Khamis, 1 Disember 2011

WINNABLE, WANNABE, CABLE & MANCHURIA CANDIDATE WHAT IS THE FUSS ALL ABOUT?

IN POLITICS, NUMBER ARE MATTER BUT MIND OVER MATTER PLEASE. 



svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604?) ekādaśī śu-
klapakşa vulan vaiśākha ḍapunta hiya<ṃ> nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha ḍapunta hiya<ṃ> maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n> <...>
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua <...>
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa <...>





Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605
Sebelas hari Bulan Waisyaka. Baginda naik kapal
Mencari untungnya pada tujuh hari
Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
Tamvan membawa bala dua laksa dengan <...>
Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap
Sukacita. Di lima hari Bulan <...>
Belayar mudik datang membuat benua <...>
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


MALAYSIA ialah unik dan tersendiri. Boleh dikatakan semua teori politik yang terpakai tidak terpakai di Malaysia. Faktor X dan Y bagi kemenangan sesebuah parti politik di Malaysia mempunyai teori yang tersendiri yang tidak terungkap oleh mana-mana ilmuwan pun di dunia pada masakini dan pada masa lampau. Pemimpin Bani Jawi moderen pada hari in sememangnya amat alpa dengan 'Babad Jawi', 'Sulalatus Salikin' 'Gurindam 12' 'Tajul Muluk' dan 'Jayabayat'. 

Faktor kemenangan (kunci) bagi Bani Jawi bukan terletak kepada teori politik tetapi terletak kepada penulisan para cendikiawan nusantara mulai dari tahun 1 000 masihi sehinggalah ke era wali 9. 

Selagimana kepimpinan Bani Jawi moderen enggan dan melupai terus penulisan cendikiawan nusantara antara tempoh tersebut dan tidak membuat sebarang kaji selidik mengenai kesustaeraan era yang disebutkan selagi itulah Kunci Kemenangan buat Bani Jawi masih tersimpan dan terkunci di dalam rahsia-rahsia Bani Jawi yang tak bisa terungkap oleh mana-mana pihak. Hanya Bani Jawi sahaja yang mampu mengungkapkannya. Rahsia tersebut tidak akan mampu diungkapkan oleh Bani Jawi yang menjadi pengkhianat dan bukan juga oleh Bani Jawi yang bebal mengikuti teori-teori yang diajarkan oleh IKD atau mana-mana pihak yang tidak tahu Rahsia Terkunci Bani Jawi.


Hamba mengarot dan merepek? Terpulanglah. Hamba mengatakan ini kerana hasil kaji selidik hamba yang terdetik untuk membantu Bani Jawi memenuhi takdir yang sudah ditakdirkan bagi mereka. 

Fikirkanlah kenapa para leluhur Bani Jawi sanggup membina Candi Borobudor yang bukan candi Hindu pun dan kenapa di masa lampau nusantara mempunyai aksara-aksara yang berbeza-beza dari masa ke semasa. 

Kenapa Parameswara pergi ke Tanah Melayu dan bukan pergi ke Myanmar?

Kenapa Raffles sanggup menipu Sultan Hussien untuk mendapatkan Singapura dan sengaja memisahkan Singapura dari Tanah Melayu? Dan Kenapa pemimpin Bani Jawi seperti almarhum Tunku Abdul Rahman tertipu dengan percaturan politik British serta mengapa Sukarno sendiri pun tertipu dengan percaturan politik yang sama?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

MymassaVoice berkata...

Mantap bro.

Ternganga gua baca artikel mantap macam ni.

Mohon kongsikan untuk promote artikel ini.

Jas Salleh berkata...

Silakanlah bro MymassaVoice kebenaran sudah diberikan pun :) tambahlah mana yg patot. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...