Isnin, 2 April 2012

PKR & PAS SELANGOR SOAL MURTAD PERKARA KECIL , HASAN ALI DEDAH VIDEO MENGENAINYA.


KERANA mmepertahankan akidah umat Islam, Hasan Ali di pecat dari PAS tanpa diberikan hak bersuara untuk mempertahankan dirinya. Kerana isu murtad jugalah PAS kehilangan portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan di pegang oleh seorang jahil bernama Khalid G daripada sebuah parti yang memperjuangkan Pluralisma (PKR). Kerana itulah isu murtad di anggap kecil sahaja oleh PKR dan PAS Selangor. Malahan , PKR Selangor sekali lagi menegaskan dasar Pecah & Perintah mereka melalui jawapan Khalid G mengenai isu murtad dalam sidang DUN tempohari. 


Hasan Ali pernah berkata :-
Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.
Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan. Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.
Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini. Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120) "Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"
Taman Tun Dr Ismail30 Mac 2012
Pada hari ini sedang berlangsung satu sidang akhbar di rumah kediaman Hasan Ali dan dikatakan Hasan Ali membuat pendedahan klip video yang menunjukkan kegiatan murtad benar-benar berlaku di Selangor. Pendedahan yang amat ditakuti oleh DAP dan beberapa pemimpin PKR dan PAS yang bersengkongkol dengan DAP dalam gerakan kristianisasi di Selangor. Kita tunggu !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasan ali tak payah dok laung2 yg dia seorang yg perjuang anti-murtad, banyakkan dakwah & bantuan kepada golongan sasaran misionari kristian tu..... kerja agama ini tak perlu asyik dok dabik dada yg aku saja yg baik.... Allah Maha Mengetahui & Adil.

Kalau dah ada bukti sejak 2002 lagi mengapa tak dakwa dimahkamah awal2 sebelum PRU12, Mac 200? Masa itu UMNO berkuasa, apa yg UMNO buat sebelum ini?

Semacam saja gelagat selepas ditolak pendekatan "ala-talibannya" semasa diberi sedikit kuasa. Umat muslimin sentiasa dipupuk dengan perjuangan untuk Allah, Rasul & Islam (ARI), tapi sekarang Hassan berjuang untuk IMR yg menyekutukan Islam dengan assobiyah Melayu & taksub Raja. Sedangkan Islam menyeru seluruh manusia, Melayu dan Raja supaya semua akur kepada Allah, Rasul & Islam!Islam for All.

Hassan ali ni berdakwah ke, berdakyah?
Umat muslimin patut sedar muslihat & fahaman songsang individu seperti ini!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...