Ahad, 4 September 2011

SYOKNYA GUAN ENG SAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI CHINA.

Apalah hendak diharapkan kepada pemikiran tolol pencacai murahan Pakatan Sosialis Pro Komunis yang cuba memutar belitkan sesi rawatan fisoterapi DS Najib di Australia pada 31hb Ogos 2001. Kononnya, tiada patriotik berada di luar negara pada hari kemerdekaan. Hek eleh ... kenapa tak spin kata tak patriotik sambut Aidil fitri pada 31 Ogos ?

Hanya semata mereka dah alah malu mengenai kenyataan paling bangang Mat Sabu menyanjung tinggi Mat Indera dan menghina anggota polis yang terkorban dalam serangan sadis tak berperikemanusiaan oleh pihak komunis di Bukit Kepong pada Febuari 1950 (Tahun Baru Cina), mereka hendak mempersoalkan pattiotik DS Najib ? Alasan dangkal mereka kerana berada di Australia untuk mendapat rawatan pada tarikh kemerdekaan? 

Samalah bahlolnya dengan Mat Sabu yang di petik sebagai berkata negara tidak merdeka kerana dia kena balun oleh media selama 7 hari 7 malam termasuk di malam raya. Juga sama bahlolnya bila pencacai Pakatan Sosialis Pro Komunis mempersoalkan kejadian itu berlaku sebelum merdeka. Begitu jugalah bahlolnya mereka mempolitikkan isu kematian allahyarham Noramfaizzul yang tertembak peluru sesat pasukan pengaman Kesatuan Afrika di K 4 , Mogadishu Somalia. (4/9/2011).

Rupa-tupanya, mereka hendak menutup isu Guan Eng merayakan kemerdekaan di negeri China bersama dengan beberapa orang pemimpin DAP pada 31hb Ogos 2011. Kan dah kantoi !


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...