Jumaat, 29 Julai 2011

JEMPUTAN KELUAR PULAU PINANG DARIPADA DAP KEPADA MELAYU, INDIA, CINA & MAMAK.


PEMBERSIHAN ETNIK biasanya dikaitkan dengan pembunuhan ngeri secara beramai-ramai dan dibuktikan dengan keuwjudan kubur panjang, sebenarnya tidak, Ianya boleh dilakukan tanpa jenayah pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di BOSNIA-HERZEGOVINA tidak lama dulu. Salah satu tindakan proaktif pembersihan etnik ialah membuat jemputan keluar kepada kumpulan etnik tertentu dari sesuatu kawasan kediaman tradisi etnik tersebut. Ini termasuklah penutupan peluang kepada etnik berkenaan menduduki sesebuah pertempatan. Jemputan Halau Keluar tersebut boleh dilakukan secara bersahaja dan berselindung di sebalik wajah pembangunan kediaman mewah berkos tinggi seperti yang terjadi di Pulalu Pinang di bawah pentadbiran kelompok elitis Buorgeois Sosialis Cauvinis DAP yag diketuai oleh LIM GUAN ENG sebagai KETUA MENTERI YANG PALING CELAKA DALAM SEJARAH (meminjam label yang diberikan oleh bloger PISAU ). 

Perbezaan antara polisi kuota Bumiputera dengan polisi pembersihan etnik yang dilakukan oleh elitis bourgeois sosialis demokrat cauvinis DAP dalam hal pemilikan hartanah rumah kediaman di dalam sesuatu kawasan adalah seperti berikut:-

1. Kuota pemilikan Bumiputera dilaksanakan bertujuan bagi mengimbangi konsentrasi ekslusitivi kependudukan di dalam sesebuah kawasan dikuasai oleh sesuatu etnik sahaja kerana kwujudan konsentrasi ekslusiviti tersebut bakal menyebabkan jurang perbezaan sosial yang amat ketara. Ini menyukarkan proses integrasi kaum.


Manakala, polisi pembersihan etnik oleh pentadbiran elitis bourgeois sosialis demokrat cauvinis DAP ialah mengujudkan konsentrasi ekslusiviti penempatan khusus untuk sesuatu kaum tanpa memikirkan keseimbangan kependudukan antara etnik. Ianya bertujuan untuk melebarkan lagi jurang perbezaan struktur sosial yang lebih berpihak kepada golongan bermerit secara terpilih.




2. Kuota pemilikan Bumiputera meletakkan suatu pemantauan dan pengawasan ke atas syarikat-syarikat pemaju hartanah (majoritinya dimiliki oleh etnik Cina Malaysia) suatu tanggungjawab sosial kepada etnik lain untuk membina rumah mampu beli di samping sebagai mekanisma pengawalan harga hartanah.


Manakala, polisi pembersihan etnik oleh pentadbiran elitis buorgeois sosialis demokrat cauvinis DAP, melakukan sebaliknya yakni mengujudkan jurang ketara antara miskin dan kaya dalam struktur sosial. Tiada pemantauan dan pengawasan untuk menguatkuasakan tanggungjawab sosial kepada etnik lain ke atas syarikat-syarikat pemaju hartanah. 




Kelompok elitis buorgeois sosialis demokrat cauvinis DAP hanya mementingkan keadilan sosial dan penstrukturan semula sosial berdasarkan meritokrasi terpilih cenderung kepada ciri utama rasisma yang tidak berpihak kepada golongan yang tidak mempunyai merit.


Orang Melayu, Cina, India dan Mamak di Pulau Pinang telahpun menerima banyak jemputan keluar Pulau Pinang daripada pentadbiran elitis bourgeois sosialis demokrat cauvinis DAP melalui pembangunan hartanah mewah. Begitu zalimnya pentadbiran elitis bourgeois sosialis demokrat DAP sehinggakan tiada sebatang pokok pun ditinggalkan di dalam kawasan urban yang boleh dijadikan Rumah Kediaman oleh orang Melayu. 









TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...