Khamis, 1 Disember 2011

KISAH BENAR: IKUTI PENGAKUAN BEKAS KADER PAS (3)

KISAH BENAR: PENGAKUAN BEKAS KADER PAS.
Sumber Rakan Fesbuker.
SIRI AKHIR
sambungan dari siri (2).


Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa system khalifah / daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc.. tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus.. Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahajakah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.... Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah......takbir...

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...