Rabu, 31 Julai 2013

SPAD Jamin Bas Mencukupi Untuk Balik Raya @SPADChannel.

Aidilfitri akan menjengah kita tak lama lagi. Bagi mereka yang sudah biasa balik kampung menggunakan bas ekspres, jangan bimbang. Pengerusi SPAD telah memberikan jaminan bahawa bas mencukupi untuk membawa pulang anak-anak perantauan balik ke kampung masing-masing.

Jaminan ini diberikan semasa program turun padang di PRK Kole Besout, tempohari. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata, pihaknya telah menerima beberapa permohonan bagi LPS daripada pengusaha bas menjelang Hari Aidilfitri. Beliau berkata, "Alhamdulillah saya fikir orang yang paling suka balik kampung adalah dari pantai timur, sampai tiket bas pun dah habis sebelum 9 Julai. Tapi kita tak nak menyusahkan penumpang, kalau dah habis tiket bas biasa kita akan keluarkan LPS"

Menurut Tan Sri Syed Hamid, SPAD hanya mengeluarkan LPS kepada bas yang berusia kurang 12 tahun untuk perjalanan 300 kilometer ke atas. Tempoh sahlaku LPS ialah selama tujuh hari sebelum Aidilfitri dan lapan hari selepas itu. Oleh itu, beliau menasihatkan orangramai agar mendapatkan tiket dari syarikat dan agen yang sah bagi mengelakkan ulat tiket. 

Betul juga, kini Aidilftri sudah semakin hampir dan dekat. Insya Allahu Ta'ala minggu depan kita akan berjumpa dengan Aidilfitri. Kepada yang masih belum menempah tiket bas , apakata cuba naik keretapi pula. Dan para pengguna bas ekspres di minta berhati-hati dengan kegiatan 'Ulat Tiket'. Segeralah anda lapurkan jika terlihat 'Ulat Tiket' berkeliaran di kawasan stesen bas. 

Bahagian penguatkuasa SPAD juga sedang giat menjalankan operasi dan memantau kegiatan 'Ulat Tiket' menjelang hari raya ini. Jangan takut untuk membuat pengaduan kepada SPAD. Mereka adalah rakan baik anda. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...