Nilai Sebenar DAP, PKR , PAS & PSM.
Menurut rakan bloga, Pisau, Bilik Gerakan Utama DAP mengesahkan mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang dengan komposisi 21:19. Tetapi mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen. Kecualilah kesemua pengundi Melayu, India dan 20% pengundi Cina mengundi Barisan Nasional maka komposisi 21:19 adalah milik Barisan Nasional.
Rata-rata, pengundi India dan Melayu sudah serik melakukan undi protes kerana terpedaya dengan amalan perkauman dan hipokrasi DAP. Tinjauan baru-baru ini ke Pulau Pinang, ambe mendapati sentimen pengundi semakin menjauhi DAP, PKR dan PAS. Di Seberang Prai, Butterworth, Kepala Batas dan Permatang Pauh, ramai sudah bersemangat mahu memberikan 'Pengajaran Pahit' buat Guan End. Apa yang membanggakan ialah penguasaan bendera Barisan Nasional membirukan suasana di Pulau Pinang.
Ambe yakin dan percaya dengan usaha berlipat kali ganda oleh jentera pilihanraya BN yang ambe sendiri dapat tengok, maka TIDAK MUSTAHIL PULAU PINANG KEMBALI KE BARISAN NASIONAL. Tapi kena kerja kuat lah.
DAP bukan berada dalam keadaan selesa dan selamat kerana mereka sendiri pun berada dalam kancah pertelingkahan dalaman yang serius. BARISAN NASIONAL semakin menghampiri mereka. DAP tidak mampu mengharap kepada PKR dan PAS. Setakat ini DAP hanya mampu berpuashati untuk menyedapkan hati sahaja. Apasaja boleh berlaku. Lagipun episod menguris hati anak tempatan DAP yang di rampas 'hak' mereka kepada jawatan Ketua Menteri masih menjadi luka terus berdarah. Luka berdarah itu bertambah parah oleh perkecohan di antara ahli India DAP dengan Guan End.
Apapun jentera Barisan Nasional perlu mengawasi dan mempertingkatkan lagi usaha. Semakin kuat semangat jentera Barisan Nasional semakin cerah harapan dan peluang untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang, insya Allahu Ta'ala.
Inilah masanya nak pulang paku buah keras kepada kesombongan dan keangkuhan Dinasti Kit Siang dalam DAP. Suatu pengajaran yang tidak akan dilupakan oleh mereka dan suatu kemenangan bagi rakyat Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan