Selasa, 30 April 2013

#PRU13 - SPR PERLU JAWAB SEGERA FITNAH MENGENAI PENGUNDI HANTU & DAKWAT KEKAL @NajibRazak @barisannasional


SPR perlu tangkas dan cergas dalam menjawab semua fitnah-fitnah daripada DAP PKR PAS PSM terutama daripada 'Red Bean Army'. Hanya mengharapkan kepada gerak kerja kumpulan kecil sederhana siber pro UMNO/BN tidak mencukupi. Realitinya ramai dalam kumpulan siber pro UMNO yang bukan jentera pilihanraya BN bergerak sendiri dan menggunakan wang poket sendiri. Mereka ada kekangan semulajadi untuk menangkis segala fitnah. Manakala jentera pilihanraya BN pula sibuk dengan tugasan masing-masing. Memang tak cukup tangan. Bagi yang bergerak sebagai jentera rasmi pilihanraya BN sudah tentu mereka kurang 'kekangan' tetapi ramai jentera tak rasmi yang mempunyai banyak masa lapang menghadap komputer. 

Ya betul, berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara, namun setiap yang wujud dan maujud di dunia ini ada batasannya. 

SPR perlu lebih proaktif dalam menangani dan menangkis fitnah dan dakyah DAP PKR PAS PSM dalam tempoh 15 hari ini. Sekarang hanya tinggal kurang 6 hari lagi ke 5hb Mei 2013. Esok HARI BURUH. Hari cuti umum. 

Jentera SPR untuk alam siber nampaknya kurang aktif dan agak jumud. Tak berapa cergas seperti kehabisan vitamin 'RM'. Bagi kumpulan jentera tak rasmi pilihanraya BN, sudah tentu lah sukar buat kami untuk menangkis fitnah dan dakyah DAP PKR PAS PSM kerana kami tak mempunyai AKSES seperti jentera rasmi BN. Kami hanya termampu lakukan setakat kemampuan kami saja. 

Sekarang ini bertebaran luas mengenai fitnah 36,000 pengundi hantu yang kononnya bakal di bawa dari Sabah dan Sarawak menaiki kapalterbang yang hanya memuatkan kurang dari 150 orang. Kapalterbang yang tercanggih pun yakni Airbus Super Jumbo A880 hanya mampu bawa 600 orang sahaja dan kapalterbang itu tidak di beli oleh MAS pun.


Begitu juga dengan gambar-gambar yang muncul mengenai betapa 'Tak Kekalnya' dakwat kekal SPR. Gambar-gambar tersebut amat merbahaya kerana memberikan gambaran palsu dan tak benar mengenai Dakwat Kekal. 

Dua isu ini , pertama mengenai Pengundi Hantu dan Dakwat Kekal sedang hebat dimainkan oleh pasukan siber DAP PKR PAS PSM di alam maya. Berbagai jenis dan bentuk ragam penyampaian mereka lakukan. Bagi mereka mudah kerana mereka hanya melakukan gerak kerja menyebar persepsi.  Manakala tangkisan pula tidak begitu menyakinkan rakyat jelata. 

Sesuatu harus diperbetulkan dengan kadar segera dan cepat bagi mengekang semula kebanjiran bahan-bahan propaganda DAP PRK PAS PSM di alam maya. Kena buang sifat SELEKTIF, MANIPULATIF, TERLALU TAMAK dan PULAU-MEMULAU. Tak menguntungkan BN !

ANDA KENAL CALUN BN ANDA ?





P78 CAMERON HIGHLANDS - Datuk G. Palanivel
N1 TANAH RATA - Ho Yip Kap
N2 JELAI - Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Penyandang)

P79 LIPIS - Datuk Mohamad Shahrum Osman (Penyandang)
N3 PADANG TENGKU - Abdul Rahman Mohamad (Penyandang)
N4 CHEKA - Datuk Fong Koong Fuee
N5 BENTA - Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (Penyandang)

P80 RAUB - Datuk Hoh Khai Mun (Bertukar dari DUN)
N6 BATU TALAM - Abdul Aziz Mat Kiram (Penyandang)
N7 TRAS - Weng Hee Liang
N8 DONG - Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Penyandang)

P81 JERANTUT - Ahmad Nazlan Idris (Muka baharu)
N9 TAHAN - Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (Penyandang)
N10 DAMAK - Datuk Lau Lee (Penyandang)
N11 PULAU TAWAR - Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail (Penyandang)

P82 INDERA MAHKOTA - Wan Adnan Wan Mamat (Bertukar dari DUN Tanjung Lumpur)
N12 BESERAH - Datuk Mohd. Hazmi Yusof (Muka baharu)
N13 SEMAMBU - Pang Tsu Ming (Penyandang)

P83 KUANTAN - Datuk Mohd. Suffian Awang (Muka baharu)
N14 TERUNTUM - Chang Hong Seong (Penyandang)
N15 TANJUNG LUMPUR - Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (Muka baharu)
N16 INDERAPURA - Datuk Shafik Fauzan Sharif (Penyandang)

P84 PAYA BESAR - Datuk Abdul Manan Ismail (Penyandang)
N17 SUNGAI LEMBING - Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (Penyandang)
N18 LEPAR - Mohd. Shohaimi Jusof (Penyandang)
N19 PANCHING - Mohd Zaili Besar (Penyandang)

P85 PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak (Penyandang)
N20 PULAU MANIS - Khairuddin Mahmud (Penyandang)
N21 PERAMU JAYA - Sheikh Ahmad Fauzi Sheikh Ali (Muka baharu)
N22 BEBAR - Ibrahim Awang Ismail (Muka Baru)
N23 CHINI - Abu Bakar Harun (Penyandang)

P86 MARAN - Datuk Ismail Abd. Mutalib
N24 LUIT - Nurhidayah Shahaimi (Muka baharu)
N25 KUALA SENTUL - Datuk Shahaniza Shamsuddin (Penyandang)
N26 CHENOR - Mohamed Arifin Awang Ismail (Muka baharu)

P87KUALA KRAU - Datuk Ismail Mohamed Said (Penyandang)
N27 JENDERAK - Datuk Mohamed Jaafar (Penyandang)
N28 KERDAU - Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Penyandang)
N29 JENGKA - Wan Salman Wan Ismail (Penyandang)

P88 TEMERLOH - Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
N30 MENTAKAB - Chuah Boon Seong (Penyandang)
N31 LANCHANG - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (Penyandang)
N32 KUALA SEMANTAN - Mohammad Anuar Mohd. Yunus (Muka baharu)

P89 BENTONG - Datuk Liow Tiong Lai
N33 BILUT - Leong Kim Soon (Muka baharu)
N34 KETARI - Wong Choo Yap (Muka baharu)
N35 SABAI - M Gunasegalan (Muka baharu)
N36 PELANGAI - Datuk Seri Adnan Yaakob (Penyandang)

P90 BERA - Datuk Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
N37 GUAI - Norolazali Sulaiman (Penyandang)
N38 TRIANG - Tan Tin Loon
N39 KEMAYAN - Mohd Fadil Osman (Penyandang)

P91 ROMPIN - Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis (Penyandang)
N40 BUKIT IBAM - Wan Khadri Wan Mahussain (Muka baharu)
N41 MUADZAM SHAH - Datuk Maznah Mazlan (Penyandang)
N42 TIOMAN - Datuk. Mohd. Johari Hussain

Errr .. ada sesiapa yang benar-benar kenali calun BN anda ?
Terutamanya calun-calun BN dari parti MCA dan MIC?
Tak apa ... tunggulah nanti siri edisi ini.


#PRU13 - " KAMI SERIK SOKONG PAKATAN" PENGUNDI DI PULAU PINANG SEPAKAT #TolakPR #BetterNation

Nilai Sebenar DAP, PKR , PAS & PSM.


Menurut rakan bloga, Pisau, Bilik Gerakan Utama DAP mengesahkan mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang dengan komposisi 21:19. Tetapi mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen. Kecualilah kesemua pengundi Melayu, India dan 20% pengundi Cina mengundi Barisan Nasional maka komposisi 21:19 adalah milik Barisan Nasional. 

Rata-rata, pengundi India dan Melayu sudah serik melakukan undi protes kerana terpedaya dengan amalan perkauman dan hipokrasi DAP. Tinjauan baru-baru ini ke Pulau Pinang, ambe mendapati sentimen pengundi semakin menjauhi DAP, PKR dan PAS. Di Seberang Prai, Butterworth, Kepala Batas dan Permatang Pauh, ramai sudah bersemangat mahu memberikan 'Pengajaran Pahit' buat Guan End. Apa yang membanggakan ialah penguasaan bendera Barisan Nasional membirukan suasana di Pulau Pinang. 

Ambe yakin dan percaya dengan usaha berlipat kali ganda oleh jentera pilihanraya BN yang ambe sendiri dapat tengok, maka TIDAK MUSTAHIL PULAU PINANG KEMBALI KE BARISAN NASIONAL. Tapi kena kerja kuat lah.

DAP bukan berada dalam keadaan selesa dan selamat kerana mereka sendiri pun berada dalam kancah pertelingkahan dalaman yang serius. BARISAN NASIONAL semakin menghampiri mereka. DAP tidak mampu mengharap kepada PKR dan PAS. Setakat ini DAP hanya mampu berpuashati untuk menyedapkan hati sahaja. Apasaja boleh berlaku. Lagipun episod menguris hati anak tempatan DAP yang di rampas 'hak' mereka kepada jawatan Ketua Menteri masih menjadi luka terus berdarah. Luka berdarah itu bertambah parah oleh perkecohan di antara ahli India DAP dengan Guan End.

Apapun jentera Barisan Nasional perlu mengawasi dan mempertingkatkan lagi usaha. Semakin kuat semangat jentera Barisan Nasional semakin cerah harapan dan peluang untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang, insya Allahu Ta'ala. 

Inilah masanya nak pulang paku buah keras kepada kesombongan dan keangkuhan Dinasti Kit Siang dalam DAP. Suatu pengajaran yang tidak akan dilupakan oleh mereka dan suatu kemenangan bagi rakyat Pulau Pinang.

Isnin, 29 April 2013

#PRU13 - KEGANASAN TERBARU, BILIK GERAKAN MCA SG JARUM K.LANGAT DI BOM API #TolakPR #BetterNation

Kesan Bom Api Pagi tadi

Kerosakan yang berlaku

Lagi kerosakan yang berlaku

Bekas Botol Yang Dijadikan Bom Api.

KUALA LANGAT:- Sg Jarum, Bilik Gerakan MCA telah di bakar dengan Bom Api pagi tadi. Dua hari sebelum kejadian, sewaktu pembukaan bilik gerakan tersebut, telah berlaku sedikit kekecohan. Berlakunya provokasi di pihak DAP yang dikatakan mengupah sepasukan mat rempit bermotor untuk membuat bising dan kacau. 

Bilik Gerakan MCA berkenaan berdekatan dengan bilik Gerakan PKR. Kejadian membakar bilik gerakan BN di seluruh Selangor semakin kerap berlaku dan terjadi. 

Adalah jelas betapa terdesaknya DAP untuk mengekalkan kepercayaan pengundi Melayu, India dan Cina di seluruh negara. Dengan masalah dalaman DAP yang kronik dan di tambah lagi dengan pelbagai skandal yang melanda DAP, keganasan merupakan Jalan Keluar yang di nampak oleh DAP dari kemelut ciptaan mereka sendiri. 

Tak menghairankanlah bila Tan Beng Hock sanggup terjun bangunan SPRM kerana takutkan ugutan dan intimidasi jenayah DAP terhadapnya. Kemudian tanpa rasa bersalah, DAP pergunakan pula kematian Tan Beng Hock menuduh SPRM bagi menutupi jejak-jejak kejahatan mereka sendiri ?

DAP memang ganas dan terlalu rasis untuk di terima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dan pecinta KEAMANAN. 


#PRU13 - BERHENTI!!!! KLIP VIDEO LIM KIT SIANG LARI !!!!!!!!! #TolakPR #Vote4BN



WOW !!!
KIT SIANG DAKWA RAKYAT JOHOR SOKONG DAP PKR PAS PSM ...
TAPI TERNYATA KIT SIANG BERBOHONG!
KIT SIANG DI HALAU PERGI OLEH RAKYAT JOHOR !!!!


#PRU13 - KAMON APEK LIM KIT SIANG JANGAN TERLALU EMOSIONAL SANGAT LAH #TolakPR #Vote4BN #BetterNation

Gwa Manyak Marah La !!!!!!! Cilakak Punya Madey .. Lu Sekali Cakap Bikin Gwa Manyak Panas Hati !!!!!! Lu sikit Cakap... Gwa Sutak Jadi Mereng !!!!
WA TATAK SINANG SIKALANG MAU TIPO OLANG !!!
WA SAMA ANWAR IBRAHIM SAMA SOSIALIS MAO BIKIN REBOLUSI!
Apek dinosor politik Malaysia Lim Kit Siang sememangnya sudah patut masuk muzium sejarah. Itu apek kena belajar lah bagaimana nak BERUBAH. Sekarang ini bukan lagi Politik Perkauman di awal tahun-tahun selepas kemerdekaan.

Gerombolan sosialis yang menyokong Anwar Ibrahim sememangnya amat berdendam dengan UMNO sejak sebelum kemerdekaan. Mereka telah tewas teruk di tangan UMNO dan Parti Perikatan. Dari dulu lagi sejak terbatalnya MALAYAN UNION dan digantikan dengan FEDERATION OF MALAYA, puak sosialis dan bekas komunis memang masih berdendam kesumat dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Selepas tragedi 13 Mei 1969 yang telah gagal total, DAP selaku satu-satunya parti Sosialis Demokrat bersifat rasis (di samping Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah bergabung dengan PKN menjadi PKR) menyambung warisan dendam kesumat berkenaan sehinggalah ke hari ini. Slogan 'Malaysian Malaysia' dan 'Meritokrasi' cuma sebagai samaran kepada amalan 'Pemenang Ambil Semua'. Pihak yang kalah boleh blah!

Tetapi,Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya,itu saja dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.Selain Anwar,antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.Justeru,jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa,kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.Namun,dalam pada itu juga,berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi,terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP.Kata mereka,dalam meletakkan calon pilihanraya,Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan,Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu,hatta merestuinya pula.Sehingga hari ini,tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan. 

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.Ini sebenarnya,tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi,DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’.DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.Berdasarkan semua ini,kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.Selain Kit Siang,pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.Antaranya,Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army,beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. 

Benar,ia adalah satu perumpamaan,namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik ??? Jenice Lee,Shen Yee Aun,Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi,kejam,korup dan kotor.Selebihnya,hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya,kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir,iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.Namun,taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang,dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram. 

Justeru,Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu,terutama orang-orang DAP sendiri,bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir,tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.Apapun saya ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.Apa yang pasti,beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.


#PRU13 - STATUS FESBUK MENGENAI PENTINGNYA ANWAR IBRAHIM PERLU KALAH MENERIMA 1,267 KONGSIAN #TolakPR #BetterNation

Kiriman di Fesbuk dalam Grup Malaysian Fbookers Club. Anak Dr Mazlan telah menulis sebab musabab kenapa bapanya Dr Mazlan bertanding menentang Anwar Ibrahim. Kiriman tersebut mendapat 1,055 'Suka' dan 1,267 'Kongsi' dan masih berterusan. - [Klik gambar untuk ke status berkenaan]


Gambar Dr Mazlan dan keluarganya.

Hari ini, Isnin 29hb Mei 2013, tinggal 7 hari lagi untuk mengundi pada 5hb Mei 2013 (Ahad). Ahmad Uzair Mazlan (anak kepada Dr Mazlan) telah menulis dengan panjang lebar sebab musabab kenapa bapanya bertanding melawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sambil menjawab semua fitnah-mehnah yang dilemparkan kepada bapanya. Berikut ambe mengambil kebebasan menerbitkannya semula untuk faedah dan tatapan para pembaca sekelian:-
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. 
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI. 
Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!
Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.
Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.
1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html
2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html 
3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html
4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html
5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html
6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html
7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html
8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html
9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html
10. Penutup. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html 
Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.  
Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak 
Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim? 
Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat. 
Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini. 
Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.  
Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara. 
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH. 
Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!  
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar? 
Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?  
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu. 
Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...
Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin? 
Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita. 
Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki. 
Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya". 
Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..  
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah. 

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan 
Anak Dr Mazlan

p/s: sila share beramai-ramai termasuklah kepada mana-mana ustaz jika tidak yakin.

Jumaat, 26 April 2013

#PRU13 . GEMPAR JAMNAPARI - HUSAM OH HUSAM DI MANA ANAK KAMBING KAMI? #TolakPR #BetterNation

Husam dan Jamnapari Berpisah Tiada ....

Hari ini Tok Nik mari demonstrasi (solat Jumaat ) di masjid besi putrajaya.
Mungkin terlalu rindukan si Husam dan anak kambing si Husam nama Jamnapari. 
Sejak Husam Jamnapari bercalun di Putrajaya, ramai yang bertanya apakah mampu Husam dengan kuasa kambingnya menawan Putrajaya seterusnya membuka laluan kepada DAP PKR PAS?

Atau Husam misai Hitler akan menjadi seorang penternak Jamnapari berjaya di Putrajaya dan meraih gelaran PETANI OF DA YEAR? Maklumlah di Kelantan beliau telah dikatakan gagal dalam projek Jamnapari.

Sebelum itu, bagi menjawab fitnah Husam Jamnapari , Pengarah JAWI bakal menyaman Husam Jamnapari berkaitan dengan fitnah pemecatan AJK Surau Abdul Rahman Auf. Laporan polis akan menyusul dan beliau tidak takut mengambil tindakan pada sesiapa yang cuba mencemar kesucian masjid~ laporan penuh lihat AGENDANEWS.

Kembali kepada persoalan di awal tadi, anda dengarkanlah klip video ini berkenaan hajat Husam Jamnapari misai Hitler hendak menjual Putrajaya.



UNDILAH BN JANJI DITEPATI 

HARI YANG MENYEDIHKAN, TIMB, PENGARAH KASTAM DI TEMBAK MATI DI PUTRAJAYA - ALFATIHAH.

shaharuddin
Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'uun
Takziah kepada keluarganya
Al Fatihah kepada Arwah. 

Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas Timbalan Pengarah Kastam di PUTRAJAYA. Agendaily melapurkan:-
Polis mengesahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Saharuddin Ibrahim, 58, maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di Putrajaya pagi ini.Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.Menurut laporan awal, mangsa ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali.Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara
Rakan bloga THE FLYINGKICK pula melaporkan:-
Mangsa, Dato Hj Sharuddin b. Ibrahim, Tim KP Bhg Perkastaman dan Cukai Dlm Negeri, 58th. Berlepas dari rumah di Intan Condo, Dengkil pd 0755 menghala ke pejabat. Guna Kereta Murano, duduk depan sebelah pemandu. Sampai perhentian trafik Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan jam 0815. Datang 2 suspek dgn motorbike lepaskan 3 tembakan. Kena leher. Pemandu kejar mangsa ke hospital Putra Jaya. Jam 0920 sah meninggal dunia. Perjalanan ke pejabat routine setiap hari dan masa yg sama. 
Setelah beberapa hari ini kita dikejutkan berita-berita bom meletop di Nibong Tebal, serangan bom petrol ke atas bilik gerakan BN , kematian wartawan Utusan Malaysia di Kelantan kini kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas Timbalan Pengarah Kastam di Putrajaya.

Sabtu lepas, kita mendengar berita yang disahkan oleh Zahid Hamidi mengenai 35 orang pengganas Kiram 3suku yang di tembak mati oleh pasukan tentera Laut Filipina. Bernama melapurkan:-
April 25, 2013 18:12 PM
Zahid Sahkan 35 Pengganas Sulu Ditembak Mati Oleh Tentera Laut Filipina
GEORGE TOWN, 25 April (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal pada Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri."Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya.Pada Selasa lepas, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.Sementara itu di Lahad Datu, Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom telah dimaklum mengenai kejadian itu dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Meskipun kejadian ini berlaku di luar kawasan perairan kita namun matlamat kumpulan pengganas itu adalah untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan serta kekacauan menjelang pilihan raya umum ke 13."Dalam apa juga keadaannya, kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan kawalan keselamatan telah dipertingkat," katanya kepada Bernama.Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas tindakan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas itu, yang disifatkannya sebagai langkah wajar dalam memastikan pengganas dari negara itu tidak menyeludup masuk ke Malaysia. Katanya, pasukan keselamatan Filipina telah memberikan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kegiatan pengganas.-- BERNAMA
Kita juga tahu mengenai Perancangan Jahat Anwar Ibrahim mahu menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam negara. Kita juga dapat membaca komen-komen biadap para macai DAP PKR PAS dalam mengulas semua kejadian yang melibat nyawa dan ancaman keselamatan dalam negara.

Selama 5 tahun kita melihat gerak kerja DAP PKR PAS, Majlis Peguam dan ngo-ngo pro DAP PKR PAS mencabar dan memperlekehkan intergriti PDRM dan pasukan keselamatan negara di mata rakyat. Rupanya mereka ada AGENDA JAHAT.

Namun begitu hamba menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar meletakkan kepercayaan penuh kepada PDRM dan pasukan keselamatan negara.

Sekarang anda faham kenapa DAP PKR PAS PSM MEMINTA AGAR ISA DIMANSUHKAN?

GAMBAR DI AMBIL DARI AKAUN FESBUK REJIMEN GERAK KHAS YANG MEMETIK SUMBER SUARA GENERASI BARU.

Khamis, 25 April 2013

#PRU13 - VIDEO KEMPEN TERHEBAT BN DI PARLIMEN K.LANGAT - MILIK BN ! #SayangiSelangor


Basikal Tinggi Yang diubahsuai Menjadi Bahan Kempen Paling Efektif Hanya di Parlimen Kuala Langat.




Seorang pembaca blog ambe telah mengirimkan gambar dan video di atas ke emel ambe. Menurut pengirim, gambar dan video di atas di rakam dalam kawasan Parlimen Kuala Langat, Pengirim juga mengatakan sentimen pengundi di sana kelihatan lebih banyak cenderung kepada Barisan Nasional berbanding pada PRU12. Semoga gambar dan video ini mampu meningkatkan semangat juang untuk merampas semula semua kerusi-kerusi daripada tangan DAP PKR PAS PSM.


Rabu, 24 April 2013

#PRU13 - VIDEO KARPAL SINGH JATUH TERSEMBAM MEMBAWA BERSAMANYA HARAPAN DAP PKR PAS #TolakPR.

Destinasi Terakhir DAP PKR PAS Menuju Ke Putrajaya ( Sebelom Sampai dan Insya Allahu Ta'ala , DAP PKR PAS Takkan sampai-sampai ke Putrajaya)

Mungkin kerana Gambaran DAP U TURN menyebabkan Karpal Singh Tersungkur Jatuh .



Balasan kepada kebiadapan dan keceluparan Karpal Singh kepada Tun Dr Mahathir. 


#PRU13 - JOM LAYAN WARNA-WARNI POSTAR KONFEM PARLIMEN & 3 DUN KUALA LANGAT BN PUNYA! #SayangiSelangor #BetterNation

Bilik Gerakan PKR .. 


Posta Nak Tak Nak Calun PAS 

Bendera BN Membirukan Semua Lokasi 


DAP akhirnya U-Turn Kepada BN.. Lampu Trafik Pun dah Tunjuk Tu !!!
2T = TIPAH TERTIPU !!!

Semuanya Sayang BN !!!


Sokongan Kepada BN 

Berkibar dan terus berkibar !

Membirukan Lanskap ... Ke pangkuan BN
Tenggelam PKR dan PAS Di Telan Biru !

PAS yang dah Tewas kepada Biru !!!!




Tercipta Untuk BIRU !

BIRU Memuncak Tinggi !
60 tahun lagi 

PERINGATAN :

MAIN-MAIN LEMPAR MOLOTOV KOKTEL TAK MAIN LER BRADER !

KEAMANAN
KESTABILAN
KEMAKMURAN 

BUKAN ' BOTOL MOLOTOV KOKTEL' !

#PRU13 - ANTARA KEJADIAN YANG AMAT DIKESALI - JAGALAH KEAMANAN @barisannasional @

KEAMANAN
KESTABILAN
KEMAKMURAN 

Itu adalah Tema Manisfesto Tambahan bagi BN Selangor.
Dalam beberapa hari ini kita dikejutkan dengan beberapa berita sensasi tapi tak berapa molek di dengar dek telinga kita.

Pertama kita mendengar bagaimana berlaku kekecohan di antara petugas DAP di DUN Sg Rapat Pewrak dengan petugas BN melibatkan YB Hamidah dan pemimpin DAP Loh Booh hapekenamanyer.

Kedua, kita mendengar provokasi di Bilik Gerakan di Putrajaya pula.

Ketiga kita mendengar bagaimana wartawan sambilan Utusan Malaysia meninggal dunia selepas terkena 'tumbukan' di dada nya daripada petugas PAS. 

Keempat kita mendengar pula berlaku kekecohan di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal.

Kesemuanya POLIS SEDANG SIASAT. 

Ambe nak peringatkan kepada semua yang ada, kita amat perlu menjaga dan memelihara KEAMANAN semasa berkempen. Tak ada faedah nya mencetuskan huru-hara dan menimbulkan ketegangan serta menakutkan pengundi.

Pengamal media sosial pula perlu sangat berhati-hati dalam penyebaran maklumat dan bahan kempen. Kita mahukan Proses Demokrasi (pengundian berlaku secara AMAN dan BERJAYA).

JAUHI PROVOKASI DAN TUNJUKLAH SIKAP MATANG DALAM BERPOLITIK!

Isnin, 22 April 2013

#PRU13 - LEE BOON CHYE , CHEGUBARD & PAS - BERTUMBUK BUKAN JALAN PENYELESAIAN KONFLIK #TolakPR

Gambar Hiasan Sahaja Cuma nak Tunjuk Muka Samseng Politik DAP Lee Boon Chye.

KISAH PERTAMA:
Lee Boon Chye - Samseng DAP & Unit Briged Aman BN Perak Lokasi Kejadian DUN Sg Rapat.
(sumber TOKGURU86)
PRU13 Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbuk Penyokong Pembangkang. #TolakPR
Kalau dah samseng, samseng juga kan? Panas beb PRU13 kali ini. Sikap samseng puak pembangkang semakin menjadi-jadi.
Kita pun tahu, pembangkang memang suka membuat provokasi yang akhirnya boleh meletuskan perbalahan antara dua pihak.
Terkini calon PKR Parlimen Gopeng Lee Boon Chye telah membuat laporan polis kononya beliau ditumbuk oleh calon DUN Sungai Rapat Dato' Hamidah Osman.
Kah Kah Kah!! Dayus beb.. Seorang lelaki kena bantai dengan seorang wanita. Kata hebat sangat, tapi pondan nak mampos. 
Persoalanya, betul ker Dato Hamidah Osman telah memukul Lee Boon Chye seperti laporan polis yang beliau dibuat? 
Begini ceritanya.. Pertama sekali, aku nak bagitahu pada semua, kita jangan lupa bahawa puak pembangkang memang suka buat provokasi melampau.
Bagaimana kes ini boleh bermula? Aku tulis kronologi di bawah ini untuk tatapan serta buatlah penilaian sendiri.
1. Penyokong PKR bersama Lee Boon Chye cuba mendirikan bilik Gerakan mereka sebelah bilik Gerakan BN Dun Sungai Rapat yang jaraknya tidak sampai 5 langkah.
2. Tidak jauh dari jarak bilik gerakan BN tersebut, terdapat banyak ruang tanah kosong yang boleh dirikan bilik gerakan PKR tanpa menganggu bilik gerakan BN yang sudah sekian lama wujud.
3. Ketika itu, hanya urusetia wanita BN yang jaga bilik gerakan tersebut dan mereka memberi cadangan kepada penyokong PKR supaya mendirikan bilik gerakan jauh sedikit dari bilik gerakan BN bagi memudahkan urusan keluar masuk kereta.
4. Penyokong PKR terdiri daripada orang cina dan India tetap berkeras untuk mendirikan bilik gerakan tersebut dan meninggikan suara terhadap urusetia wanita BN ketika itu sambil diperhatikan Lee Boon Chye.
5. Bimbang diserang oleh penyokong PKR yang bertindak kurang ajar, urusetia wanita BN menghubungi Briged Aman BN untuk datang ke tempat tersebut.
6. Keadaan menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak berperang mulut dan penyokong PKR tetap berkeras dan memilih untuk tidak berganjak.
7. Tidak berapa lama kemudian, Dato Hamidah Osman sampai ditempat kejadian dan ingin berbincang dengan cara baik dengan Lee Boon Chye.
8. Dengan nada suara yang lembut, Dato Hamidah Osman meminta agar perbincangan ini tidak dirakam oleh sesiapa pun baik di pihak BN mahupun pembangkang.
9. Pembangkang tetap berkeras dan menghalakan kamera untuk merakam perbincangan tersebut menyebabkan Dato Hamidah Osman cuba menepis kamera tersebut.
10. Sejurus itu, salah seorang penyokong PKR mula mengangkat tangan untuk menumbuk Dato Hamidah Osman.
11. Bagi mengelakkan Dato Hamidah ditumbuk, Briged Aman BN terus menerpa ke arah penyokong pembangkang tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan.
12. Akibat keadaan tidak terkawal, Lee Bon Chai juga turut di pukul oleh Briged Aman.
13. Lee Bon Cyhe buat laporan Polis mengatakan Dato Hamidah Osman pukul dia dan serang dia.
Clear? Bagi aku, kalau tidak ada cubaan provokasi oleh pihak pembangkang yang cuba dirikan bilik gerakan sebelah bilik gerakan BN semua ini tidak akan berlaku.
Bagi aku juga, kalau penyokong PKR tidak menghalakan muka kamera sewaktu perbincangan antara Dato Hamidah Osman dan Lee Boon Chai, insiden ini juga mungkin tidak berlaku.
Soalnya sekarang, siapa yang mulakan provokasi ini? Dan yang peliknya, kenapa Lee Boon Chye boleh buat laporan polis yang Dato Hamidah Serang dia?
Kah Kah Kah.. Kau yang serbu rumah orang, pastu kau plak kata orang terkam kamu. Kah Kah Kah. Aku setuju jer kalau Lee Boon Chye tu masuk wad CCU. Bodoh punya orang.

KISAH KEDUA:-
CheguBard & Unit Amal PAS , Lokasi Kejadian di Pusat Penamaan Calun.(sumber dari bloger arthemia - S.A.M.M punya bloger)


Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh
Assalamualaikum WBT,
Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut.
Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah pertindihan telah pun selesai.
Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008 bagi tidak membenarkan Umno menang percuma… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!
Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.
Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…
Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.
InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.
Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013…
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

MORAL OF DA DUA-DUA STORI:-

Konfem lah DAP PKR PAS memang parti SAMSENG POLITIK.
Kalau tak bergaduh dengan BN, diaorg akan bergaduh sesama sendiri seperti yang berlaku pada chegu Bard. Memang ler puak depa tu terlalu terkenal dengan ciri-ciri Samseng Jalanan. Keganasan adalah budaya amalan mereka. 



#PRU13 - PAS KUALA LANGAT ANGKAT BENDERA PUTIH BERHADAPAN ZURIHAN CALUN BN DUN SIJANGKANG #TolakPR #BetterNation

Perarakan besar-besaran mengiringi calun-calun BN di Parlimen Kuala Langat.

Calun-calun BN di Parlimen Kuala Langat, Zurihan berbaju Melayu putih memegang beg (Tengah)

TERKINI daripada Parlimen Kuala Langat. 

Jentera PAS di Parlimen Kuala Langat kegusaran dan hilang semangat 'juang' mereka berhadapan dengan calun BN di DUN Sijangkang N.51. Ini diakui sendiri oleh jentera PAS di SIjangkang. Pada mulanya PAS menjangka BN akan menamakan pimpinan kanan UMNO Kuala Langat untuk bertanding di DUN Sijangkang. PAS sudah mengwar-warkan mereka bakal mendapat kemenangan mudah!

Apabila cikgu Zurihan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang dicalunkan, jentera PAS terus hilang semangat juang! Di saat-saat akhir jentera PAS terpaksa ubah strategi dan helah mereka. Kini segala peluru yang disediakan oleh jentera PAS sudah tak berguna lagi kerana calun BN bukan orang yang mereka duga selama ini.

"Betul-betul kami terkena kali nie" kata seorang jentera PAS di DUN Sijangkang kepada sumber kami semasa bersembang di salah sebuah bilik gerakan PAS di Pekan Sijangkang.

Terpaksalah jentera PAS merekacipta fitnah-fitnah kurang masak ramuannya terhadap calon BN di N.51 tersebut. Kononnya ada jentera BN yang memboikot beliau. Menurut jentera BN di DUN Sijangkang dan semua ketua PDM di seluruh DUN Sijangkang, mereka sememangnya menantikan pencalonan cikgu Zurihan. Pencalunan cikgu Zurihan mendapat restu dan sokongan kuat daripada akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan bahagian Kuala Langat. 

"Biasa lah bro, orang PAS dah goyang bila Zurihan yang bertanding" ujar seorang 'Orang Kuat'  jentera BN setempat yang mengeteh bersama ambe sebentar tadi. 

Cikgu Zurihan bertanding melawan Dr Yunus dari PAS. Beliau adalah anak tempatan yang sudah lama dikenali penduduk di situ. 

Zurihan seringkali dijadikan imam solat oleh ahli akar umbi UMNO bila ada acara dan majlis.

Ahad, 21 April 2013

#PRU13 - HELO ADA SESAPE TERNAMPAK TAK MANIFESTO TAMBAHAN NEGERI-NEGERI? @barisannasional @NajibRazak





Setakat pada hari ini, ambe dapati MANIFESTO BN (PUSAT) dan MANIFESTO TAMBAHAN NEGERI SELANGOR YANG PALING BANYAK DAN MUDAH DIDAPATI .

MANIFESTO TAMBAHAN NEGERI-NEGERI YANG AGAK 'SEGAN' MUNCUL DI MEDIA SOSIAL :-

P.PINANG
PERLIS
KELANTAN
TERENGGANU
PAHANG
NEGERI SEMBILAN
MELAKA 
JOHOR
PERAK
KEDAH 
SABAH
SARAWAK

SORI TO SAY LAH kan ... 

MANIFESTO BN ADALAH AKUJANJI BN ... di peringkat PUSAT dah OK ... bagaimana pula di peringkat NEGERI-NEGERI?

TAKUT NAK BER-AKUJANJI ker?


#PRU13 SATU KESILAPAN PALING BESAR MENGGABUNGKAN KERUSI DAP PKR PAS DI ATAS ANDAIAN JENAMA PR #TolakPR #BetterNation


MYMASSA telah mengeluarkan artikel paling menarik dan da-bom lah.

Ambe bersetuju benarlah dengan segala hujahan dan poin-poin yang terkandung di dalam artikel tersebut.


Selama ini, DAP PKR PAS mengaburi minda dan hati rakyat Malaysia dengan penipuan jenama dan label PAKATAN RAKYAT yang tak wujud samasekali.

PR tak pernah didaftarkan di SPR dan R.O.S. 
PR tak PERNAH BERTANDING SEBAGAI SEBUAH ENTITI MEWAKILI DAP PKR PAS DALAM PRU 12 DAN PRU 13 .

AKTA PILIHANRAYA hanya menyebut PIHAK YANG MENANG BANYAK KERUSI SEBAGAI PIHAK MENANG DAN BUKAN GABUNGAN BANYAK KERUSI. kena paham betul-betul frasa tersebut. 

Tidak bermakna jika BN menang kerusi kurang dari Majoriti Mudah, BN tak boleh di isytihar sebagai PEMENANG. Kerana BN masih mendahului mana-mana parti politik dari segi BILANGAN KERUSI TERBANYAK.

Paling penting dan peri mustahak ialah BN bertanding mewakili kesemua parti komponennya dan bertindak sebagai sebuah entiti sah berdaftar dengan ROS DAN SPR BERBANDING JENAMA HARAMJADAH PR.

Hanya formulir BN sahaja sah terpakai bagi perundangan Negara. 
Formulir PR tidak sah dan tidak terpakai bagi Perundangan Negara.

Pada saat selesai SPR mengira UNDI di semua PUSAT PEMBUANGAN UNDI - TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN KERUSI YANG DIMENANGI DAP PKR PAS SEBAGAI JENAMA 'PAKATAN RAKYAT'. KERANA PAKATAN RAKUAT TAK BERTANDING DAN TIDAK BERDAFTAR DENGAN SPR DAN ROS.

bersambung/.....


Sabtu, 20 April 2013

#PRU13 - LAWAK PADA HARI PENAMAAN CALON @barisannasional #BetterNation





Ehem dengar cerita BN sudah mendahului ..... 

#PRU13 HARI PENAMAAN CALUN, & PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT @barisannasional

Gambar ini dari Fesbuk

 Gambar Ini dari Utusan Malaysia Online 



SPR masih belum lagi mengumumkan nama-nama calun yang bertanding dan sedang memperoses semua penamaan calun-calun. Ada setengah tempat berlaku pertandingan 6 penjuru seperti di Kajang. Mujurlah takde pertandingan sampai 222 penjuru bagi satu kawasan Parlimen. 

Antara yang terhangat di pasaran semasa penamaan calun ialah berlakunya penarikan diri calun-calun bebas di saat akhir. Adanya calun bebas dari pihak DAP PKR PAS yang tak dicalunkan. 

Di Shah Alam, Khalid Samad bertembung dengan Zulkifli Nordin selaku calun bebas di atas tiket BN.  Bilangan Calun Bebas dijangkakan lebih ramai di sebelah pihak DAP PKR PAS terutamanya daripada PKR, (ramai yang bengang dengan cara kuku besi Anwar Ibrahim, Azmin Ali).

Di pihak BN pula mana-mana ahli yang bertanding sebagai Calun Bebas akan dikenakan tindakan displin. Berita yang masih belum disahkan ialah mengenai Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calun bebas. 

Di Parlimen Kuala Langat, berlaku pertandingan 3 penjuru di antara BN, PKR dan BEBAS.

Pada waktu-waktu beginilah media sosial memainkan peranan terpenting menyebarkan maklumat terkini di semua pusat pencalonan seluruh negara. Terutama sekali dalam penyebaran gambar-gambar menarik dan gelagat penyokong. Gambar-gambar calun juga penting untuk disebarkan. 

Selepas ini kita tunggu lah pengumuman SPR ke atas calun-calun yang disahkan bertanding di seluruh negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...