Gambar Hiasan Sahaja Cuma nak Tunjuk Muka Samseng Politik DAP Lee Boon Chye.
KISAH PERTAMA:
Lee Boon Chye - Samseng DAP & Unit Briged Aman BN Perak Lokasi Kejadian DUN Sg Rapat.
(sumber TOKGURU86)
KISAH KEDUA:-PRU13 Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbuk Penyokong Pembangkang. #TolakPRKalau dah samseng, samseng juga kan? Panas beb PRU13 kali ini. Sikap samseng puak pembangkang semakin menjadi-jadi.Kita pun tahu, pembangkang memang suka membuat provokasi yang akhirnya boleh meletuskan perbalahan antara dua pihak.Terkini calon PKR Parlimen Gopeng Lee Boon Chye telah membuat laporan polis kononya beliau ditumbuk oleh calon DUN Sungai Rapat Dato' Hamidah Osman.Kah Kah Kah!! Dayus beb.. Seorang lelaki kena bantai dengan seorang wanita. Kata hebat sangat, tapi pondan nak mampos.Persoalanya, betul ker Dato Hamidah Osman telah memukul Lee Boon Chye seperti laporan polis yang beliau dibuat?Begini ceritanya.. Pertama sekali, aku nak bagitahu pada semua, kita jangan lupa bahawa puak pembangkang memang suka buat provokasi melampau.Bagaimana kes ini boleh bermula? Aku tulis kronologi di bawah ini untuk tatapan serta buatlah penilaian sendiri.1. Penyokong PKR bersama Lee Boon Chye cuba mendirikan bilik Gerakan mereka sebelah bilik Gerakan BN Dun Sungai Rapat yang jaraknya tidak sampai 5 langkah.2. Tidak jauh dari jarak bilik gerakan BN tersebut, terdapat banyak ruang tanah kosong yang boleh dirikan bilik gerakan PKR tanpa menganggu bilik gerakan BN yang sudah sekian lama wujud.3. Ketika itu, hanya urusetia wanita BN yang jaga bilik gerakan tersebut dan mereka memberi cadangan kepada penyokong PKR supaya mendirikan bilik gerakan jauh sedikit dari bilik gerakan BN bagi memudahkan urusan keluar masuk kereta.4. Penyokong PKR terdiri daripada orang cina dan India tetap berkeras untuk mendirikan bilik gerakan tersebut dan meninggikan suara terhadap urusetia wanita BN ketika itu sambil diperhatikan Lee Boon Chye.5. Bimbang diserang oleh penyokong PKR yang bertindak kurang ajar, urusetia wanita BN menghubungi Briged Aman BN untuk datang ke tempat tersebut.6. Keadaan menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak berperang mulut dan penyokong PKR tetap berkeras dan memilih untuk tidak berganjak.7. Tidak berapa lama kemudian, Dato Hamidah Osman sampai ditempat kejadian dan ingin berbincang dengan cara baik dengan Lee Boon Chye.8. Dengan nada suara yang lembut, Dato Hamidah Osman meminta agar perbincangan ini tidak dirakam oleh sesiapa pun baik di pihak BN mahupun pembangkang.9. Pembangkang tetap berkeras dan menghalakan kamera untuk merakam perbincangan tersebut menyebabkan Dato Hamidah Osman cuba menepis kamera tersebut.10. Sejurus itu, salah seorang penyokong PKR mula mengangkat tangan untuk menumbuk Dato Hamidah Osman.11. Bagi mengelakkan Dato Hamidah ditumbuk, Briged Aman BN terus menerpa ke arah penyokong pembangkang tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan.12. Akibat keadaan tidak terkawal, Lee Bon Chai juga turut di pukul oleh Briged Aman.13. Lee Bon Cyhe buat laporan Polis mengatakan Dato Hamidah Osman pukul dia dan serang dia.Clear? Bagi aku, kalau tidak ada cubaan provokasi oleh pihak pembangkang yang cuba dirikan bilik gerakan sebelah bilik gerakan BN semua ini tidak akan berlaku.Bagi aku juga, kalau penyokong PKR tidak menghalakan muka kamera sewaktu perbincangan antara Dato Hamidah Osman dan Lee Boon Chai, insiden ini juga mungkin tidak berlaku.Soalnya sekarang, siapa yang mulakan provokasi ini? Dan yang peliknya, kenapa Lee Boon Chye boleh buat laporan polis yang Dato Hamidah Serang dia?Kah Kah Kah.. Kau yang serbu rumah orang, pastu kau plak kata orang terkam kamu. Kah Kah Kah. Aku setuju jer kalau Lee Boon Chye tu masuk wad CCU. Bodoh punya orang.
CheguBard & Unit Amal PAS , Lokasi Kejadian di Pusat Penamaan Calun.(sumber dari bloger arthemia - S.A.M.M punya bloger)
Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg AchehAssalamualaikum WBT,Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut.Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah pertindihan telah pun selesai.Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008 bagi tidak membenarkan Umno menang percuma… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.Sekian pengamatan saya 20 April 2013…Edy Noor ReduanAktivis BloggerSolidariti Anak Muda Malaysia
MORAL OF DA DUA-DUA STORI:-
Konfem lah DAP PKR PAS memang parti SAMSENG POLITIK.
Kalau tak bergaduh dengan BN, diaorg akan bergaduh sesama sendiri seperti yang berlaku pada chegu Bard. Memang ler puak depa tu terlalu terkenal dengan ciri-ciri Samseng Jalanan. Keganasan adalah budaya amalan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan