SAIFUDDIN ABDULLAH YANG KAWAL MACHO TAPI KANTOI.
Melihat dari perwatakan dan perawakan Saifuddin Abdullah pelopor Politik Baru ternyata beliau ini sendiri pun tidak tahu apakah halatuju yang mahu di bawanya. Gara-gara Politik Baru beliaulah menyebabkan seorang mahasiswa Adam Adli bertindak di luar batasan dan akhirnya mendapat kecelakaan. Jika tiada Politik Baru kemungkinan besar Adam Adli menumpukan perhatian kepada pengajiannya dan mampu menjadi seorang guru yang berkaliber.Adam Adli menjadi mangsa keadaan kerakusan seorang politikus bernama Saifuddin Abdullah dan diburukkan lagi dengan hasutan Anwar Ibrahim.
Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, cheguBard, Isham Rais dan seluruh kelompok Pembaharuan wajib dipertanggungjawabkan di atas tindakan 300 mahabahlol dan Adam Adli. Kesemua pemimpin mahasiswa yang terbabit juga wajar memikul tanggungjawab. Jangan hanya mahu berlagak sahaja. Mereka semua telah mengaibkan seluruh warga mahasiswa yang tidak bersalah dan mengheret mereka ke kancah perebutan kuasa politik yang tidak membawa sebarang manafaat kepada mahasiswa.
Meneliti sms dan penjelasan Saifuddin Abdullah ternyata beliau ini seorang pemimpin angkuh sombong dan berlagak pandai tapi otaknya berada di kepala lutut dan tidak berani memikul tanggungjawab. Bagi sms Saifuddin sila klik di sini SEMUTHITAM
SMS si Pudin:-
1) Sy d tel penganjur BEBAS klu sy sedia trima memo mrk d pwtc. Masa tu mrk sdg berarak k sana. Sy kt ok. Sy fikir klu cepat trima, cepat mrk bersurai. Betul, lps sy trima, tak lama, mrk brsurai.2) sy tiba d pwtc, mrk riuh minta sy berucap. Sy berucap sikit sekadar tenangkn keadaan, kemudian trima memo.3) sy tak nampak bendera gambar DSN diturunkn. Masa nak balik, sy nampak smua bendera gambar Pres UMNO ada brkibar.4) lps tu ada tweet kt gambar itu diturun.5) sy tweet kt sy tak nampak, tp klu benar, ia salah.6)lps tu, sy tweet kt sdg hubungi penganjur.7) sy sms penganjur minta keterangan.8) penganjur tweet kt ia brlaku. Mrk sms sy kt pengawal naikkn smula.9) sy tweet kt tindakan turun bendera tu terkutuk, penganjur mesti minta maaf.10) penganjur tweet kt akn bincang mlm ni langkah selanjutny.11) pd masa sama, banyak tweet kutuk sy. ini dah biasa. Tq. (12.50pg
Penjelasan si Pudin
Klik di sini DR NOVANDRI
''Sesiapa sahaja boleh membuat tafsiran tetapi kehadiran saya di sana (PWTC) hanyalah semata-mata untuk menerima memorandum. Saya menjunjung kebebasan bersuara dan politik baru yang sihat dan segar dalam mematangkan demokrasi.''Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya kepada mereka. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.''Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak bertanggungjawab memohon maaf kepada Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan liar peserta demonstrasi anjuran SMM dan Bebas yang menurunkan bendera Najib di pekarangan PWTC semasa menyerahkan memorandum bantahan berhubung AUKU kepada UMNO.Saifuddin berkata, ketika kejadian, beliau yang telah dihubungi penganjur demonstrasi itu kemudiannya bersetuju untuk menerima memorandum tersebut kerana mendapat maklumat sumber yang mereka sedang berarak ke PWTC dengan diselia polis.''Bagi saya, kalau cepat saya menerima memorandum terbabit, maka cepatlah mereka bersurai. Telahan saya betul kerana tidak lama selepas itu mereka bersurai. Namun, saya hanya mengetahui insiden menurunkan bendera berkenaan melalui Twitter kira-kira sejam saya meninggalkan PWTC.''Saya menghubungi penganjur dan mereka mengakui ia dilakukan oleh seorang anggota mereka tetapi bendera itu telah dinaikkan semula tidak lama selepas itu. Sebelumnya, pada sebelah pagi, saya telah mempengerusikan Meja Bulat Pindaan AUKU di ibu negara dan ia berjalan baik.''Perundingan itu adalah bagi mendukung hasrat Perdana Menteri untuk meminda AUKU. Insiden menurunkan bendera Perdana Menteri bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan. Ia menguatkan lagi komitmen untuk menegakkan demokrasi yang sebenar dan ingin dicapai oleh pindaan AUKU," tegasnya,Ditanya sama ada peserta demonstrasi yang bertindak membuat kekecohan di PWTC telah dikenal pasti dan tindakan kementerian terhadap mereka yang dikatakan penuntut institusi pengajian tinggi, ujarnya, ia berlaku di luar kampus dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut - UM
sms dan penjelasan yang diberikan oleh si Pudin ternyata hanya kenyataan yang menzahirkan sikap ' Baling Batu Sembunyi Tangan' Skrip yang disediakan terlebih awal bagi insiden tersebut ternyata adalah skrip paling bangang yang pernah seorang politikus buat sepanjang ketamaddunan manusia.
Kita cabar si Pudin tunjukkan semua bukti panggilan dan twitter yang dinyatakan olehnya.
Cukup anih apabila semasa di dalam perarakan menuju ke PWTC tiba-tiba penganjur teringat hendak menalipon si Pudin. Pada waktu itu di mana lokasi penganjur dan di mana pula lokasi si Pudin?Bagaimana penganjur boleh ada nombor talipon si Pudin melainkan perkara itu sememangnya sudah di rancang teliti dari awal dan dalam pengetahun si Pudin? Kenapa si Pudin tidak mengalihkan sahaja lokasi menerima memorandum ke lokasi neutral? Contohnya di depan tandas awam berdekatan sahaja. Kenapa si Pudin?
Elok berambus sahajalah si Pudin bawa sekali pepuak jahanam kamu. Kamu telah memangsakan seorang mahasiswa yang mempunya masa depan cerah. Kamu, Anwar IBrahim dan segala politikus jahanam dalam Politik Baru telah membaruakan dan memangsakan seorang mahasiswa. Ini ke Budaya Politik Baru kamu? Menjadikan mahasiswa sebagai mangsa keadaan dan berurusniaga dengan pihak musuh politik UMNO demi kepentingan kerjaya politik kamu sahaja? Dalam dunia ini kamu sahajakah manusia yang paling mustahak?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan