Selasa, 20 Disember 2011

BLIEZTKRIEG ANWAR IBRAHIM YANG TERKANTOI.

Awat? Ceq Dah Terkantoi Ni Dok Tunggu 9hb Januari 2012.

BLIEZTKRIEG ANWAR IBRAHIM YANG TERKANTOI 

Anwar Ibrahim mengamalkan Wahdatul Wujud suatu fahaman yang menjadikan pengamalnya menyangka dirinya lebih Tuhan daripada Tuhan. Sememangnya pengamal Wahdatul Wujud mempunyai kelebihan luarbiasa. Ini tidak mustahil kerana janji Allah swt ialah menambahkan lagi kesesatan kepada mereka yang sesat jalannya. Baca artikel yang hamba pernah tulis DI SINI.


Ada lebih kurang 21 hari dari tarikh 9hb Januari 2011 untuk mahkamah menjatuhkan hukuman. Rakan-rakan bloger lain sudah memberikan amaran mengenai perancangan Blieztkrieg Anwar. Sebelum ini hamba telah menyatakan perancangan demonstrasi oleh sekumpulan orang untuk mencetuskan momentum. Jadi apakah selepas ini?

Apa yang selepas ini tidak penting tetapi apakah persediaan kita semua untuk meneutralisasikan Blieztkrieg Anwar Ibrahim? Perhatian seharusnya tertumpu kepada orang-orang yang bersifat musyrik dan mengintai-ngintai dari tempatnya. Usaha melawan fitnah dan dakyah pembangkang wajiblah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh komited. Apabila didapati bahawa kemarahan rakyat menjadi reda itulah tandanya bermula ujian getir daripada Allah swt. Maka hadapilah dengan mengigit kukuh segala kerahsiaan jangan sesekali berkhianat.

Apabila gelombang Blieztkrieg Anwar Ibrahim gagal pada masa itulah DAP Rasis akan memainkan isu Hudud dan soal ketuanan Melayu kembali. Sentimen agama dan perkauman akan ditiupkan dengan sekeras-kerasnya oleh DAP Rasis tanpa menghormati ukhuwah umat Islam Melayu. Perangilah habis-habisan, insya Allahu Ta'ala DAP Rasis akan diperhinakan oleh Allah Ta'ala dan diberikan bantuan oleh Nya kepada orang Islam. Sesekali jangan berputusa asa sedikit pun dan gentar dengan apa yang berlaku. Tetap pendirian dan teguhkanlah keyakinan. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...