Isnin, 22 April 2013

#PRU13 - PAS KUALA LANGAT ANGKAT BENDERA PUTIH BERHADAPAN ZURIHAN CALUN BN DUN SIJANGKANG #TolakPR #BetterNation

Perarakan besar-besaran mengiringi calun-calun BN di Parlimen Kuala Langat.

Calun-calun BN di Parlimen Kuala Langat, Zurihan berbaju Melayu putih memegang beg (Tengah)

TERKINI daripada Parlimen Kuala Langat. 

Jentera PAS di Parlimen Kuala Langat kegusaran dan hilang semangat 'juang' mereka berhadapan dengan calun BN di DUN Sijangkang N.51. Ini diakui sendiri oleh jentera PAS di SIjangkang. Pada mulanya PAS menjangka BN akan menamakan pimpinan kanan UMNO Kuala Langat untuk bertanding di DUN Sijangkang. PAS sudah mengwar-warkan mereka bakal mendapat kemenangan mudah!

Apabila cikgu Zurihan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang dicalunkan, jentera PAS terus hilang semangat juang! Di saat-saat akhir jentera PAS terpaksa ubah strategi dan helah mereka. Kini segala peluru yang disediakan oleh jentera PAS sudah tak berguna lagi kerana calun BN bukan orang yang mereka duga selama ini.

"Betul-betul kami terkena kali nie" kata seorang jentera PAS di DUN Sijangkang kepada sumber kami semasa bersembang di salah sebuah bilik gerakan PAS di Pekan Sijangkang.

Terpaksalah jentera PAS merekacipta fitnah-fitnah kurang masak ramuannya terhadap calon BN di N.51 tersebut. Kononnya ada jentera BN yang memboikot beliau. Menurut jentera BN di DUN Sijangkang dan semua ketua PDM di seluruh DUN Sijangkang, mereka sememangnya menantikan pencalonan cikgu Zurihan. Pencalunan cikgu Zurihan mendapat restu dan sokongan kuat daripada akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan bahagian Kuala Langat. 

"Biasa lah bro, orang PAS dah goyang bila Zurihan yang bertanding" ujar seorang 'Orang Kuat'  jentera BN setempat yang mengeteh bersama ambe sebentar tadi. 

Cikgu Zurihan bertanding melawan Dr Yunus dari PAS. Beliau adalah anak tempatan yang sudah lama dikenali penduduk di situ. 

Zurihan seringkali dijadikan imam solat oleh ahli akar umbi UMNO bila ada acara dan majlis.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...