Isnin, 2 April 2012

DAP KEDAH KATA PKR KEDAH TOLOL- PERANG DALAMAN PAKATANISTA.



ALOR SETAR 31 Mac - DAP Kedah membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu kerana enggan berbincang soal pengagihan kerusi bagi calon-calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, pihaknya kesal apabila PKR bertindak terus menyerahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk membuat keputusan sedangkan DAP Kedah sepatutnya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu.

"Mereka (PKR) yang tidak mahu duduk berbincang bukan kita (DAP), kita boleh berbincang tetapi sekarang perkara ini telah dibawa ke peringkat pusat maka bukan pakatan rakyat negeri yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Guan Aik mengulas mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan PKR yang semakin panas apabila DAP dan PKR terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan dua bulan lalu.

Kerusi yang menjadi perebutan PKR dan DAP, termasuk Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Derga.Pada pilihan raya lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi DUN Derga akibat enggan mengalah.

Guan Aik berkata, pihaknya juga sedang mengikuti perkembangan isu itu dan masih tertunggu-tunggu keputusan daripada kepimpinan pusat.

Sebelum itu, beliau dilaporkan berkata, DAP tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon DAP di kerusi-kerusi yang ditandingan PKR bagi membolehkan pertandingan tiga penjuru.Menurutnya, langkah itu diambil jika keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak memuaskan hati DAP negeri. - UM.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...