Rabu, 31 Julai 2013

SPAD: Sistem Tiket Bersepadu, Sekali Beli Semua Harung.


SPAD, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, yang diberikan kuasa luas mentransformasikan pengangkutan awam darat, memperkenalkan inovasi baru dalam sistem tiket. Bayangkan, kalau dulu anda terpaksa beli tiket brbeza-beza untuk perjalanan anda, tiket rel, tiket bas, tiket kapalterbang. Dan anda terpaksa beratur panjang. Menurut kajian, pengusaha kehilangan 20 peratus keuntungan akibat masa beratur di kaunter-kaunter tiket. Kini dengan satu tiket perjalanan anda tanpa gangguan dan perlu beratur untuk menggunakan semua perkhidmatan bersepadu, bas-rel-kapalterbang. Begitu menyenangkan dan memudahkan anda.

Ini semua diperkenalkan oleh syarikat ERL, 15hb Julai lalu di KLIA. Dengan tagline 'Buy Anywhere, Anytime' anda boleh membeli tiket melalui talian melalui talipon bimbit anda. Aplikasi ini boleh di akses melalui talipon anda . Anda boleh membeli tiket kemudian mengambil tiket di kaunter tiket, aplikasi talipon, kios layan diri atau melalui laman sesawang www.KLIAekspres.com. Bayaran boleh di buat melalui pelbagai saluran yang dibenarkan. Jangan bimbang, data peribadi anda setakat yang dibenarkan akan di simpan oleh sistem bagi memudahkan anda menempah dan membeli tiket di masa depan. 

Pengerusi SPAD amat gembira dengan usaha terbaru KLIA eskpres ini yang selari dengan dasar SPAD. Beliau berbangga dan berharap pengusaha-pengusaha lain terus menaiktarafkan perkhidmatan mereka demi keselesaan para pengguna. Usaha terbaru KLIA Ekspres mampu meletakkan Malaysia sebagai yang terunggul dalam industri pengangkutan awam darat. 

Perkhidmatan ini mampu meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan rel laju yang sudah mencapai tahap 99.7 peratus kecekapan. Sememangnya SPAD ditubuhkan bagi meningkat dan menaiktaraf perkhidmatan awam darat. Perkhidmatan tiket bersepadu seperti ini amat selari dengan komitmen SPAD dan kerajaan. Peningkatan mutu perkhidmatan dan perkhidmatan yang terbaik , akan menjadi pendorong rakyat menggunakan perkhidmatan tersebut. Dan ini mampu memberikan impak besar kepada pengusaha-pengusaha dan pengguna sendiri. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...