Rabu, 31 Julai 2013

SPAD: Permit Individu Teksi Satu Janji Tertunai (2). @SPADChannel

Melayu Bandar. Best kan istilah itu. Melayu Bandar. Kebanyakan Melayu Bandar mencari nafkah samada berniaga kecil-kecilan, bekerja dengan kerajaan dan swasta dan paling ramai menjadi pemandu teksi bandar. Membantu pemandu teksi bermakna membantu warga bandar termasuklah Melayu. Ini ambe respek dan tabik hormatlah kepada PM kita yang prihatin. Tambang teksi juga akan kaji semula. Betullah, sekarang ini harga barangan di kawal oleh konglomerat cinabeng yang suka hisap darah. Diharapkan kadar tambang teksi yang akan di kaji semula mampu menaikkan taraf ekonomi pemandu teksi Melayu dari pemandu kepada pemilik syarikat teksi pula. 

Malah TEKS1M pun sudah diperkenalkan bagi memudahkan pemandu teksi mempunyai teksi bermutu tinggi. Bila teksi wangi maka sudah tentulah ramai nak naik. Semakin ramai yang naik, semakin tinggilah pendapatan. Tapi perkhidmatan pun kena cantik lah secantik teksi. Salah satu usaha kerajaan BN membantu golongan pemandu teksi ialah pemberian permit teksi individu. Selain itu, bantuan tayar diperkenalkan juga.

Pada 18hb Julai (Khamis) lalu, bertempat di foyer ibupejabat SPAD di KL Sentral, DS Najib sendiri menyerahkan permit teksi individu. Ini adalah salah satu komponen dalam empat komponen di dalam Pelan Tindakan Mentransformasikan Industri Teksi (TIT) yakni:-
  1. Menaiktaraf hidup pemandu teksi;
  2. Mengurangkan kos operasi;
  3. Menjalin kerjasama dan kawalselia; dan 
  4. Mengujudkan sistem teksi moden bertaraf dunia.
Untuk makluman semua, pada masa sekarang terdapat 31,743 lesen teksi bajet di Lembah Kelang sahaja. 11,371 (37 peratus) di pegang oleh individu.  Bakinya, 20,012 (63 peratus) oleh syarikat. Jika semua pemandu diberikan permit teksi secara individu, bermakna berlaku pertambahan teksi secara mendadak yang melebihi ratio penduduk. Ini akan menjejaskan pendapatan teksi, kerana berlaku kecelaruan ratio teksi dengan jumlah penduduk. 

Jadi bagaimana cara kerajaan menanganinya berbanding dengan cadangan melulu pembangkang? Bila kerajaan memutuskan untuk memberikan 1,000 lesen teksi individu, tetapi tidak menambahkan bilangan teksi, kerajaan telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat teksi. Syarikat-syarikat teksi bersetuju memulangkan semula 1,000 permit kepada kerajaan untuk diberikan kepada individu (pemandu teksi kedua). Dengan ini, selamatlah semua periuk nasi pemandu teksi dan syarikat teksi. Inilah yang dikatakan perlaksanaan kepada 'Janji Ditepati'. 


Ramai yang tak sedar betapa prihatinnya PM kita DS Mohd Najib Abdul Razak ke atas keluhan pemandu teksi. Sedar tak kita bahawa TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) adalah inisiatif yang lahir di atas keprihatinan DS Mohd Najib kepada keluhan pemandu teksi. Hasilnya ialah BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia) bagi meringankan bebanan pemandu teksi dalam menghadapi kos penyelenggaraan. Ini adalah program pertama di bawah program TR1MA. Antara program lain yang bakal menyusul ialah insurans berkelompok dan khairat, duta teksi dan lain-lain lagi. 

Ini semua hasrat kerajaan mahu mempertingkatkan mutu perkhidmatan teksi dan membantu penghidupan pemandu teksi. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...