Isnin, 9 Januari 2012

BULAN GERHANA DI SELANGOR.


Apabila Hasan Ali merampas bir , Ronnie Liu mengamok. Bila Hasan Ali mengakui adanya bai'ah talak tiga,  PAS merasa malu. Bila Hasan Ali menarik balik tauliah semua ahli PAS, Khalid Samad mula berdendam. Bila Hasan Ali mahukan perpaduan, PKR dan DAP mengarok. Bila Hasan Ali pertahankan kalimah Allah, Khalid Samad menjadi berang. Bila Hasan mempertahankan akidah, DAP mula menghasut. Bila Hasan Ali menegur landasan perjuangan puak Erdogan PAS, sekali lagi Khalid Samad mengamok. Tapi bila Hasan Ali mengkritik 'Imam Mahdi' kesayangan PKR dan 'Nabi Palsu' PAS, Hasan Ali di pecat.

Impak dari pemecatan Hasan Ali seramai 100,000 orang ahli PAS Selangor terutama di Kelang telah mengisytiharkan keluar PAS. Di jangka lebih ramai lagi ahli PAS mengikuti jejak langkah rakan mereka tersebut. Pemecatan Hasan Ali merupakan satu rahmat kepada perpaduan umat Melayu Islam.

Kepada ahli dan penyokong PAS yang pro Erdogan pemecatan Hasan Ali adalah wajar dan munasabah. Hakikatnya, pemecatan Hasan Ali merupakan suatu petanda bahawa Pakatan merupakan suatu pakatan yang tidak direstui. Tahniah Hasan Ali !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

akuYang1 berkata...

Assalamu'alaikum. Yang benar adalah Al Quran dan As Sunnah Rasul SAW dengan sesiapa yang memperjuangkan KEBENARAN yang termaktub di dalam Kitabullaah dan Kitab Hadiths Nabi Muhammad SAW. Yang selainnya adalah penipuan belaka. Akhirnya akan terdedah juga kepalsuan walaupun di baluti dengan jubah dan ikat dengan kain serban dan di gantung dengan jangut yang panjang. Astaghfirullaah. Ya Allaah, ampunkan dosa-dosa kami kerana telah subahat selama ini. Ampunkan kami kerana terlampau taksub kepada jubah, serban & jangut yang panjang tanpa merujuk kepada KalamMU dan Kalam RasulMU.Sungguh Engkau Maha Pengampun Maha Penyayang. Amiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...