Isnin, 30 Disember 2013

SPAD: SEPANJANG TAHUN 2013 (2) @SPADChannel

SPAD Journey Planner Competition Timeline


Antara isu sensasi sepanjang tahun 2013 ialah mengenai khabar angin kenaikan tambang bas semasa perayaan Aidilfitri. Dan insiden kemalangan bas Genting jauh masuk gaung. Disamping rungutan pemandu teksi mengenai kadar tambang yang murah. Namun semuanya mampu disetelkan oleh SPAD melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit.

Dalam insiden bas genting masuk gaung, perkhidmatan bas berkenaan sudah digantung. Lanjutan daripada insiden itu, SPAD menguatkuasakan SPAD- ICOP berkenaan keselamatan bas dan dimasukkan sebagai syarat lesen. Terbaik. Tindakan yang amat tegas daripada SPAD setelah menyiapkan inkuiri dengan kerjasama Polis, JPJ dan MROS.

SPAD juga memberikan isyarat jelas kepada semua pengendali dan pemandu bas agar mematuhi dan memantau keselamatan bas dan pemandu. Kini SPAD membina databes pemandu agar mudah menjadi rujukan kepada pengendali dan pengusaha bas. selain itu SPAD juga mahu bas dipasang dengan GPS sebagai alat pemantauan pengendali dan pengusaha keatas perjalanan bas mereka.

Tirai 2013, tinggal 24 lebih sahaja untuk meninggalkan kita semua. Dan tahun 2014 bakal menjelang. SPAD terus melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan mampu melakukan yang terbaik untuk semua pihak. Kita selaku pengguna pula hendaklah memulai langkah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Ini mampu menjadi suatu sumbangan kepada penjimatan penggunaan petrol bagi kenderaan persendirian. Disamping menjimatkan perbelanjaan kita.

Bila semakin ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam, maka semakin mudahlah SPAD menambahbaik mutu perkhidmatan. Kerana pengendali dan pengusaha pengangkutan awam mampu menampung kos operasi dengan keuntungan kerana jumlah pengguna yang ramai. Bila kepenggunaan pengangkutan awam mencecah 50 peratus, mutu perkhidmatan akan bertambah baik. Dan segala perancangan akan dipercepatkan demi keselesaan pengguna.

In Shaa Allah, kita akan menuju menjadi Negara Maju, dan kita mahu menjadi rakyat minda kelas pertama melebihi yang pertama. Oleh itu, mari kita bersama melangkah dengan SPAD untuk menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia suatu lagenda dan ikutan semua negara. 

SELAMAT TAHUN BARU !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...