Isnin, 9 Januari 2012

KEMASKINI STATUS 901. - Jam 3.54 pagi- 6.00 pagi


Mulai jam 3.54 pagi tadi, hujan renyai-renyai di sekitar kawasan kompleks mahkamah jalan Duta. Sudah kelihatan sebuah van membekalkan makanan dan minuman berparkir di parkir luar Masjid WPKL. Kelihatan sebuah motorsikal sentiasa berpusing dan berhenti di persimpangan lampu trafik ke arah jalan masuk utama ke kompleks mahkamah jalan Duta. Kelihatan juga sebuah kereta Sinar Harian yang berparkir di depan bangunan Matrade. Di medan selera pula terdapat banyak motorsikal dan anak-anak muda berkeliaran. Kawasan sekitar masih lagi tenang. Tidak ada sekatan jalanraya. Polis masih mengawal jalan masuk utama.

Pada 6.00 pagi rakan bloger Double Y mengatakan Tian Chua sudah tiba dan melepak di medan selera. Sudah kedengaran laungan 'reformasi'. Manakala wartawan mula membanjiri kawasan sekitar.Huh balik-balik muka Cina PKR si penghasut itu juga yang mengepalai anak-anak muda Melayu merusuh. Bebal juga anak-anak ikan Anwar Ibrahim mematuhi arahan si Cina PKR penghasut yang pernah gigit telinga polis.

Azmin Ali si penipu besar dan tidak berhemah dijangkakan tiba dengan rombongan bas. Namun pemantauan pada jam 3.54 pagi tadi setelah mengekori sebuah motorsikal yang berhenti dan menghantar sms, didapati bahawa satu rombongan perarakan berjalan kaki akan muncul dari arah Sri Hartamas dan Dutamas. Diyakini satu percubaan memasuki kawasan kompleks mahkamah jalan Duta melalui pintu belakang di mana aksi berbaring di atas jalan akan diadakan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...