Perkembangan mutakhir mengenai pengaruh pemikiran-pemikiran dan semangat komunisma era 1948-1960 semakin ketara di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis. Tafsiran Kemerdekaan yang difahami oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis adalah merupakan tafsiran yang sama seperti komunisma era 1948-1960.
Komunis menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 tetapi menyokong penuh Malayan Union 1946. Pihak komunis mengangkat senjata menentang Bristish bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan tetapi kerana mereka amat takut dan cukup fobia jika kemerdekaan diserahkan kepada UMNO yang bukan komunis.
Bagi menipu orang Melayu, pihak komunis telah meniupkan semangat anti British dan mencucuk jarum halus di kalangan orang Melayu yang tidak sabar untuk merdeka menyertai mereka. Salah satu kempen komunis ialah menyebarkan fitnah bahawa UMNO adalah talibarut British dan pengkhianat Melayu. Tema yang sama dimainkan pada hari ini oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis.
Jadi tidak hairanlah pada hari ini Pakatan Sosialis Pro Komunis melompat-lompat seperti kera menuduh UMNO sebagai pengkhianat Melayu dan talibarut British. ini semua gara-gara tok nenek mereka yang tumpas di tangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan dahulu dalam tahun 1948- 1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan