Khamis, 1 Disember 2011

KISAH BENAR : IKUTI PENGAKUAN BEKAS KADER PAS (2)


KISAH BENAR
PENGAKUAN BEKAS KADER PAS
(SIRI 1)
Melalui Maklumat Rakan Fesbuk .

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik disapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.... Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan. Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin(Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidakkah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah....

bersambung sebentar lagi ...... (tamat /2)

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...