Khamis, 1 Disember 2011

KETUA PEMBANGKANG HINA KAUM INDIA !

ANWAR IBRAHIM & KEPIMPINAN PAKATAN HARAMJADAH ADALAH SUPA DUPA RASIS!
(Awak Tak Setuju Awak Rasis - Guan End)

Mula-mula Kit Siang pada 1969  Malai Si. 
Kemudian Guan End ' Awak tak setuju awak rasis!'
Selepas itu Nga Kor Meng 'Hitam Metalik'
Terkini Anwar Ibrahim : Berpendidikan rendah, masuk dewan jangan minum.

Gobalakrishnan diarah keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

"Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.  

- Bernama

Dalam dewan yang mulia (Dewan Rakyat) pun Anwar Ibrahim sempat hina kaum lain.YB Gobala adalah wakil rakyat yang dilantik secara sah. Dan dalam Parlimen, kerusi yang dipegang oleh YB Gobala mewakili suara orang India.
Layakkah seorang pemimpin masyarakat India dihina sebegitu sekali oleh Ketua Pembangkang?

*Tinggi sangat ke kelulusan Anwar Ibrahim. Apa kelulusan Anwar sehingga boleh hina taraf pendidikan orang lain? Agaknya inikah sebab Anwar dendam dengan Gobala sampai sanggup menghinanya.


TEPUK DADA TANYA IMAN!
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...