Isnin, 2 April 2012

KERAJAAN BN ZALIM ???


Antara dasar fiskal yang diamalkan oleh kerajaan BN sejak dulu ialah menanggung subsidi bagi mengawal harga barangan keperluan. Wang yang dibelanjakan untuk tanggungan subsidi bukanlah sedikit walaupun wang tersebut adalah dana awam. Ianya diamalkan kerana kerajaan BN tidak mahu menzalimi dan membebankan rakyat. Kerajaan BN mahu rakyat berada dalam keadaan selesa yang membolehkan rakyat maju ke hadapan dan meningkat naik dalam ekonomi.

Ramai tak nak bertanya pula, ke mana perginya wang subsidi tersebut? Takkan masuk ke dalam poket pemimpin dan kroni BN kot? Wang tersebut di bayar kepada pengilang dan pengeluar barangan yang disubsidikan. Adalah mustahil semuanya merupakan kroni pemimpin BN.

Hamba fikir eloklah MEKANISMA SUBSIDI yang diamalkan oleh kerajaan BN ini diperjelaskan dan diterangkan dengan betul. Ini kerana bagi pembayaran subsidi yang di buat sudah tentu ada bukti-bukti dokumen pembayaran kepada pihak-pihak berkenaan.

Antara perkara-perkara yang kerajaan BN patut dedahkan di dalam MEKANISMA SUBSIDI kepada pengetahuan orang awam ialah:-
  1. Perjanjian bertulis di antara kerajaan dengan pengeluar/ pengilang barangan yang terbabit;
  2. Bukti-bukti pembayaran subsidi kepada penerima pembayaran subsidi
  3. Senarai pengeluar dan pengilang barangan yang selama ini menerima pembayaran subsidi
  4. Mekanisma penentuan kadar subsidi
  5. Kebaikan dan keburukan subsidi dalam masa jangkapanjang dan jangkapendek kepada ekonomi negara.
Bila bercerita mengenai subsidi ini elakkan lah bercerita seoalah-olah rakyat yang terhutang budi kepada kerajaan. Sebaliknya tumpukan dan tekankan dari aspek ketelusan, kredibiliti dan akauntabiliti sesebuah kerajaan kepada rakyat. Amalan polisi subsidi ini sebenarnya tanda kerajaan yang mengamalkannya berterimakasih kepada rakyat kerana mengundinya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...