Isnin, 2 April 2012

VIDEO : DR RANI LEBIH PENTINGKAN UNDI DARIPADA AKIDAH-DR HASAN ALI.


Dr. Rani Pesuruhjaya PAS Selangor mengakui bahawa isu murtad tak penting bagi perjuangan PAS. Apa yang penting bagi PAS ialah undi sahaja. Begitulah jauh tersasarnya kepimpinan PAS Selangor dan PAS Pusat pada masakini. Kini perjuangan PAS hanya mementingkan undi. Peduli apa dengan nasib berjuta umat Islam yang dimurtadkan oleh DAP sekutu politiknya. Mengembalikan semula umat Islam dari kemurtadan kepada keimanan itu tidak penting. Apa guna orang PAS bersolat 5 waktu sehari semalam? Apa guna orang PAS berpuasa di bulan Ramadan? Apa guna orang PAS mengucap 2 kalimah syahadah jika kalimah yang dua itupun PAS tak mampu nak pertahankan dalam ruang litup wilayah sekecil Selangor? Apa guna orang PAS memakmurkan masjid jika mereka tak mampu membawa kemakmuran masjid itu tersebar luas di kalangan orang awam di luar masjid? Orang PAS sanggup melakukan apajua asalkan mereka dapat kuasa. Tidak ada lagi tatatertib dan tidak ada lagi adab sopan bagi PAS mencapai matlamat tersebut. PAS sudah melampaui batasan. Kerana itulah PAS wajib di bantah dan di tentang skeeras-kerasnya sehingga mereka kembali semula ke pangkal jalan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...