Isnin, 28 Oktober 2013

SPAD: TERMINAL AMANJAYA APA MOTIF BANTAHAN?@SPADChannel

Bila ada bantahan daripada pihak luar yang tiada kena mengena dengan bidang pengangkutan keatas Terminal Amanjaya, ianya menimbulkan seribu persoalan mengenai motif bantahan tersebut. Bantahan yang dikepalai oleh Faizal Mustafa terhadap S.P.A.D. bukanlah seorang pengendali berdasarkan kepada databes S.P.A.D. waima beliau mengakui beliau adalah seorang pengendali.

S.P.A.D. kini sedang menyiasat kesahihan surat yang dialamatkan kepada C.E.O. daripada Majlis Bandaran Ipoh, kerana surat berkenaan telah di'scan'. Walaupun ianya surat bertaip dan mempunyai kepala surat MBI, iaya dihantar melalui emel oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan komersil. Surat berkenaan tidak pernah diposkan kepada S.P.A.D. secara rasmi.

S.P.A.D. sedar dan mengenalpasti keperluan penguatkuasaan dan pengawasan berterusan, tetapi buat waktu ini S.P.A.D. mempunyai bilangan anggota penguatkuasaan yang terhad, menyebabkan S.P.A.D. memberikan keutamaan kepada kesalahan-kesalahan yang membahayakan nyawa oranglain seperti lori membawa muatan lebih, dan transformasi perkhidmatan teksi untuk memenuhi kehendak rakyat. Menugaskan anggota-anggota penguatkuasaan S.P.A.D untuk cabaran yang timbul di Terminal Amanjayaakan dilaksanakan bila keperluan mencukupi. 

Untuk sementara waktu, S.P.A.D. bekerjasama dengan pihak Majlis Bandaran Ipoh dan kerajaan negeri Perak untuk mencari solusi terbaik dan pragmatik menyelesaikan kemelut isu semasa berkaitan pelbagai pengaduan daripada pihak awam. Terutama berkenaan dengan sambungan bas henti-henti diantara semua perhentian di pusat bandar ke Terminal Amanjaya. Orang awam turut mengadu mengenai kadar tambang tinggi kereta sewa untuk membawa penumpang dari Terminal Amanjaya ke pusat bandar Ipoh. Kadangkala, tambangnya melebihi tambang bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Ipoh. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...