Anda patut ke pautan ini SINAR HARIAN - TEMURAMAH DENGAN MAT SABU. Anda akan dapat membaca bagaimana Mat Sabu bergulung lidah dan berputar kata mempertahankan sokongannya kepada perjuangan Komunis.
Justifikasi beliau di dalam temuramah tersebut adalah seperti berikut:-
SH: Tuan tetap bertegas dengan kenyataan sebelum ini?
Mohammad Sabu: Mat Indera adalah pejuang. Polis jangan panik, sebelum 31 Ogos, waktu itu kerajaan adalah British, selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka. Ini fakta. Jangan kita menganggap selepas 31 Ogos kita ada kerajaan yang sama. Tidak, bendera lain, lagu lain. Jadi kita perlu beza.SH: Maknanya anggota keselamatan yang mati dalam tragedi Bukit Kepong itu tiada jasa kepada negara?
Mohamad Sabu: Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing, sebab di situ ada bendera Union Jack.
Mat Sabu lupa kepada FAKTA SEJARAH bahawa pada tahun itu UNION JACK tidak dikibarkan tetapi bendera PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948-1957 dan MALAYA berada di dalam tempoh transisi berkerajaan sendiri. Bermakna MALAYA antara 1948 -1957 adalah SEPARUH MERDEKA.
Apabila wartawan SH bertanya kepada Mat Sabu takrifannya mengenai kemerdekaan, inilah jawapan Mat Sabu yang berbelit-belit dan cukup melucukan:-
SH: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka?
Mohamad Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , tiada kebebasan media, saya diserang tujuh hari tujuh malam, apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, media serang termasuk di malam raya, dijangka tidak berlaku peribadi, saya rasa etika kewartawanan tidak ada, saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, tetapi beri ruang untuk menjawab, beri saya membuat penjelasan dan kita buat pertimbangan, ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.
Mat Sabu kata NEGARA BELUM MERDEKA SEBAB DIA KENA BALUN 7 HARI 7 MALAM. Tunggu apa lagi? Kornag gelak lah kuat-kuat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan