Perak.

"Fasa pertama projek berkenaan yang bernilai RM400 bilion,"

Pelaburan asing pun turut masuk. Untuk makluman, bajet RM160 billion itu termasuklah segala projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam darat. Sejak 1990 lagi kerajaan membelanjakan sejumlah RM50 bilion dalam projek berkaitan landasan keretapi. Perbelanjaan itu dijangka naik kepada RM160 bilion menjelang 2020. Terangkum juga projek keretapi laju dari Kuala-Lumpur ke Singapura yang laluannya sepanjang 330 kilometer dan projek Mass Rapid Transit (MRT). Kesmeua projek dibawah pemantauan dan seliaan SPAD. Bila sebut SPAD, tak perlu kita persoalkan kerana terbukti SPAD mempunyai pengurusan cekap dan anti rasuah. Bertuah sungguh rakyat Malaysia ada SPAD. 

SPAD: Teksi 1 Malaysia@SPADChannel

Susulan daripada pemberian 1,000 lesen teksi individu Mac lalu, dibawah program Teksi 1 Malaysia, pada 18hb September lalu, SPAD membuat lawatan kerja ke Puspakom di Shah Alam, bagi meninjau teksi-teksi yang terlibat dengan program berkenaan. SPAD selaku badan yang diberikan tanggungjawab dan amanah menambahbaik pengangkutan awam darat, melaksankan segala bantuan dan arahan daripada Y.A.B Perdana Menteri. 

Lawatan kerja berkenaan berdasarkan kepada satu memorandum yang ditandatangani diantara SPAD dengan Puspakom pada 24hb ogos 2011 bagi memastikan tahap keselamatan dan sah bagi kenderaan pengangkutan awam darat. SPAD benar-benar serius dalam memastikan mutu dan tahap keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Bagus!

Antara lain, memorandum tersebut menyatakan kerjasama diantara SPAD dengan Puspakom dalam hal:-
  1. perkongisan maklumat 
  2. pemeriksaan terperinci keatas kenderaan, chasis, no enjin dan pemasangan gajet
  3. tindakan susulan keatas pengendali dan pengusaha yang gagal hadir pemeriksaan berjadual.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar amat berpuashati dengan tahap dan piawaian yang digunakan oleh Puspakom dalam pemeriksaan keatas teksi-teksi dibawah program Teksi 1 Malaysia. Menepati piawaian antarabangsa, kata beliau. Setiap kenderaan yang lulus pemeriksaan Puspakom dibawah program Teksi 1 Malaysia, akan diberikan sijil kelulusan. 

Ciri-ciri istimewa Teksi 1 Malaysia (melibatkan kerjasama dengan Proton):-
  1. Ruang yang lapang dan luas bagi penyimpanan barangan
  2. ABS,airbag dan ciri-ciri terkini keselamatan 
  3. Kerusi kemasan kulit
  4. Saluran penghawa dingin khusus untuk penumpang
  5. Sistem tempahan dan dispatch navigasi (GPS)
  6. kemudahan kad kredit / debit
  7. NGV pasang siap dikilang & meter.
Inisiatif program Teksi 1 Malaysia adalah komitmen kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib. Setelah pemberian 1,000 permit teksi individu diberikan, kini seramai 84 peserta program yang telah berjaya mendapat geran 1MDB bagi pembelian tersebut bakal menerima unit mereka. 

Program teksi 1 Malaysia melibatkan 1000 unit teksi yang mempunyai ciri-ciri khas diatas. Dikeluarkan oleh Proton. Dan menjalani pemeriksaan teliti mengikut piawaiaan antarabangsa di Puspakom. Harga seunit ialah RM64,000.00. Dana 1 MDB sejumlah RM5,000.00 diperuntukkan untuk pembelian bagi setiap unit. Bakinya pula akan dibereskan oleh Bank Simpanan Nasional. Memang bertuah lah para peserta berkenaan. Dan terbuktilah komitmen kerajaan menunaikan janji-janji mereka. Tak lama bergaya lah kome menaiki teksi yang selesa dan selamat! Boleh bayar guna kad kredit dan debit lagi ... 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...