Isnin, 9 Januari 2012

901- PASCA KEPUTUSAN , LETUPAN BOM & ADAM ADLI DI GANTUNG 3 SEMESTER.


Pasca Keputusan 901. Yang Arif Hakim Datuk Zabidin Md Diah mendapati tidak cukup bukti sokongan untuk mensabitkan hukuman. Oleh itu Anwar Ibrahim dibebaskan. Rayuan masih terbuka. Keputusan itu telah di sambut dengan sorakan oleh peserta demo 901 dan letupan bom koktel molotof. Naib Presiden Cabang Lembah Pantai pula di serang sakit jantung di lokasi demo. Itu adalah yang menarik. Segala klip video mengenai peristiwa tersebut anda semua boleh lawati di youtube di pautan ini PDRMsia. Saksikan sendiri puas-puas. 

Hamba tertanya mengenai insiden koktel molotof tersebut. Mujurlah keputusan mahkamah memihak kepada PKR. Jika tidak, pastilah insiden letupan bom dan Naib Presiden PKR di serang angin ahmar pasti menjadi bahan kutukan dan cacian pakatan kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL. 

Adam Adli pun di gantung 3 semester pengajian. Sesia sahaja beliau berdemo untuk membela Anwar Ibrahim. Kini terbukti kepada semua segala fitnah mega dan dakyah pakatan selama ini. anda perlu membaca artikel tulisan Zulkifli Nordin mengenainya di sini ZUL4KULIM.

Ezam Md Noor tetap dengan pendirian beliau mengenai kelakuan sumbang Anwar Ibrahim. Di dalam kes liwat II Anwar Ibrahim ini , seluruh jentera pakatan menyerang seorang mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari. 

Hamba lontarkan satu persoalan di sini kepada semua, adakah Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...